Rintangan, Rintangan, Rintangan, Rintangan Lagi
DIkirim oleh smartz di Februari 27, 2008
Assalamualaikum, Salam Pertemuan
Bertemu kembali. Pada post saya yang lalu (11 Disember 2007), saya ada mengingatkan anda untuk melukis gambaran minda anda dalam bentuk peta minda. Gambaran bukan bentk tulisan semata. Saya meminta anda untuk melukiskan peta minda itu supaya anda tidak lupa. Macam mana dah lukis dah peta tu? Biasanya kita mudah lupa dengan apa yang dipelajari. 80% dari apa yang anda pelajari hari ini mungkin anda akan melupakannya pada esok hari. Bermakna kalau anda tidak melakukannya sekarang, melakarkannya sekarang anda tidak akan melakukan bila sampai esok harinya. Itu adalah merupakan salah satu halangan atau rintangan untuk menuju kejayaan. Bagi anda yang telah melaksanakannya alhamdulillah, bagi anda yang menangguh dan tidak melaksanakannya jadikanlah ianya sabagai satu peringatan.
Sebenarnya tiada istilah pandai atau bodoh dalam pelajaran, yang ada adalah istilah rajin atau pun malas. Jika anda bersikap malas anda akan mudah menangguh-nangguhkan soal mengulangkaji, membuat latihan dan menunggu di saat-saat akhir untuk mengulangkaji dan bersedia untuk peperiksaan. Dengan bersikap begitu anda sebenarnya tidak berupaya untuk mengilap potensi diri anda dan melihat sejauh mana anda boleh berdaya saing dengan pelajar lain. Habis tu, macam mana nak buat yek. Bila belajar aje, mengantuk. Bila buka buku aje fikiran terus melayang ntah ke mana perginya. Bagi mengelakkan sikap malas anda perlu jelas dengan matlamat hidup anda. Buatlah peta minda matlamat hidup anda sendiri dan dalam proses anda membuat peta minda tersebut tanyakan pada diri anda, apa, kenapa, dimana, siapa, bagaimana, bila dan berapa. Bagi setiap persoalan tersebut tentukan jawapan yang anda pilih berdasarkan impian anda. Kalau masih malas juga nak belajar mohonlah pertolongan dari Allah supaya dipermudahkan hidup kita dan dijauhkan dari sifat tersebut. Contoh di bawah boleh anda gunakan sebagai panduan
Sampai jumpa lagi


















