Assalamualaikum, Salam Pertemuan
Apa khabar anda semua, berjumpa kembali. Dengarkan sambungan perbualan ke tiga berikut antara seorang guru dengan anak-anak muridnya.
Cikgu : Ok sebelum ini saya ada menerangkan tentang fungsi otak iaitu otak kiri digunakan untuk memikirkan tentang logik, urutan, nombor dan sebagainya manakala otak kanan pula fungsinya untuk berfikir tentang abstrak, impian, angan-angan, kreatif, berseni dan sebagainya
Pelajar 1 : Ya cikgu.
Cikgu : Cuba anda jawab soalan ini 1+ 1 jawapannya apa?
Pelajar 2 : Tentulah 2 cikgu
Cikgu : Ok kalau 1+1=0 macam mana?
Pelajar : Mana boleh cikgu.
Cikgu : Boleh…. apa. Macam ni, saya masukkan seketul ais ke dalam periuk kemudian saya tambah seketul lagi. Lepas tu saya panaskan tentulah kosong ais kan
Pelajar : La.. macam tu pulak.
Cikgu : OK satu lagi 1 + 1=27 macam mana?
Pelajar 2 : Sampai mati pun saya tak percaya, cikgu
Cikgu : Betul, macam ni, seorang sedang bersembahyang kemudian seorang lagi mengikut dibelakangnya menjadi makmum, kan pahalanya menjadi 27. Ok, bila kita kata 1+1=2 kita menggunakan otak kiri untuk berfikir dan memberikan jawapannya 2. Kemudian kita menggunakan otak kanan pula untuk berimaginasi dan memberikan markah 27. Apa yang kita telah buat itu sebenarnya melatih diri kita untuk menggunakan kedua-dua bahagian otak dan otak kita akan menjadi seimbang dan jika latihan itu dilakukan selalu kemampuan otak akan dapat dipertingkatkan.
Pelajar : O..begitu
Cikgu : Satu cara lagi yang boleh dibuat adalah dengan melakukan senaman otak. Contohnya seperti menggangkat tangan kanan dan menggangkat kaki kiri secara serentak
Begitulah, ilmu ini sebenarnya telah lama dipelajari oleh pelajar bukan melayu. Pendedahan ilmu ini dikalangan pelajar melayu hanya berlaku lebih kurang dalam lingkungan 10 tahun kebelakangan ni sahaja. Jadi jangan sia-siakannya.
Sampai jumpa lagi

















