Kenapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing

Ketahui Bagaimana Cara Mengatasinya

Archive for Mac 2007

Satu Keputusan Boleh Mengubah Hidup Anda Selamanya

Posted by smartz di Mac 30, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

 

Keputusan adalah pintu untuk menuju perubahan

Pelajar…………Menolak Untuk Datang Kelas

Pelajar…………Merasa Cukup Apa Yang Ada

Pelajar…………Kurang Tumpuan

Pelajar…………Tidak Berfikiran Terbuka

Pelajar…………Tidak Mahu Berubah

Perubahan Berlaku Sebaik Sahaja Anda Membuat Keputusan

Keputusan yang akan mengubah hidup anda

Atau Anda boleh menunggu saat perubahan berlaku

Atau anda boleh membuat keputusan sekarang

Sekarang…Sekarang…Sekarang

    

Sampai jumpa lagi 

Advertisements

Posted in Motivasi | Leave a Comment »

Gantung Png Tapi Bertali….Fikirkanlah

Posted by smartz di Mac 28, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Jika di sesuatu masa anda dapati anda telah mendapat keputusan png < 2.00, itu adalah satu petanda penting yang menunjukkan bahawa anda perlu berbuat sesuatu dengan kaedah dan cara pembelajaran anda, dapatkan nasihat dari penasihat akademik anda apa yang anda patut lakukan, mungkin cara anda belajar atau cara anda membuat ulangkaji tidak betul. Jangan tunggu sehingga pngk anda mencapai <= 2.00 baru anda hendak berbuat sesuatu…dah terlewat tu….

Terdapat juga universiti yang mengantung keputusan pelajarnya jika pelajar tersebut tidak mencapai tahap keputusan png tertentu (walaupun pngk mereka baik). Bila keputusan dah di gantung barulah pelajar tersebut seolah-olah tersentak dari tidur kerana terdapat pelajar yang kurang mengambil kisah dan mengambil mudah sahaja dengan keputusan yang cukup-cukup makan aje tu…agak-agak anda kumpulan pelajar mana la tu..yek..

Bila dah kena gantung barulah pelajar tersebut berjumpa dengan penasihat akademik, pensyarah ataupun pentadbir universiti bertanya apa salah mereka kerana kena gantung kena tindakan tatatertib ke. Tujuan utama tindakan tersebut adalah untuk menasihatkan pelajar dan berbuat sesuatu untuk membantu agar bantuan yang diberikan tepat pada masanya dan tidak terlewat….tapi perlu di ingat sebagaimana saya sebut tadi tidak semua universiti mengamalkan konsep ini jadi sendili mau ingat la…saya dah ingatkan..…   

Sampai jumpa lagi 

Posted in Akademik | 4 Comments »

Pra pendaftaran, Pendaftaran Wajib…Semak Jangan Tak Semak

Posted by smartz di Mac 27, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Satu lagi kesilapan yang sering dilakukan oleh mahasiswa melayu adalah tidak menyemak pra-pendaftaran ataupun pendaftaran wajib subjek yang telah didaftarkan untuk sesuatu semester (saya katakan mahasiswa melayu kerana jarang mahasiswa bangsa lain membuat kesilapan seperti ini, berdasarkan pengalaman saya la…).

Setelah mendapati mereka menghadapi masalah ketika menerima jadual waktu peperiksaan (semakan dibuat disaat akhir iaitu dihujung semester) kerana ‘clash’ atau nama mereka telah tidak tersenarai barulah mereka bertemu dengan pensyarah ataupun pentadbir fakulti untuk membuat pembetulan. Malangnya keadaan itu akan menyukarkan pihak yang ingin membantu dan menyusahkan juga diri mereka sendiri. Jadi pastikan anda menyemak slip pendaftaran anda…

Sampai jumpa lagi 

Posted in Akademik | 1 Comment »

Tumpuan Kredit Tinggi

Posted by smartz di Mac 26, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Berjumpa kita lagi, ok kali ini saya ingin bercerita tentang satu lagi kelemahan mahasiswa melayu iaitu mereka kurang memberi tumpuan kepada subjek-subjek yang bernilai kredit tinggi. Jika jam pertemuan dalam seminggu bagi subjek yang anda daftarkan adalah tinggi anda sepatutnya memberi lebih tumpuan kepada subjek tersebut kerana ia melambangkan tahap kesukaran subjek itu. Jika anda mendapat markah rendah bagi subjek-subjek jenis ini, ianya akan memberi kesan yang besar kepada keputusan peperiksaan anda dan jika anda kurang berhati-hati anda mungkin akan gagal pada sesuatu semester atau mendapat kelulusan bersyarat. Jadi beringat-ingatlah….

Sampai jumpa lagi

Posted in Akademik | Leave a Comment »

Target Pngk Jangkaan Png..Macam Mana Nak Buat

Posted by smartz di Mac 22, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Pada semester ketiga anda telah mendapat pngk 2.77, malangnya keputusan tu masih terlalu rendah dari yang sepatutnya. Sebagai mana yang saya terangkan dahulu hanya pngk 3.00 dan keatas sahaja yang akan melayakkan anda dipanggil untuk di interview. Jadi… macam mana nak buat ni…

Tindakan yang anda boleh buat ialah anda perlu mensasarkan target pngk yang anda ingin perolehi pada semester ini katalah 3.00. Sekarang kita listkan maklumat yang diperlukan pada semester 4. 

  1. Sasaran pngk = 3.00
  2. Kredit Bawa Semester Ini = 17
  3. Matanilai Mansuh = Tiada subjek lain yang gagal sebelum ini jadi = 0
  4. Kredit Mansuh = Tiada subjek lain yang gagal sebelum ini jadi = 0

 Ok kita tahu formula pngk seperti dibawah:                                 
Pngk Semester Semasa =  JumMatanilaiSemDulu + JumMatanilaiSemSemasa – JumMatanilaiMansuh

                                          JumKreditKiraDulu + JumKreditKiraSemSemasa – JumKreditKiraMansuh

                              3.0   = 135.66 + JumMatanilaiSemSemasa – 0    

                                         49 + 17- 0

JumMatanilaiSemSemasa = 198 – 135.66

                                          = 62.34

Png semester semasa = 62.34 / 17

                                  = 3.67     
Oleh itu anda mesti berusaha supaya bagi setiap subjek yang anda ambil keputusan yang anda perolehi bagi setiap subjek itu mestilah sekurang-kurangnya A-. Anda mungkin boleh mensasarkan supaya semester ini anda mendapat png 4.00 tetapi adalah mustahil untuk anda mendapat pngk 4.00 sekurang-kurangnya untuk semester ini kerana result anda telah jatuh begitu jauh. Semuga maklumat ini dapat membantu…..yang penting buat perancangan…jgn hanya baca aje maklumat ini…kalau nak berjaya la…

Sampai jumpa lagi 

Posted in Pelbagai | 4 Comments »

Soft Skill (Kemahiran Insaniah)…Apa Rasionalnya…

Posted by smartz di Mac 20, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Saya dapati ada di antara anda yang mencari maklumat berkaitan dengan soft skill, jadi hari ni saya akan cuba bercerita serba sedikit tentang soft skill ini. Apa soft skill tu yekk..

Isu ini timbul berkaitan dari permasalah graduan yang sukar mencari pekerjaan, hingga dipaparkan di dada-dada akhbar berkenaan graduan yang menganggur tiada mempunyai pekerjaan kerana dikatakan tidak mempunyai pakej yang membolehkan mereka diterima masuk di bidang pekerjaan. Graduan tidak mempunyai penampilan diri yang baik, kurang skill kritikal seperti kurang kemahiran berkomunikasi, penguasaan bahasa inggeris yang lemah, kurang kemahiran bersosial dan kurang bermotivasi. Memang terasa pedas, tapi itulah kenyataannya yang perlu diterima terutama oleh graduan melayu kita.

Soft skill ini berkisar tentang isu bagaimana hendak mempersiapkan diri anda supaya anda diterima sebagai pekerja dan meningkatkan perluang ‘employability’ anda sebagai graduan. Ia bukan hanya berkisar tentang setakat mana pencapaian akademik anda. Universiti terkemuka di Amerika Syarikat meletakan 2 metrik utama sebagai pengukur kepada kejayaan graduan. Yang pertama adalah kejayaan graduan mendapat pekerjaan dalam tempoh 6 bulan pertama selepas graduan dan kedua bilangan pelajar yang mengikuti kursus diluar daripada silibus kurikulum akademik mereka. Jika anda dapat memenuhi kriteria ini anda tentu akan berjaya.

Antara soft skill yang perlu dikuasai oleh graduan melayu adalah

Kemahiran Berkomunikasi

Pemikian Kritis Dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah

Kemahiran Kerja Berpasukan

Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat

Kemahiran Usahawan

Etika Dan Moral Profesional

Kemahiran Kepimpinan

Sebolehnya dapatkan kemahiran ini seawal mungkin dalam tempoh pengajian anda dan gunakan maklumat tersebut sebagai panduan untuk anda memilih subjek elektif di universiti anda. Jangan hanya jadikan kemahiran tersebut cantik di atas kertas saja tapi jadikanlah ianya cara hidup anda. Dapatkan penjelasan lanjut dari pensyarah atau pentadbir universiti anda.

Sampai jumpa lagi

Posted in Akademik | 25 Comments »

Pngk Untuk Kepastian

Posted by smartz di Mac 19, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Pada semester ketiga anda mengulang subjek SXX1012 dan telah mendapat gred A- (macam tu..la anak emak..). Katalah senarai subjek dibawah adalah subjek yang anda ambil pada semester tersebut

Semester Ketiga

 

1

2

3

4

5

2X5

Subjek

Kredit

Markah

Gred

Mata

Nilai

Mata

Nilaian

SXX1012

2

79

A-

3.67

7.34

SXX2032

2

33

D+

1.33

2.66

SXX2213

3

45

C

2.00

6.00

SXX2012

3

51

C+

2.33

6.99

SXX2233

3

57

B-

2.67

8.01

SXX2014

4

63

B

3.00

12.00

Jumlah

17

 

 

 

43.00

 

Berikut adalah formula bagi mengira pngk semester semasa dengan lebih terperinci

Pngk Semester Semasa = JumMatanilaiSemDulu + JumMatanilaiSemSemasa – JumMatanilaiMansuh

                             JumKreditKiraDulu + JumKreditKiraSemSemasa – JumKreditKiraMansuh

                                                                = 92.66 + 43.00 – 0

                                                                        34 +17-2

                                                                =2.77

Pada semester pertama anda telah gagal subjek yang bernilai 2 kredit dan nilai kredit itu telah dicampurkan ke dalam pengiraan kredit pada semester tersebut dan anda telah tidak dapat mata nilai kerana mata nilaian anda ialah 0. Jadi bila anda mengambil semula subjek tersebut subjek itu telah dikreditkan semula kedalam pengiraan pngk anda dan nilai kredit yang anda perolehi dahulu dimansuhkan.

Sampai jumpa lagi

Posted in Pelbagai | Leave a Comment »

Mansuh Subjek..Boleh Ke

Posted by smartz di Mac 15, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Berjumpa lagi kita setelah beberapa hari yang sibuk, ke sana ke mari , al maklumlah cuti sekolah, dengan kenduri kahwinnya la dan sebagainya. Ok.. pengiraan pngk sebelum ini adalah lebih mudah kerana semuanya subjek baru dan tiada subjek yang perlu ditebus dan dimansuhkan kreditnya. Anda ingat tak pada semester pertama subjek SXX1012 telah gagal dan mendapat gred F (sila rujuk post pada 27 Februari 2007). Katalah pada semester ketiga anda mengulang semula subjek tersebut dan mendapat gred A-(pandainya anak emak..). Seelok-eloknya ulang subjek yang anda gagal pada semester berikutnya, sebab anda lebih mudah ingat tapi mungkin juga subjek tersebut tak ditawarkan jadi anda terpaksa ambil selang satu semester.

Perlu diingat tidak semua universiti mengamalkan konsep mansuh subjek bagi subjek yang gagal. Mahasiswa perlu menebus iaitu mengulang semula subjek yang gagal tetapi keputusan yang lama tidak dimansuhkan (subjek dikira dua kali kalau ambil dua kali maka dua kalilah akan dikira…itu tentunya akan menyebabkan pngk anda jatuh dengan teruknya…bagi mahasiswa yang prihatin mereka akan memastikan menarik diri dari mengambil subjek tersebut di saat akhir jika mereka pasti tidak boleh bawa subjek tersebut). Jadi pastikan bagaimana amalan universiti anda.

Bagi mengetahui bagaimana proses mansuh itu dibuat tunggu….

Sampai jumpa lagi 

Posted in Pelbagai | Leave a Comment »

Subjek Pra-Syarat

Posted by smartz di Mac 8, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Hai jumpa lagi…Semasa anda membuat perancangan pastikan anda mengambil kira subjek-subjek yang mempunyai pra-syarat. Dengan subjek Pra-syarat ini bermakna anda perlu mengambil subjek lain yang berkaitan dengan subjek yang anda hendak ambil terlebih dahulu. Tujuannya adalah supaya anda akan dapat memahami subjek tersebut dengan lebih baik lagi. Maknanya peluang anda untuk dapat skor markah lebih tinggi adalah cerah!

Contohnya sebelum belajar subjek tahap 2 belajarlah subjek tahap 1 iaitu asasnya dahulu. Terdapat juga subjek yang tidak mempunyai pra-syarat, namun begitu buat kepastian supaya anda tidak silap membuat perancangan. Kesilapan perancangan mungkin akan menyebabkan anda tidak dapat bergraduan mengikut masanya. Dapatkan maklumat berkaitan dengan subjek pra-syarat ini dari pensyarah atau pentadbir universiti anda. 

Sampai jumpa lagi 

Posted in Pelbagai | Leave a Comment »

Subjek Mudah Subjek Umum

Posted by smartz di Mac 7, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Antara kelemahan mahasiswa melayu adalah mereka tak tau nak ambil advantage bagi subjek yang mudah dan umum. Subjek ini biasanya mempunyai beban kredit yang kurang dan lebih mudah untuk difahami. Adalah satu perkara yang merugikan jika anda hanya mendapat sekadar lulus sahaja bagi subjek-subjek jenis ini. Jika anda menghadapi masalah untuk mendapat markah yang tinggi untuk subjek lain, gunakan kelebihan subjek ini untuk memberi nilai tambah kepada pngk anda dan menampung kekurangan pada subjek teras. Fikirkan lah..

Sampai jumpa lagi 

Posted in Pelbagai | Leave a Comment »