Dalam usaha untuk mendapat kejayaan yang anda impikan, anda perlu meletakan apakah level penerimaan yang anda boleh terima. Jika dalam bidang akademik anda mengharapkan untuk mendapatkan pngk 4.00, anda perlu meletakan apakah level penerimaan yang boleh anda setkan sebagai level minimum anda. Ini adalah level toleransi anda. Jika anda fikir pencapaian anda hanyalah di bawah level yang anda boleh terima, anda akan mula panik dan akan cuba berusaha sedaya upaya anda untuk mencapai dan melepasi level tolerensi anda tersebut. Jika anda komited untuk melakukannya, inshallah anda akan berjaya. Jadi anda perlu menaikan level penerimaan anda dan jika anda tidak berbuat begitu anda akan sukar untuk berjaya dan mencapai apa yang anda impikan.
Contohnya, jika anda mengharapkan untuk mencapai pngk 4.00 tetapi jika level penerimaan minimum anda jika dapat mencapai pngk 2.00 pun tak apa. Maka pngk 2.00 itulah yang anda akan dapat. Anda perlu menaikkan level penerimaan anda ini, supaya anda boleh mensasarkan keputusan yang lebih baik. Anda tidak boleh membiarkan diri anda mendapat kurang dari level penerimaan anda. Berlaku jujurlah pada diri anda, apakah level penerimaan anda sekarang. Jika anda benar-benar mengharapkan kejayaan, jangan benarkan pencapaian anda kurang dari level penerimaan anda. Naikkan level penerimaan anda ketahap matlamat anda dan bertekad untuk berjaya.
Bertemu kembali. Kita telahpun hampir berada di ambang 10 malam yang terakhir dalam bulan Ramadan ini, bagaimana amalan kita, adakah terdapat perubahan dengan amalan kita ataupun kita masih terus leka dan masih tidak ambil indah dengan berusaha untuk menuntut hadiah yang dijanjikan oleh Allah. Marilah kita sama-sama berusaha untuk menghidupkan malam-malam terakhir ini.
Bertemu kembali. Setiap orang dari kita telah di anugerahkan oleh Allah dengan daya kreativiti yang mampu di gunakan untuk menghadapi cabaran hidup sebagaimana haiwan telah dibekalkan oleh Allah dengan kemahiran untuk membuat sarang, berhibernasi dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah terutama sekali dari segi pelajaran, kenapasti apakah sebenarnya masalah anda itu. Dapatkan pen dan kertas dan tulis apakah masalah anda. Bagi setiap masalah pula, catatkan apakah kebaikan yang anda akan dapat jika masalah itu dapat diselesaikan. Jangan fikir atau catatkan dari segi negatifnya kerana jika anda berfikir secara negatif hasilnya akan menjadi negatif. Contohnya jika anda kehilangan kunci. Anda akan mencari kunci tersebut dengan memikirkan macam mana boleh hilang. Puas anda cari tapi tak jumpa juga tetapi kemudiannya bila anda sudah tidak memikirkan tentang kehilangan tersebut tetiba anda terjumpa pulak kunci tersebut.
Contohnya, jika masalah anda ialah malas belajar, catatkan apakah kebaikan yang anda akan perolehi jika anda rajin belajar:
keputusan yang baik
Lebih bersedia
Kurang stress
Lebih faham tentang subjek tersebut
Gembira
Mendapat anugerah atas kecemerlangan akademik anda
Dengan kaedah ini anda telah menanamkan gambaran indah untuk dinikmati oleh minda anda. Tampal catatan anda di tempat yang mudah anda lihat dan baca setiap kali anda melihatnya supaya anda boleh memprogramkan minda anda kerana memperolehi kejayaan dalam hidup adalah satu kejayaan yang tidak dinikmati oleh orang-orang yang tidak memprogramkan minda mereka untuk berjaya. Sekiranya anda meniatkan dalam hati anda untuk berjaya, anda akan berjaya kerana minda anda akan bekerja keras untuk merealitikan hasrat anda. Positif akan menarik positif, ia akan bertindak bijak untuk melaksanakan impian dan cita-cita anda. Ingat pastikan anda berfikiran positif selalu.
UTM adalah universiti pertama dalam Malaysia yang mewajibkan pelajar barunya menggunakan system e-portfolio. Apa itu e-portfolio?
Begini anda nampak gambar diatas, sedap tak, his! bulan-bulan puasa ni cerita pasal makan pulak. Sedap kan. Bagi menghasilkan makanan yang sedap tersebut perlu ada resepinya dan untuk menghasilkan resepi ni, perlulah ada bahan-bahannya dan bahan-bahan nya pula boleh di dapatidari pasar. Selepas bahan-bahannya siap, kenalah ada pulak tukang masaknya. Kalau tukang masaknya tak pandai masak, tak sedap nanti jadinya. Jadi kenalah ada tukang masak yang pandai. Barulah resepi anda itu menjadi sedap dan menyelerakan dan boleh di makan oleh ramai orang.
Begitu juga dengan anda, untuk menghasilkan graduan yang pandai (atau sedap kalau dibandingkan dengan resepi tadi) perlulah ada bahan-bahannya. Dihasilkan dari pasarnya iaitu universiti anda dan di ajar oleh pensyarah-pensyarahnya yang pandai memasak (mengajar le) supaya dapat menghasilkan graduan yang sedap dan pandai dalam segala bidang sehinggalah anda nantinya akan diintai oleh syarikat luar yang akan menawarkan peluang-peluang pekerjaan kepada anda.
Jadi e-portfolio adalah satu system yang akan memantau dan menyimpan segala maklumat tentang anda dan pencapaian anda dari mula anda belajar sehinggalah anda nak mencari pekerjaaan nanti. Ianya akan merangkumi resume, reflection serta learning outcome yang akan anda hasilkan berdasarkan learning objektif kursus yang anda ikuti dan menepati keperluan soft skill atau kemahiran insaniah yang amat diperlukan selain dari pencapaian akademik anda.
Suatu malam di bulan Ramadhan, di suatu bilik kuliah di sebuah universiti. Seorang pensyarah sedang duduk, termanggu menanti pelajarnya yang belum sampai-sampai. Seorang-sorang masuk ke dalam bilik kuliah. Dah 20 minit berlalu, bilik yang boleh menempatkan 60 orang tu hanya tak sampai separuh aje yang penuh. Kelibat yang lain masih tidak kelihatan. Nak buat macam mana terpaksalah mulakan pengajian.
Pensyarah :Mana perginya kawan-kawan kamu ni?
Pelajar : Dia orang ke masjid puan.
Pensyarah : Masjid!
Pelajar :Sembahyang terawih, puan!
Pensyarah : Oh, gitu. Katanya dengan agak kesal.
Cuba anda lihat senario di atas, sebagai pelajar agak-agaknya anda akan pilih yang mana satu ke rumah Allah iaitu masjid untuk solat ke atau ke bilik kuliah untuk belajar. Ok dah buat pilihan? Tak pasti nak pilih yang mana?
Baiklah, pada suatu ketika pernah Nabi Muhammad SAW berada di antara dua majlis, satu majlis zikir dan satu lagi majlis ilmu dan nabi memilih untuk berada bersama-sama dengan maljis ilmu. Sabdanya kedua-dua majlis ini baik tetapi berada di majlis ilmu itu adalah lebih afdal. Jadi bagaimana fikiran anda dah buat keputusan. Lagipun kuliah yang dijalankan biasanya bukanlah lama sangat, selepas kuliah selesai anda masih lagi boleh sembahyang terawih bersendirian atau berjamaah bersama kawan-kawan. Selain dari itu, sebagai pelajar kita juga perlu menghormati guru, tak gitu?
Assalamualaikum, salam pertemuan
Ikuti perbincangan cikgureza dan rakan-rakan lain mengenai real life situation berkenaan Graduan Melayu Semuga menjadi pengajaran dan iktibar untuk kita semua
Ramadhan Ya Marhaban. Selamat datang Ramadhan bulan yang dinanti-nantikan oleh semua umat Islam. Sambutlah kedatangannya dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran. Hiasilah rumah dan bilik anda sebagai menyambut kedatangan bulan yang mulia ini kerana sesungguhnya surga itu telah di hias setiap kali datangnya bulan Ramadhan. Janganlah menunggu nak raya nanti baru anda nak menghias rumah anda. Semuga kedatangan bulan yang mulia ini akan membawa harapan kebaikan dan rahmat untuk kita semua.
Harapan Ramadhan – Raihan dan Man Bai
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mempelawa calon warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan lepasan Diploma/setaraf untuk mengikuti program Ijazah Sarjana Muda di UTM bagi ambilan Semester Kedua sesi 2007/2008 (Disember 2007)