Kenapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing

Ketahui Bagaimana Cara Mengatasinya

Soft Skill (Kemahiran Insaniah)…Apa Rasionalnya…

DIkirim oleh smartz di Mac 20, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Saya dapati ada di antara anda yang mencari maklumat berkaitan dengan soft skill, jadi hari ni saya akan cuba bercerita serba sedikit tentang soft skill ini. Apa soft skill tu yekk..

Isu ini timbul berkaitan dari permasalah graduan yang sukar mencari pekerjaan, hingga dipaparkan di dada-dada akhbar berkenaan graduan yang menganggur tiada mempunyai pekerjaan kerana dikatakan tidak mempunyai pakej yang membolehkan mereka diterima masuk di bidang pekerjaan. Graduan tidak mempunyai penampilan diri yang baik, kurang skill kritikal seperti kurang kemahiran berkomunikasi, penguasaan bahasa inggeris yang lemah, kurang kemahiran bersosial dan kurang bermotivasi. Memang terasa pedas, tapi itulah kenyataannya yang perlu diterima terutama oleh graduan melayu kita.

Soft skill ini berkisar tentang isu bagaimana hendak mempersiapkan diri anda supaya anda diterima sebagai pekerja dan meningkatkan perluang ‘employability’ anda sebagai graduan. Ia bukan hanya berkisar tentang setakat mana pencapaian akademik anda. Universiti terkemuka di Amerika Syarikat meletakan 2 metrik utama sebagai pengukur kepada kejayaan graduan. Yang pertama adalah kejayaan graduan mendapat pekerjaan dalam tempoh 6 bulan pertama selepas graduan dan kedua bilangan pelajar yang mengikuti kursus diluar daripada silibus kurikulum akademik mereka. Jika anda dapat memenuhi kriteria ini anda tentu akan berjaya.

Antara soft skill yang perlu dikuasai oleh graduan melayu adalah

Kemahiran Berkomunikasi

Pemikian Kritis Dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah

Kemahiran Kerja Berpasukan

Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat

Kemahiran Usahawan

Etika Dan Moral Profesional

Kemahiran Kepimpinan

Sebolehnya dapatkan kemahiran ini seawal mungkin dalam tempoh pengajian anda dan gunakan maklumat tersebut sebagai panduan untuk anda memilih subjek elektif di universiti anda. Jangan hanya jadikan kemahiran tersebut cantik di atas kertas saja tapi jadikanlah ianya cara hidup anda. Dapatkan penjelasan lanjut dari pensyarah atau pentadbir universiti anda.

Sampai jumpa lagi

12 Respons kepada “Soft Skill (Kemahiran Insaniah)…Apa Rasionalnya…”

  1. adila berkata

    thank u..

  2. Radja Chuelan berkata

    Assalamualaikum, dan salam sejahtera.

    saya amat tertarik dengan topik diskusi yang begitu hangat diperkatakan pada masa sekarang ini, iaiut kemahiran insaniah.
    saya lebih suka menyatakan disini hubungkait diantara kemahiran tersebut adalah aspek keupayaan organisasi sukarela. seperti yang kita ketahui, terdapat banyak pertubuhan NGO’S di negara kita ini yang mampu menyediakan tapak bagi pengisian mahasiswa dan mahasiswi di negara kita ini dengan kemahiran insaniah.
    Namun, hakikatnya ramai mahasiswa dan mahasiswi di asuh dengan keselesaan dan dimanjakan dengan kaedah Pembelajaran dan pengajaran yang canggih di IPT pada masa sekarang. Realitinya Kokurikulum telah diperkenalkan pada tahun 1985 oleh KPM pada masa itu bagi memberikan kemahiran dan aktiviti di luar darjah pada ketika itu.
    Hasilnya, pengembangan kemahiran dan idea dilihat pada murid-murid. Namun begitu, dasar ini tidak menyeluruh kerana ia bergantung sepenuhnya terhadap keupayaan dan pengetahuan guru-guru yang mengendalikan sesuatu unit kokurikulum itu sendiri di peringkat sekolah di seluruh negara. satu sistem piawai bagi mengukur kompetensi guru dan pelajar berkenaan juga gagal dilaksanakan.

  3. Radja Chuelan berkata

    Ini ditambahkan lagi dengan bilangan guru-guru yang mengajar sesuatu kokurikulum tambahan itu adalah bukan kerana ’sukarela’ dan atas arahan ketua jabatan dan penggiliran mengikut tahunan. Disini, kompetensi seseorang guru itu akan tercabar apabila menyelia atau mengendalikan sesuatu unit kokurikulum yang baru, dari sudut positif ianya dapat mendedahkan guru-guru dengan pengalaman pengurusan yang luas, namun dari segi pembangunan kemahiran insaniah sesuatu ‘target’ atau sasaran itu gagal dicapai. Di peringkat IPT ianya baru dilaksanakan bagi mewujudkan satu lapangan yang boleh mengintegrasikan pelbagai kaum di dalam sesebuah IPT itu dengan bilangan yang ramai serta mengisi masa terluang pelajar melalui aktiviti yang berfaedah. Namun, hasilnya golongan yang dibentuk ini gagal memenuhi tuntutan kemahiran insaniah yang dikehendaki.

  4. Radja Chuelan berkata

    Kita perlu menyemak semula dan menilai kaedah pengajaran dan pembelajaran kemahiran insaniah di IPT. Tenaga pengajar yang kompeten juga memainkan peranan penting di dalam menyumbang kepada pembangunan kemahiran insaniah ini.
    aspek akauntabiliti dan kredibiliti tenaga pengajar juga perlu diambil kira di dalam memastikan penyampaian sesuatu pembelajaran kemahiran insaniah itu berkesan. Lebih mudah jika kita membuat perbandingan di antara aspek Paedagogi dan Andragogi ? Kemahiran pembelajaran yang manakah harus kita gunakan ? Saya amat tertarik dengan dasar sesuatu organisasi yang memberikan latihan di samping memberikan insentif kepada pelajar, namun hasil yang dibentuk adalah insan yang memandang kepada ganjaran semata-mata dan bukannya ‘Kesukarelaan’ itu sendiri.

  5. smartz berkata

    Salam Kenal Radja Chuelan

    Terima kasih kerana sudi singgah dan memeriahkan blog ini. Pandangan anda amat di hargai

  6. nurul husna berkata

    saya amat tertarik dengan isu kemahiran insaniah ini. kerana sedar akan kepentingannya maka kerajaan kini mula memperkasakannya terutama sebagai persediaan menghadapi dunia luar kepada modal insan negara.

  7. acikk berkata

    Kemahiran insaniah sepatutnya di ajar di peringkat sekolah lagi BUKAN setelah masuk universiti. Guru berperanan penting dlm meningkatkan kemahiran insaniah kepada murid. Kemahiran bukan datang dengan sendiri malah perlu diajar dan dibentuk. Guru perlu mahir dalam membentuk pelajar dengan membuat perbentangan tugas dan peranan guru sebagai rakan. Di samping itu, kita juga boleh bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan seperti mana yang kita tahu banyak menganjurkan pelbagai aktiviti-aktiviti yang membina dapat membentuk sahsiah seseorang. Program rekreasi adalah salah satu program yang menarik dan dapat membantu membentuk sahsiah dan kemahiran insaniah seseorang dengan penerapan slot-slot yang menarik.
    Percayalah… ini adalah cara terbaik membentuk kemahiran insaniah.

  8. rafidahabrahman berkata

    bagusnye, blog nih…harap2 dpt buka minda semua orang..fikir dan fikir…atasi kelemahan bangsa melayu

  9. adiba berkata

    assalamualikum……saya amat bersetuju dan apa yang dikata kan oleh semua yang komen…oleh itu, majulah negara dengan adanya kemahiran insaniah…insyaallah….

  10. smartz berkata

    Salam perkenalan kepada anda semua

  11. Om Ganteng berkata

    assalamualaikum..terima kasih kerana dgn adanya blog ini, banyak maklumat saya peroleh ttg KI ini..di sini saya ingn berkongsi kepada sesiapa yang tahu tentang dalil quran,hadis atau kata2 hikmah yang berkaitan atau berseuian dgn KI,sebab saya amat memerlukannya untuk analisis saya tentang KI ini..terima kasih sekali lagi kepda semua pihak..

    salam

  12. norzaini binti saupi berkata

    askum…
    terima kasih diatas segala pengisihan maklumat yg telah disampaikan..

Tinggalkan jawapan

XHTML: Anda boleh menggunakan tag ini: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>