Kenapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing

Ketahui Bagaimana Cara Mengatasinya

Program Cross Campus Dan Kredit Pindah …Satu Kelebihan

Posted by smartz di Mac 5, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Selepas seharian bekerja di luar kampus dan bekerja pula di hujung minggu ini, lega rasanya dapat bertemu kembali di jaringan labah-labah ini (laman web la..). Bukan tak ingat, ingat… apa khabarnya anda semua di sana…disini…alhamdulillah kerana kita masih diberi kesempatan untuk menikmati kehidupan dan nikmat hidup di dunia ini, sedangkan ada di antara kawan-kawan kita yang telah di panggil kembali mengadap tuhan mengejut pulak tu …bayangkan….hari ni kita tidur beralaskan bantal tetiba esok tidur beralaskan tanah….bersediakah kita…

Ok hari ini saya ingin berkongsi tentang satu program yang di panggil program cross campus. Program ini melibatkan perpindahan sementara pelajar antara universiti-universiti yang tertentu. Terdapat 4 universiti di Malaysia yang terlibat iaitu USM, UM, UTM dan UNIMAS. Pada masa akan datang mungkin senarai universiti yang terlibat akan di tambah. Dapatkan maklumat lanjut tentang program ini dari universiti anda.

Program ini membolehkan pelajar dari satu universiti membuat permohonan untuk belajar selama 1 semester di universiti lain. Subjek yang di daftar adalah subjek yang setara dengan subjek yang sepatutnya diambil oleh pelajar di universiti asal. Pelajar akan dianggap sebagai pelajar universiti tersebut. Keputusan peperiksaan yng diperolehi akan di bawa balik ke universiti asal pelajar dan akan di kreditkan dalam keputusan peperiksaan universiti asal sebagai kredit pindah dan keputusan ini akan dikira dalam pengiraan png dan pngk pelajar.

Perlu diingat jika anda memilih untuk mengikuti program ini, pilihlah universiti yang mempunyai jadual pengredan yang lebih baik dari universiti anda. Contohnya. Gred A subjek di UM ialah 76-100 dan gred A subjek di USM ialah 80-100. Jika anda pelajar dari UTM, agak-agaknya anda nak belajar di universit mana? Namun begitu terdapat juga kriteria lain yang perlu di pertimbangkan. Jadi buatlah keputusan anda….

Sampai jumpa lagi

2 Respons to “Program Cross Campus Dan Kredit Pindah …Satu Kelebihan”

  1. Fatin Fatanah Ramle said

    Assalammualaikum,
    Saya tertarik dengan anjuran program ‘cross-campus’ ini dan saya bercadang untuk menyertainya. Saya setuju bahawa program seperti ini akan meluaskan pengalaman seseorang pelajar malahan dapat mewujudkan hubungan kerjasama yang baik antara universiti. Tambahan pula, ia memberi peluang kepada pelajar semenanjung yang belajar di Sarawak khasnya, kerana dapat menjimatkan kos tiket penerbangan mereka.
    Walau bagaimanapun, saya sebagai seorang pelajar berpendapat bahawa program ini sedikit sebanyak akan memberi beban daripada segi pengurusan pembelajaran khasnya pengurusan jam kredit. Keduanya, pilihan universiti yang diberi tidak banyak. Saya amat berharap perkara ini dapat dipertimbangkan lagi.
    Sekian, terima kasih.

  2. smartz said

    Waalaikumusalam Fatin

    Benar, program ini sepatutnya akan menambah luaskan pengalaman pelajar dan membolehkan pelajar merasai pengalaman belajar di universiti lain selama satu semester. Seseorang pelajar yang nak mengikuti program perlu faham dan mengira keperluan kredit yang perlu diambil. Pilihan universiti memang hanya empat sahaja buat masa ini.

    Buat pengetahuan anda, sambutan pelajar kepada program ini adalah kurang mengalakkan. Selain keperluan untuk menambah bilangan universiti yang terlibat, pada pandangan anda apakah penambahbaikan yang boleh dibuat

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s