Kenapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing

Ketahui Bagaimana Cara Mengatasinya

Manja Punca Graduan Kurang Berdaya Saing

Posted by smartz di Januari 16, 2007

90 peratus kejayaan para graduan IPTA adalah terletak ditangan mereka sendiri. Mereka yang pilih kursus, fakulti apa dan diterima masuk berdasarkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia dan Matrikulasi.

Jika tidak mendapat kursus yang di pohon jangan jadikan ianya satu alasan untuk gagal, anggaplah ianya sebagai satu cabaran. Jika anda ingin berjaya jadikan semua ini sebagai satu cabaran untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dan jangan hanya menjadikannya sebagai secukup makan atau sekadar jadi dan melepaskan batuk di tangga sahaja.

Kebanyakan dari penuntut melayu hanya belajar untuk hidup cukup-cukup makan saja. Yang paling membimbangkan perkara pertama yang dibuat apabila duit pinjaman atau biasiswa masuk, ada yang membeli hi-fi, walkman atau telefon bimbit baru.

Buku hayalah perkara kedua kerana mereka lebih selesa fotostat atau bergantung dengan nota-nota pensyarah sahaja. Apabila kelas berlangsung, ramai yang gemar mengambil tempat duduk di bahagian belakang, datang lewat dan sering ponteng kelas. Ada masa yang terluang digunakan untuk mencari hiburan di luar, dating dan sebagainya.

Sewaktu konvokesyen pula, kebanyakan graduan kelas pertama di pegang oleh graduan berbangsa Cina dan majoriti dari graduan bangsa Cina dan India mendapat kelas ke dua tinggi. Hanya segelintir graduan bangsa lain mendapat kelas kedua rendah dan jarang yang mendapat kelas ketiga. Kebanyakan graduan Melayu pula mendapat kelas kedua rendah, selebihnya mendapat kelas ketiga dan graduan yang mendapat kelas ke dua tinggi pula beberapa kerat sahaja jumlahnya.

Bila di alam pekerjaan pula, graduan Melayu dilihat kurang berusaha. Ada yang berpakaian selekeh, datang lewat, fail peribadi kurang tersusun dan sangat tidak bersedia apabila di temuduga. Soalan temuduga yang biasa ditanya seperti ‘Apakah perancangan anda lima tahun dari sekarang?’ tidak dapat dijawab dengan realistik dan praktikal. Apabila diterima masuk (tentunya untuk jawatan yang rendah dahulu), masalah disiplin pula yang timbul.

Apa lagi yang mereka mahu? Graduan Melayu sangat manja, senang taksub kepada sesuatu perkara, kurang berfikiran terbuka, tidak mahu mencabar keupayaan diri, terlalu bergantung kepada bantuan dan kurang mahu memajukan diri dan paling menyedihkan ialah sikap ‘biar papa asal bergaya’. Ini boleh dilihat dengan jumlah yang telah diistiharkan muflis kerana kad kredit, disenarai hitam dan lain-lain.

Sampai bila ekonomi orang Melayu akan meningkat pertumbuhannya? Rasa cukup apa yang ada itu menunjukkan kesyukuran tetapi nasib sesuatu kaum tidak akan berubah kecuali kita yang mengubahnya

Peribahasa ‘rezeki secupak tidakkan jadi segantang’ sudah boleh di simpan sebagai khazanah tetapi bukan lagi satu alasan. Mujurlah bukan semua graduan Melayu begitu.

Satu Respons to “Manja Punca Graduan Kurang Berdaya Saing”

  1. aqmal said

    betul….saya sangat setuju..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s