Kenapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing

Ketahui Bagaimana Cara Mengatasinya

Archive for Februari 2007

Pngk… Nak Kira Macam Mana Yek….

Posted by smartz di Februari 28, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Semalam saya telahpun menerangkan tentang bagaimana pengiraan png di buat. Ok setelah png dikira maka terdapat satu pengiraan lagi yang diperlukan untuk melengkapkan keputusan peperiksaan akademik anda iaitu pengiraan purata gred komulatif bagi semua semester (pngk). Perlu di ingat png dan pngk pada semester pertama adalah sama. Contoh pengiraan di bawah adalah pengiraan pada semester ke dua:

                                     Semua                                                        Semua

                                     Semester Dulu     Semester Semasa      Semester Semasa

Jumlah MataNilaian      35.66                          57.00                         92.66

Jumlah Kredit                17                                 17                               34

Pngk/Png/Pngk             2.10                             3.35                           2.73

Pngk Semester Semasa = JumMatanilaiSemDulu + JumMatanilaiSemSemasa

                                              JumKreditKiraDulu + JumKreditKiraSemSemasa

                                          = 35.66 + 57.00

                                             17 +17

                                          = 92.66/34

                                          = 2.73

Jika pngk semester dahulu anda rendah anda perlu berusaha lebih pada semester semasa untuk membolehkan pngk anda pada semester tersebut menjadi lebih tinggi. Sebolehnya dari semester pertama lagi anda telah mensasarkan agar pngk anda menjadi tinggi dan satu tip dari saya, jika pada sesuatu semester anda merasa tension itu petanda result anda akan naik dan jika pada sesuatu semester itu anda rasa relax aje itu petandanya result anda akan jatuh. Mungkin tak semua orang akan merasakan begitu tapi apa salahnya menjadikan diri kita tension kerana itu akan menjadikan kita lebih peka dan bersedia.

Sampai jumpa lagi

Posted in Pelbagai | 5 Comments »

Png ooo png

Posted by smartz di Februari 27, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Setiap subjek mempunyai nilai kredit tertentu bagi mengambarkan tahap kepentingan dan bentuk subjek tersebut. Seperti yang telah saya terangkan sebelum ini anda perlu mengambil jumlah kredit yang tertentu mengikut kursus yang anda ikuti untuk membolehkan anda digraduankan.

Setelah anda membuat perancangan dan mengetahui apakah subjek yang perlu anda ambil dalam sesuatu semester, maka adalah penting pula untuk anda mengetahui bagaimanakah pengiraan png dibuat untuk semester tersebut. Png adalah purata matanilai gred bagi semua subjek yang diambil dalam sesuatu semester. Hasil dari png setiap semester ini pula akan digunakan untuk mengira pngk anda untuk semester seterusnya.

picture8.jpg

Berdasarkan contoh diatas katalah anda mengambil 6 subjek yang bernilai 17 kredit semuanya. Setiap markah yang diperolehi akan di tukarkan mengikut jadual gred universiti anda menjadi gred dan matanilai. Jadual gred ini biasanya adalah berbeza-beza mengikut universiti masing-masing. Bagi membolehkan png dikira matanilai setiap subjek akan dikalikan dengan jumlah kredit setiap subjek. Hasilkannya ialah mata nilaian. Matanilaian ini pula akan dicampurkan menjadi jumlah mata nilaian iaitu 35.66. Jumlah png anda ialah 35.66/17 = 2.10  .Jadi boleh disimpulkan secara formulanya

 
Png Semester Semasa =  Himpunan Matanilaian Semester Semasa  /                                                                                 Himpunan Kredit Semester Semasa

                                        = 35.66 / 17

                                        = 2.10 

Bukankah mengetahui itu lebih baik dari tidak mengetahui? Jangan tak percaya ada diantara anda yang tak mengetahui pun atau tak nak ambil tahu pun tentang bagaimana pengiraan ini dibuat. Kalau kita nak pergi berperang kenalah membawa senjata dan kalau nak berjaya kenalah tau caranya.

Sampai jumpa lagi

Posted in Pelbagai | 3 Comments »

Panas-panas..Sesuatu Untuk Difikirkan

Posted by smartz di Februari 26, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Petikan Akhbar Utusan Hari Ini

Graduan jangan merungut, kuasailah bahasa Inggeris

SUNGGUH lucu dalam kegawatan isu graduan menganggur hari ini, masih ada pelajar di universiti merungut mengenai penggunaan bahasa Inggeris dalam kuliah harian.

Saya tidak faham mengapa mereka tidak boleh melihat kepentingan bahasa Inggeris, bukan sahaja dalam mencari pekerjaan tetapi juga dalam kehidupan.

Untuk pengetahuan pelajar, sebaik sahaja anda memulakan misi mencari pekerjaan, maka anda pasti menyesal sekiranya anda tidak menggunakan peluang untuk mengasah penggunaan bahasa Inggeris sewaktu di peringkat pengajian.

Di mana lagi peluang untuk anda berkomunikasi, baik secara lisan mahupun tulisan dalam bahasa Inggeris kalau bukan dengan rakan sekuliah.

Jika anda berasal dari kampung atau mungkin berada atau dibesarkan dalam komuniti Melayu pertengahan dan bawahan, tidak memungkinkan anda untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Ia mengingatkan saya semula kata-kata seorang pelajar kepada saya: ‘‘Anda bertuah kerana berada di Kuala Lumpur dan mempunyai sokongan keluarga yang kuat.

Keluarga saya di kampung, mana mungkin saya boleh berbahasa Inggeris dalam perbualan kerana mereka tidak faham.’’

Para pelajar sekalian, celiklah mata anda. Peluang kerja di luar sana sebenarnya sangat banyak. Pencarian kerja anda akan sedikit mudah sekiranya anda seorang yang berada dalam Senarai Dekan (Dean’s List) dan mempunyai pencapaian yang mengagumkan.

Tetapi sekiranya anda adalah pelajar yang sederhana pencapaiannya, sedarlah adalah menjadi tanggungjawab anda untuk ‘menutup’ kekurangan ini dengan mempunyai keistimewaan lain seperti kemahiran berkomunikasi, keyakinan diri dan rajin berusaha.

Ini sebenarnya yang diperlukan dalam pasaran kerja. Anda sebenarnya tidak perlu petah berbahasa Inggeris seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad, sekurang-kurangnya semasa temu duga. Cukup sekiranya anda boleh berkomunikasi sambil menjawab soalan dengan keyakinan.

Ada juga pelajar yang tidak tahu membuat resume mengikut kehendak pasaran kerja. Mereka ini semuanya malas untuk berusaha, mencari sumber dan membuat kajian.

Dalam dunia serba berpaksikan pengetahuan teknologi, bukanlah sukar mencari maklumat mengenai resume yang terkini dan menarik.

Lihatlah di sekeliling anda. Anda mungkin tidak tahu ada graduan Ijazah Perakaunan yang terpaksa menerima gaji permulaan sebanyak RM1,000 sebagai pembantu audit.

Ada juga yang bekerja di kilang dan ada juga yang bekerja setaraf lepasan Sijil Pelajaran Malaysia. Bayangkan setelah empat tahun berusaha keras di menara gading, apa yang berlaku tidak seperti yang diharapkan.

Agak mengecewakan jika anda seorang yang mempunyai cita-cita tinggi dan mahu menjadi seseorang dalam masyarakat.

Buat semua pelajar, berhentilah merungut. Bukalah mata dan terimalah hakikat yang anda perlu berusaha untuk membantu mengubah diri sendiri.

Carilah, ubahlah dan praktikkanlah ilmu anda. Janganlah mengharapkan tongkat dan bantuan pihak dalam sesebuah organisasi. Jadilah insan yang berdikari.

– NURUL,

Kuala Lumpur.

Sampai jumpa lagi 

Posted in Pelbagai | Leave a Comment »

Kredit Kecuali …Bonus..Bonus…

Posted by smartz di Februari 26, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Sebelum anda masuk ke sesuatu universiti, jika anda pernah memiliki sijil, diploma atau ijazah yang diiktiraf ataupun mempunyai pengalaman kerja yang diiktiraf setaraf dengan subjek peringkat sijil, diploma atau ijazah universiti tersebut maka anda layak untuk mendapat pengecualian kredit bagi subjek tersebut.

Pengecualian kredit ini adalah merupakan satu bonus kepada anda kerana anda dikira telah mengambil subjek tersebut, beban kredit anda akan berkurangan dan subjek tersebut tidak akan dikira dalam pengiraan png dan pngk anda. Png bermaksud purata mata nilai gred yang diperolehi bagi sesuatu semester dan pngk bermaksud purata matanilai gred kumulatif bagi semua semester yang telah diikuti. Semakin banyak kredit kecuali yang anda dapat semakin bagus untuk anda.

Perlu diingat jika anda bercadang untuk menyambung pengajian anda dikemudian hari, sebaiknya anda menyambung pengajian sebaik sahaja anda menamatkan pengajian disesuatu peringkat pengajian supaya anda tidak menghadapi banyak masalah dalam proses untuk membuat pengecualian kredit ini. Jika sesuatu universiti mengubah silibus bagi kursusnya maka peluang anda untuk mendapat kredit kecuali subjek terlibat menjadi sukar.    

Pastikan juga anda menyelesaikan keperluan kredit kecuali ini mengikut masanya supaya memudahkan anda untuk membuat perancangan seterusnya. Biasanya kredit kecuali ini perlu di selesaikan pada semester pertama pengajian, itupun bergantung pada universiti anda. Jangan ambil mudah dan menunggu hingga semester akhir  baru nak settlekan masalah ini, nanti siapa yang susah…anda juga….

Sampai jumpa lagi 

Posted in Pelbagai | Leave a Comment »

Rayu Jangan Tak Rayu..Rayulah Mengikut Masanya

Posted by smartz di Februari 23, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Pastikan anda tahu jenis-jenis rayuan yang ada di universiti supaya bila perkara yang tidak dijangkakan berlaku kepada anda atau keluarga anda, anda tahu apakah tindakan yang perlu dilakukan.

Contohnya, Jika di sesuatu masa atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan dan anda telah tidak dapat menghadiri peperiksaan, pastikan anda menghubungi pensyarah atau pentadbir universiti anda. Terangkan sebab-sebab yang berlaku secepat yang boleh. Supaya tindakan-tindakan susulan yang sepatutnya boleh dibuat untuk membantu anda dan tindakan yang tidak sepatutnya berlaku kepada anda dapat dielakkan. Kegagalan atau kelewatan anda memaklumkan perkara tersebut kepada pentadbir universiti akan menyebabkan proses-proses berkaitan keputusan akademik anda akan tertangguh dan menimbulkan masalah kepada anda pada semester berikutnya.

Sampai jumpa lagi

Posted in Akademik | Leave a Comment »

Fikiran Kita Minda Kita

Posted by smartz di Februari 22, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Sebagai bangsa melayu yang ingin maju kita hendaklah sentiasa berfikiran terbuka dan bersedia untuk memperbaiki segala kelemahan diri, jangan mudah melenting bila sesuatu yang dihidangkan didepan mata tidak selari dengan kemahuan dan pendirian kita. Pada pandangan saya kita perlu bersedia menerima apa sahaja, simpan di baldi fikiran kita baik ianya buruk atau pun baik dan bila kita balik ke rumah nanti, di situ ada satu tempayan yang besar. Tuanglah kandungan baldi tersebut dan tapis, yang baik disimpan untuk dijadikan panduan dan yang buruk dijadikan sempadan kehidupan.

Sebelum ini saya menekankan akan kepentingan sasaran markah, tetapi saya tidak bermaksud yang kita hanya perlu mementingkan markah semata-mata. Tujuannya adalah supaya penerangan saya menjadi lebih fokus dan tidak melontarkan terlalu banyak maklumat dalam sesuatu masa. Nanti pening pula kepala…Saya bukanlah yang terbaik dalam bidang ini, hanya ingin menyumbang sedikit sebanyak ilmu yang ada untuk kebaikan adik-adik di luar sana.

Sampai jumpa lagi 

Posted in Pelbagai | Leave a Comment »

Merancang, Rancanglah Dengan Betul

Posted by smartz di Februari 21, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Alhamdulillah bertemu kembali setelah beberapa hari ini berehat kerana Cuti Tahun Baru Cina, pulang ke kampung bertemu ayah dan bonda. Walau dimanapun kita berada jangan sampai putus hubungan kita dengan keluarga disana, walau berjaya setinggi manapun kita jangan lupa kampung halaman kita sebab di sanalah terletaknya rahmat dan keberkatan kehidupan kita. Kalau kita jual seluruh hidup dan harta kita pun kita tak akan dapat membalas budi dan jasa ayah dan bonda.

Ok, Sebaik sahaja anda memulakan pengajian buat perancangan apakah subjek yang anda perlu selesaikan sepanjang pengajian anda. Tak kira kursus apa pun yang anda ikuti biasanya terdapat keperluan kredit yang perlu anda dapatkan. Keperluan ini berbeza mengikut kursus yang anda ikuti. Sekali lagi dapatkan keperluan ini dari universiti anda. Contohnya

Kursus            : Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik)

Program          : 4 Tahun

Jumlah Kredit : 123

Senarai Subjek:

Subjek                         Kredit

SKA1234                    4

SFG1233                     3

…..dan seterusnya sehingga 123 kredit

Kredit bermaksud bilangan jam pertemuan dengan pensyarah dalam seminggu untuk subjek tersebut. Jika kelas tersebut diajar 3 kali dalam seminggu maka subjek tersebut bernilai 3 kredit. Setelah pasti apakah subjek yang perlu diambil, rancang apakah subjek yang anda perlu ambil bagi setiap semester sepanjang 4 tahun pengajian anda. Perlu diingat jika anda membuat perubahan perancangan terdapat subjek yang mungkin tidak ditawarkan dalam sesuatu semester, jadi pastikan anda merancang mengikut masa yang tepat. Jika anda kurang pasti bincang dengan penasihat akademik anda.          

Sampai jumpa lagi 

Posted in Pelbagai | Leave a Comment »

Tempoh Maksimum

Posted by smartz di Februari 15, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Sebaik sahaja anda ditawarkan dan kemudian mengambil keputusan untuk mendaftar di sesuatu universiti, pastikan anda tahu apakah tempoh maksimum yang diperlukan untuk membolehkan anda menamatkan pengajian anda. Tempoh maksimum pengajian bagi sesuatu kursus adalah tempoh lazim kursus/program dengan tambahan beberapa semester. Tambahan semester ini mungkin berbeza antara universiti.  Sekali lagi semak keperluan universiti anda

Contohnya jika anda ditawarkan program atau kursus Sarjana Muda Pengurusan dan anda tahu program itu adalah program 4 tahun (tempoh lazim), pastikan berapa semester lagikah yang dibenarkan untuk anda menambah semester jika matapelajaran yang perlu diambil belum habis.

Adalah penting untuk anda mengetahui maklumat ini supaya perancangan boleh dibuat dari awal untuk membolehkan anda dapat menyelesaikan pengajian anda mengikut masanya dan anda tidak akan keluar dari universiti dengan hanya berkelulusan SPM atau STPM sahaja. Rugikan….anda dah belajar selama 5 atau 6 tahun di universiti tetapi kemudiannya terpaksa keluar dengan tidak mendapat apa-apa.  

Sampai jumpa lagi 

Posted in Pelbagai | Leave a Comment »

Tip Sasaran Markah

Posted by smartz di Februari 12, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Lega rasanya dapat kembali ke kampus setelah beberapa hari terlibat dengan kursus dan bengkel. Saya baru saja kembali dari Melaka semalam. Hari ni terlibat pula dengan satu kursus yang lain pula…Namun begitu saya amat bershukur kerana walaupun terpaksa bekerja dihujung minggu ini saya masih lagi beruntung kerana ada rakan kita yang lain yang lebih sibuk dan dah terpaksa bekerja berminggu-minggu lamanya dengan mengorbankan masa hujung minggunya semata-mata untuk melaksanakan tugas yang telah dipertanggungjawabkan kepadanya.

Ok…sebelum ini saya telah menerangkan tentang keperluan unutk mensasarkan markah. Adalah penting untuk anda berbuat demikian agar sasaran pngk yang diperlukan dapat diperolehi.. Sila lihat maklumat dibawah

Penilaian Dan Pemarkahan Mengikut Subjek
A. Kerja kursus, 55%
Kuiz, ujian, Multiple Choice Question,
Mid Term Exam
B. Peperiksaan Akhir 45%

Biasanya setiap universiti akan menentukan bentuk penilaian yang akan digunakan dalam pengurusan akademik. Bagi contoh di atas, pembahagian peperiksaan akhir adalah 45% dan selainnya 55% adalah peratusan untuk kerja kursus, ujian, multiple choice question dan juga mid term exam. Pastikan anda tahu apakah bentuk penilaian untuk universiti anda. Peratusan ini adalah berbeza-beza mengikut universiti mana anda berada. Sekali lagi rujuklah buku panduan akademik universiti masing-masing.

Bagi setiap subjek biasanya terdapat bab-bab yang perlu dipelajari dan anda tentunya tahu apa bab yang perlu diselesaikan kan. Ada yang tak tau ke…kalau nak berjaya kenalah tau…dapatkan maklumat tersebut dari pensyarah anda. Katakan lah dalam satu subjek tersebut ada 10 bab. Anda rasa bagaimana agaknya penilaian akan dibuat. Penilaian ini biasanya agak berbeza antara pensyarah dan juga antara universiti tetapi tidak boleh lari dari peratusan penilaian antara peratusan markah peperiksaan akhir dan juga penilaian lainnya seperti kerja kursus, ujian, multiple choice question dan juga mid term exam.

Berdasarkan maklumat tersebut 45% markah datang dari peperiksaan akhir maknanya dari 10 topik yang sepatutnya anda pelajari tersebut mungkin skop peperiksaan akhir anda hanyalah datang dari 5 bab terakhir. Ini hanyalah anggaran kasar saya sahaja bergantung kepada pensyarah tersebut dan kerja kursus anda mungkin dari dari bab 3 hingga 4 atau ujian dipilih dari bab 5. Walaupun ujian atau kerja kursus anda berlaku lebih dari sekali yang pastinya skopnya adalah kecil, masa lebih panjang dan lebih mudah untuk mendapat markah yang baik terutamanya jika anda sentiasa bersedia. Jangan tunggu waktu peperiksaan akhir baru anda nak belajar bersungguh-sungguh…dah terlambat tu. Bagi memperolehi markah yang baik anda kena faham dengan konsep penilaian yang diamalkan oleh universiti anda dan terutamanya bagi mahasiswa baru pastikan anda tidak terikut-ikut dengan amalan sistem penggal yang biasa anda dan kita semua hadapi waktu sekolah dahulu.

Sebaik sahaja sebelum peperiksaan akhir bermula pastikan anda tahu apakah markah terkumpul anda bagi sesuatu subjek. Anda berhak tahu apakah markah anda sehingga peringkat ini dan adalah penting untuk anda mengetahuinya. Jumpa pansyarah anda atau biasanya pensyarah akan menampalkan markah terkini anda dipapan kenyataan. Jika peratusan kerja kursus universiti anda adalah 55% dan anda mendapat markah terkumpul sebanyak 45 markah, agak-agaknya berapakah markah yang anda perlu sasarkan sewaktu peperiksaan akhir jika anda hendak memastikan anda mendapat sekurang-kurangnya 58 markah. Dah kira dah…betul anda hanya perlu dapatkan tambahan markah sebanyak 13 markah…tak kan anda tak boleh dapat lebih dari itu terutamanya jika anda memang cukup bersedia.

Sebagai kesimpulannya apa yang anda perlu lakukan adalah
1. Pastikan anda sentiasa bersedia dan jangan tunggu sampai akhir semester baru nak
benar-benar belajar
2. Fahami bentuk penilaian yang digunakan dan diamalkan oleh universiti anda
3. Pastikan anda tahu apakah markah terkumpul anda sebelum peperiksaan akhir

Ok selamat berjaya dan sampai jumpa lagi

Posted in Pelbagai | Leave a Comment »

Sasaran Markah Satu Kemestian

Posted by smartz di Februari 7, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Saya telahpun menerangkan sebelum ini bahawa sasaran pngk yang perlu adalah 3.00, jadi bagaimana anda hendak mencapainya. Berikut adalah contoh sistem pengredan. Pengredan yang dipaparkan di bawah ini adalah contoh dari USM.   

Markah                        Gred                            Matanilai

80-100                         A                                 4.00

70-79                           A-                                3.67

64-69                           B+                               3.33

58-63                           B                                 3.00

52-57                           B-                                2.67

46-51                           C+                               2.33

40-45                           C                                 2.00

36-39                           C-                                1.67

32-35                           D+                               1.33

28-31                           D                                 1.00

25-27                           D-                                0.67

0-24                             F                                  0.00

Bagi memperolehi pngk sekurang-kurangnya 3.00 apa yang perlu anda lakukan adalah bagi setiap subjek yang diambil, matanilai yang perlu disasarkan ialah sekurang-kurangnya 3.00. Jadi bagi setiap subjek anda hanya perlu mencapai sekurang-kurangnya 58 markah. Kalau anda boleh dapat mencapai lebih dari ini adalah lebih baik.

Angka ini adalah berbeza-beza mengikut universiti di mana anda berada. Sila rujuk buku panduan akademik universiti masing-masing dan lihat jadual pengredan universiti anda.

Dalam post seterusnya saya akan terangkan tips bagaimana anda boleh mencapai sasaran tersebut. Tunggu… 

Sampai jumpa lagi 

Posted in Pelbagai | 3 Comments »