Assalamualaikum, Salam Pertemuan
Bertemu kembali. Bagi merealisasikan cita-cita anda, anda perlu mensasarkan impian setinggi gunung, maksudnya anda jangan hanya impikan untuk mendapat A bagi sesuatu subjek sahaja tetapi impikanlah contohnya menjadi ahli penyelidik yang akan menghasilkan alatan berteknologi tinggi contohnya boleh mengesan makanan yang tidak halal atau memiliki kenderaan pengangkat tanah yang banyak, bukan sebagai pemandunya tetapi sebagai tuan punyanya yang memiliki syarikat yang besar. Tidak ada ruginya jika anda mengimpikan kejayaan-kejayaan seperti itu. Kalau anda berjaya alhamdulillah kerana anda akan berjaya menembangkan dan nampak potensi diri anda dan kalau anda gagal anda masih lagi berjaya kerana kegagalan akan membentuk peribadi dan akan menjadikan diri anda lebih tabah dan anda akan belajar dari kesilapan lalu. Jangan takut untuk meletakkan sasaran yang tinggi, apa ruginya jika anda tidak dapat melaksanakan dan meletakan sasaran yang besar. Apa untungnya jika anda meletakan sasaran yang kecil yang jika berhasil pun nilainya juga akan menjadi kecil. Biarlah anda meletakan sasaran yang besar kerana manusia yang hebat adalah manusia yang melakukan dan mempunyai cita-cita yang hebat juga.
Biar apapun cita-cita anda tersebut jangan pula anda lupa dengan tanggungjawab anda sebagai khalifah Allah. Berusahalah dan selepas anda berusaha tersebut jangan lupa berdoa dan bertawakal. Ingatlah pelajaran adalah sebahagian dari ibadah dan ikhlaskan hati anda belajar kerana Allah dan jangan sesekali anda lupa dengan asal usul anda bila telah berjaya nanti.
Sampai jumpa lagi

















