Kenapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing

Ketahui Bagaimana Cara Mengatasinya

Kalau Bukan Tanggungjawab Kita Siapa Lagi?

Posted by smartz di Januari 31, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Pada pandangan saya, mahasiswa melayu bukanlah kumpulan pelajar yang tidak cerdik dan tidak punya potensi. Bangsa kita adalah satu bangsa yang pernah gemilang satu ketika dahulu dan tidak mustahil perkara tersebut tidak berlaku lagi sebagaimana yang di idam-idamkan oleh kita semua.

Cuma masalahnya golongan mahasiswa melayu ini terbahagi kepada beberapa kumpulan yang kalau di perhatikan boleh di kategorikan kepada berikut:

  1. Golongan yang tidak tahu atau belum matang pemikirannya
  2. Golongan yang bersikap negatif yang perlu dibantu untuk memotivasikannya
  3. Golongan yang berjaya bila berada dalam suasana yang terkawal tetapi boleh berubah samada negatif atau positif  jika berlaku kejutan budaya
  4. Golongan yang boleh berdikari sendiri dan memang bermotivasi.

Mereka ini perlu dibantu dan sesuatu perlu dilakukan supaya mereka ini bersedia untuk menghadapi suasana baru di universiti. Setiap universiti biasanya mengamalkan sistem penasihatan akademik untuk membantu para mahasiswa ini, Cuma masalahnya sejauh manakah berkesannya sistem penasihatan akademik ini.

Berapa ramai di kalangan anda yang mengetahui wujudnya sistem ini. Saya percaya terdapat mahasiswa di luar sana yang tidak tahupun wujudnya sistem penasihatan akademik ini. Melalui sistem ini sepatutnya pensyarah perlu menjaga sekumpulan mahasiswa dan berfungsi sebagai penasihat kepada mereka tentang keperluan akademik mereka.

Terus terang saya katakan saya sendiri tidak tahu tentang kewujudan sistem ini, semasa saya belajar dahulu dan pensyarah tersebut tidak pernah sekalipun menghubungi saya untuk  memberi penerangan dan menasihati saya. Saya tahu tentang sistem ini, hanya setelah saya melibatkan diri dalam pengurusan akademik ini.

Saya percaya kalau setiap orang dari kalangan bangsa melayu memainkan peranannya masing-masing tentunya masalah graduan melayu ini akan dapat lebih cepat di atasi.  

Sampai jumpa lagi 

Satu Respons to “Kalau Bukan Tanggungjawab Kita Siapa Lagi?”

  1. mmg saya akui. bahkan disekolah kini remaja kita semakin hanyut dengan dunia mereka sendiri. Syay hanya tersedar setelah mengikuti program kem bina negara. Disanalah saya baru tersedar. Bangsa kita makin ditindas. Kolau bukan kita. siapa lagi yang akan melindungi bangsa kita. Golongan cerdik pandai inilah tempat kita bergantung

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s