Kenapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing

Ketahui Bagaimana Cara Mengatasinya

Panas-panas..Sesuatu Untuk Difikirkan

Posted by smartz di Februari 26, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Petikan Akhbar Utusan Hari Ini

Graduan jangan merungut, kuasailah bahasa Inggeris

SUNGGUH lucu dalam kegawatan isu graduan menganggur hari ini, masih ada pelajar di universiti merungut mengenai penggunaan bahasa Inggeris dalam kuliah harian.

Saya tidak faham mengapa mereka tidak boleh melihat kepentingan bahasa Inggeris, bukan sahaja dalam mencari pekerjaan tetapi juga dalam kehidupan.

Untuk pengetahuan pelajar, sebaik sahaja anda memulakan misi mencari pekerjaan, maka anda pasti menyesal sekiranya anda tidak menggunakan peluang untuk mengasah penggunaan bahasa Inggeris sewaktu di peringkat pengajian.

Di mana lagi peluang untuk anda berkomunikasi, baik secara lisan mahupun tulisan dalam bahasa Inggeris kalau bukan dengan rakan sekuliah.

Jika anda berasal dari kampung atau mungkin berada atau dibesarkan dalam komuniti Melayu pertengahan dan bawahan, tidak memungkinkan anda untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Ia mengingatkan saya semula kata-kata seorang pelajar kepada saya: ‘‘Anda bertuah kerana berada di Kuala Lumpur dan mempunyai sokongan keluarga yang kuat.

Keluarga saya di kampung, mana mungkin saya boleh berbahasa Inggeris dalam perbualan kerana mereka tidak faham.’’

Para pelajar sekalian, celiklah mata anda. Peluang kerja di luar sana sebenarnya sangat banyak. Pencarian kerja anda akan sedikit mudah sekiranya anda seorang yang berada dalam Senarai Dekan (Dean’s List) dan mempunyai pencapaian yang mengagumkan.

Tetapi sekiranya anda adalah pelajar yang sederhana pencapaiannya, sedarlah adalah menjadi tanggungjawab anda untuk ‘menutup’ kekurangan ini dengan mempunyai keistimewaan lain seperti kemahiran berkomunikasi, keyakinan diri dan rajin berusaha.

Ini sebenarnya yang diperlukan dalam pasaran kerja. Anda sebenarnya tidak perlu petah berbahasa Inggeris seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad, sekurang-kurangnya semasa temu duga. Cukup sekiranya anda boleh berkomunikasi sambil menjawab soalan dengan keyakinan.

Ada juga pelajar yang tidak tahu membuat resume mengikut kehendak pasaran kerja. Mereka ini semuanya malas untuk berusaha, mencari sumber dan membuat kajian.

Dalam dunia serba berpaksikan pengetahuan teknologi, bukanlah sukar mencari maklumat mengenai resume yang terkini dan menarik.

Lihatlah di sekeliling anda. Anda mungkin tidak tahu ada graduan Ijazah Perakaunan yang terpaksa menerima gaji permulaan sebanyak RM1,000 sebagai pembantu audit.

Ada juga yang bekerja di kilang dan ada juga yang bekerja setaraf lepasan Sijil Pelajaran Malaysia. Bayangkan setelah empat tahun berusaha keras di menara gading, apa yang berlaku tidak seperti yang diharapkan.

Agak mengecewakan jika anda seorang yang mempunyai cita-cita tinggi dan mahu menjadi seseorang dalam masyarakat.

Buat semua pelajar, berhentilah merungut. Bukalah mata dan terimalah hakikat yang anda perlu berusaha untuk membantu mengubah diri sendiri.

Carilah, ubahlah dan praktikkanlah ilmu anda. Janganlah mengharapkan tongkat dan bantuan pihak dalam sesebuah organisasi. Jadilah insan yang berdikari.

– NURUL,

Kuala Lumpur.

Sampai jumpa lagi 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s