Study Hard And Smart Cara Kita
DIkirim oleh smartz di Disember 18, 2007
Assalamualaikum, Salam Pertemuan
Bertemu kembali. Sebelum ini saya pernah bercerita kepada anda tentang study hard and smart ingat tak lagi, tentang kisah penebang kayu. Penebang Kayu telah berusaha menebang pokok tapi hasilnya tidak seberapa kerana ia terlupa untuk mempertajamkan kapaknya selalu. Maknanya selain bekerja keras penebang pokok juga perlu memastikan yang kapaknya sentiasa tajam selalu.
Study hard itu kalau boleh kita ibaratkan adalah sebagai belajar betul-betul manakala study smart pula boleh diibaratkan sebagai belajar dengan cara yang betul. Kalau kita kembangkan lagi study hard tu boleh juga dipanggil sebagai belajar secara effective dan study smart tu boleh pula dipanggil belajar secara efficient. Mungkin anda masih kurang jelas dengan apa yang ingin saya sampaikan. Kalau kita nak belajar dengan cara yang betul maknanya kita perlukan ilmu dan kalau nak belajar betul-betul kita perlulah mengamalkan ilmu yang kita telah pelajari. Baiklah lihat rajah dibawah
Apa kesimpulan yang anda boleh buat, betul anda perlu menggunakan kedua-dua teknik ini secara seimbang, jika anda hanya belajar betul-betul nanti hasilnya tidak sesempurna mana kerana matlamatnya mesti buat aje. Tapi kalau anda belajar dengan cara yang betul anda bukan saja dapat menyiapkan tugas anda sebagai pelajar tetapi hasil dari usaha anda itu adalah keputusan yang baik. Kalau kita anda ilmu yang betul tetapi semasa beramal tidak menggunakannya, apa akan terjadi, sia-sialah amalan kita. Tapi macam mana pulak kalau kita beramal tanpa ilmu yang betul, lagi harulah jadinya. Jadi jangan lupa carilah ilmu tentang teknik belajar yang betul ini.
Sampai jumpa lagi



















SOLEH berkata
Salam,
Memang menarik kata2 anda dalam perenggan pertama dan kedua..
Boleh exchange link dgn BLOG saya?
Thanks
yusof berkata
pada saya , study smart memang perlu berjalan seiringan dengan study hard.study smart bagai kan kayu penunjuk yang memberitahu haluan yang betul.. manajkala study hard bagaikan energy .. tanpa energy kenderaan tidak akan bergerak, manakala tanpa penunju destinasi tidak akan sampai.
pet berkata
saya berpendapat dgn yusof…
smartz berkata
Terima kasih kepada anda semua yang sudi berkongsi ilmu di sini