Kenapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing

Ketahui Bagaimana Cara Mengatasinya

Arkib bagi Bulan Julai 2007

Pelajar Sequential Dan Global

DIkirim oleh smartz di Julai 30, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Bagaimana pelajar sequential, boleh membantu diri mereka? Kebanyakan bahan kuliah di ajar secara berturutan, tetapi jika pensyarah atau cikgu anda mengajar secara ‘melompat-lompat’ dari satu topik ke satu topik yang lain tanpa berturutan, anda akan menghadapi masalah untuk mengikuti dan memahami pembelajaran tersebut. Anda perlu meminta pensyarah anda menerangkan topik yang tertinggal tersebut atau fahaminya sendiri dengan membuat rujukan. Bila anda belajar, ambil masa untuk mencatit bahan pembelajaran mengikut turutannya. Untuk jangka masa panjang, kaedah ini bagus untuk anda.

Jika anda adalah pelajar global, anda boleh menggunakan beberapa langkah untuk membolehkan anda memahami secara keseluruhan topik tersebut secara cepat. Sebelum anda hendak memulakan pembelajaran pada bahagian pertama, lihat secara kasar keseluruhan topik untuk mendapatkan gambaran keseluruhan topik tersebut. Cuba juga kaitkan subjek tersebut dengan benda yang anda telah tahu dengan menanyakan kepada pensyarah atau membuat rujukan. Jangan hilang keyakinan, berusahalah, anda akan faham perkara tersebut. Bila anda faham dan dapat mengaitkan kaitan antara topik-topik tersebut anda akan mampu mengaplikasikannya dengan lebih baik berbanding dengan pemikir sequential.

Sampai jumpa lagi   

Dikirim dalam Akademik | Leave a Comment »

Gaya Visual Dan Verbal

DIkirim oleh smartz di Julai 28, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Pelajar visual biasanya mudah mengingati sesuatu yang dilihat samada dalam bentuk gambar, diagram, flow chart, demo dan sebagainya. Dr Fadilah Kamsah mengatakan kebanyakan manusia biasanya suka berfikir dan bertindak mengikut apa yang di gambarkan. Cuba anda fikir jika anda bermimpi sedang makan adakah anda akan nampak anda sedang makan ke? atau perkataan ‘anda sedang makan’? Tentu anda nampak anda sedang makan kan. Malangnya, kebanyakan kelas pengajian menggunakan jumlah maklumat berkaitan visual secara minima. Maklumat biasanya dipersembahkan secara bertulis pada papan putih, layar, buku tek dan nota lampiran. Jadi bagi pelajar jenis ini, bagi membantu diri anda sendiri sewaktu sedang belajar, carilah diagram, sketch, gambar ke atau yang berkaitan dengan visual walaupun bahan yang diajar kepada anda berbentuk verbal. Tanya pensyarah anda, adakah ada bahan seperti video atau cd yang menerangkan tentang pengajaran tersebut ataupun sediakan peta konsep yang menggunakan kotak, anak panah yang berturutan atau warnakan nota anda mengikut warna yang sama untuk topik yang berkaitan.

Pelajar Verbal pula akan mudah dapat memahami dari penerangan secara lisan atau bertulis. Bagi mengatasi masalah nota yang kebanyakannya berbentuk tulisan dan perlu kepada pembacaan, tulis ringkasan atau outline menggunakan perkataan anda sendiri. Belajar secara berkumpulan  adalah sangat sesuai dengan anda kerana anda akan mendengar ahli kumpulan membuat penerangan dan bila tiba giliran anda membuat penerangan anda akan lebih memahaminya. Semuga anda berjaya mempraktikkannya.

Sampai jumpa lagi   

Dikirim dalam Akademik | Leave a Comment »

Pelajar Aktif Dan Reflektif

DIkirim oleh smartz di Julai 25, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Sebagai pemegang gaya aktif ini anda biasanya suka keadaan kelas yang mempunyai aktiviti perbincangan atau aktiviti penyelesaian masalah. Anda akan mudah faham dan suka terlibat sama dengannya secara aktif tetapi kalau aktiviti kelas anda lebih kepada penerangan sahaja anda patut mengatasinya dengan mengadakan kumpulan belajar sesama kawan-kawan. Setiap ahli bergilir-gilir menerangkan topik yang berlainan sesama mereka. Inshallah, anda akan mudah mengingati apa yang dipelajari.    

 

Macam mana pulak dengan pelajar reflektif, anda biasanya perlu memikirkan tentang sesuatu topik dan lambat membuat keputusan. Biasanya anda akan akan cakap ‘Nanti saya fikir dahulu’, nak order air pun fikir dulu! Anda lebih sabar dari pelajar aktif dalam soal menyalin nota kuliah. Jika kelas anda kurang perbincangan tentang topik yang baru dipelajari, anda patut mengatasinya dengan mengulangkaji dan membuat nota pendek dengan ayat anda sendiri. Jangan hanya membaca dan mengingat. Membuat perkara yang saya sebutkan itu tentunya akan memakan masa yang lama tetapi anda akan lebih memahami.  

Semuga penerangan ringkas ini boleh membantu

Sampai jumpa lagi   

 

Dikirim dalam Akademik | Leave a Comment »

Karnival Kerjaya Kebangsaan 2007

DIkirim oleh smartz di Julai 23, 2007

 

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Jemputan untuk semua pelajar khususnya pelajar tahun akhir, datanglah beramai-ramai di karnival kerjaya kebangsaan 2007 yang akan berlangsung pada 26-29 Julai 2007 ini di Dewan Besar Universiti Putra Malaysia. Pelbagai program telah di atur untuk anda seperti seminar, persediaan temuduga, temuduga sebenar oleh majikan dan lain-lain. Anda juga boleh mendaftar di website yang disediakan. Urlnya ialah http://www.kerjaya07.upm.my/. Jadi pengiklan pulak saya hari ini, bukan apa semuanya disediakan untuk anda, untuk kejayaan anda.

Sampai jumpa lagi

Dikirim dalam Akademik | 1 Komen »

Anda Pelajar Sensing Atau Intuitive, Apa Patut anda buat

DIkirim oleh smartz di Julai 20, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Tahniah kepada anda yang telah menunjukkan minat untuk mengetahui dan mengenalpasti bagaimana dan apakah gaya pembelajaran anda. Anda mungkin mempunyai lebih dari satu gaya pembelajaran bergantung bagaimana kuat atau lemahnya gaya tersebut mendominasi diri anda.  Jika anda ingin menjadi pelajar dan penyelesai masalah yang cemerlang, anda perlu mempunyai kedua-dua gaya tersebut secara sederhana (don’t over-over yeh…).

Pelajar sensing, sebagai pemegang gaya ini, anda akan mudah mengingati dan memahami maklumat jika anda boleh mengaitkannya dengan dunia sebenar. Dalam kelas, jika bahan yang diajar oleh guru atau pensyarah anda berbentuk abstrak atau teori, anda akan bermasalah. Minta guru atau pensyarah anda menerangkan menggunakan contoh atau bagaimana teori itu boleh di praktiskan. Kalau tidak cari di dalam nota pembelajaran anda atau pun berbincang dengan kawan-kawan.

Pelajar intuitive pula, biasanya keadaan kelas memberi lebih keselesaan kepada anda (kerana kelas lebih kepada teori dan konsep), tapi jika dalam kelas tersebut lebih tertumpu kepada penghafalan dan formula, anda akan cepat boring. Jika keadaan ini berlaku minta guru atau pensyarah anda mengaitkannya dengan keadaan sebenar. Anda mungkin juga akan mudah membuat kesilapan kerana anda kurang berminat kepada sesuatu yang terperinci dan berulang. Pastikan juga anda memberi ruang masa yang cukup untuk meneliti soalan dan pastikan anda menyemak jawapan anda.

Sampai jumpa lagi   

 

Dikirim dalam Akademik | Leave a Comment »

Gaya Pembelajaran Anda, Kenalinya

DIkirim oleh smartz di Julai 18, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Ok sebagaimana yang telah saya sebut dalam post yang lalu kali ini saya akan menerangkan tentang macam mana anda nak mengenali gaya pembelajaran anda. Namun begitu oleh kerana beberapa sebab, saya mengambil keputusan untuk tidak menerangkan tentang perkara ini secara terbuka. Bagi anda yang benar-benar berminat sila hubungi saya melalui email iaitu salimonz@yahoo.com. Letakan tajuk email anda “Gaya Pembelajaran” Jangan bimbang saya tak bercadang untuk mengenakan sebarang bayaran, free aje..

Sampai jumpa lagi

Dikirim dalam Akademik | 1 Komen »

Semakan Keputusan e-Rayuan Ke IPTA

DIkirim oleh smartz di Julai 14, 2007

 

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Bagi pelajar-pelajar lepasan STPM/Setaraf yang telah membuat permohonan kemasukan ke IPTA, semakan keputusan rayuan boleh dibuat mulai tengahhari hari ini di alamat

http://www.mohe.gov.my

http://www.jpt.utm.my

http://www.jpt.uum.edu.my

Bagi yang berjaya tahniah di ucapkan

Sampai jumpa lagi

Dikirim dalam Akademik | 28 Komen »

Kenali Diri Anda, Gaya Pembelajaran Anda

DIkirim oleh smartz di Julai 13, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Setiap orang mempunyai gaya pembelajaran kendiri yang mereka rasa selesa untuk menggunakannya. Jika anda ingin berjaya, anda perlulah mengenali gaya pembelajaran anda, gaya yang anda rasa selesa dan sesuai dengan diri anda. Macam mana ye, nak tau gaya pembelajaran anda? Sebelum anda boleh mengenali gaya pembelajaran anda, anda perlu tahu apa yang dimaksudkan dengan gaya pembelajaran. Saya sebolehnya tidak ingin berkata terlalu panjang tentang perkara ini, kerana nanti ianya akan menjadi topik ilmiah yang menjemukan. Saya pula adalah seorang yang praktikal dan suka sesuatu yang simple. Ok gaya pembelajaran tersebut boleh digambarkan seperti berikut

learningstyle.gif

Perception

Intuitive

Processing

Active

Reflective

Input Modality

Visual

Verbal

Understanding

Sequential

Global

Learning Style

Sensing