Tapak Kaki Itik, Macam Mana Tu!
DIkirim oleh smartz di April 14, 2009
Assalamualaikum, Salam Pertemuan
Bertemu kembali. Disuatu petang terjadilah perbualan antara seorang ibu dengan anaknya. Ikutilah hasil perbualan tersebut.
Anak: Mak, tadi kita ada berchating dengan Adip. Dia kata nak cari kerja lain sebab kerjanya sekarang gajinya kecik. Kawan-kawannya yang lain pun dah pakat-pakat nak cari kerja lain. Ada yang dah berhenti kerja pun.
Mak:Ye, habis tu dia nak kerja apa?
Anak:Dia kata ada juga mohon untuk jadi tentera, dah di panggil temuduga pun tapi orang tu tak terima kerana katanya dia berjalan macam kaki itik. Kaki itik tu apa mak.
Mak:Kaki itik tu maksudnya bila dia berjalan semua tapak kakinya jejak ketanah. Masalah tu, kalau berjalan macam tu biasanya, orangnya akan mudah sakit pinggang, sakit kepala dan sebagainya. Sebab tu dia tak boleh diterima jadi tentera. Sebab untuk jadi tentera perlukan orang yang benar-benar sihat dan tidak mudah ada masalah kesihatan.
Anak:Macam tu ke!
Mak: Ye, sebab tu kita kena pastikan yang kita sentiasa berdiri dengan posisi yang betul. Jangan ‘take for granted’ dengan cara kita berdiri. Pastikan kita berdiri dengan seimbang antara kaki kiri dan kanan supaya berat badan kita dibahagi sama rata dan kita tidak bermasalah dengan kaki kita. Elakan dari berdiri menggunakan sebelah kaki sahaja. Pastikan kita berdiri dengan tekanan ke tanah seperti warna hitam pada rajah contoh di bawah.
Anak:Gitu ke
Sampai jumpa lagi


















ikoko berkata
em.. mendalam kata2 dalam cerita ni..
NanaNurJannah berkata
wah… rupanya ada juga istilah kaki itik… bukan hanya kaki bangku…
quek quek…
kHairol berkata
Betul tu..sebab saya sendiri dah kena reject masa interview dulu..tak tahu pun masalah ni akan berlaku..tak ada rezeki agaknya..mungkin keadaan ni boleh diperbaiki