Kenapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing

Ketahui Bagaimana Cara Mengatasinya

Soft Skill (Kemahiran Insaniah)…Apa Rasionalnya…

Posted by smartz di Mac 20, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Saya dapati ada di antara anda yang mencari maklumat berkaitan dengan soft skill, jadi hari ni saya akan cuba bercerita serba sedikit tentang soft skill ini. Apa soft skill tu yekk..

Isu ini timbul berkaitan dari permasalah graduan yang sukar mencari pekerjaan, hingga dipaparkan di dada-dada akhbar berkenaan graduan yang menganggur tiada mempunyai pekerjaan kerana dikatakan tidak mempunyai pakej yang membolehkan mereka diterima masuk di bidang pekerjaan. Graduan tidak mempunyai penampilan diri yang baik, kurang skill kritikal seperti kurang kemahiran berkomunikasi, penguasaan bahasa inggeris yang lemah, kurang kemahiran bersosial dan kurang bermotivasi. Memang terasa pedas, tapi itulah kenyataannya yang perlu diterima terutama oleh graduan melayu kita.

Soft skill ini berkisar tentang isu bagaimana hendak mempersiapkan diri anda supaya anda diterima sebagai pekerja dan meningkatkan perluang ‘employability’ anda sebagai graduan. Ia bukan hanya berkisar tentang setakat mana pencapaian akademik anda. Universiti terkemuka di Amerika Syarikat meletakan 2 metrik utama sebagai pengukur kepada kejayaan graduan. Yang pertama adalah kejayaan graduan mendapat pekerjaan dalam tempoh 6 bulan pertama selepas graduan dan kedua bilangan pelajar yang mengikuti kursus diluar daripada silibus kurikulum akademik mereka. Jika anda dapat memenuhi kriteria ini anda tentu akan berjaya.

Antara soft skill yang perlu dikuasai oleh graduan melayu adalah

Kemahiran Berkomunikasi

Pemikian Kritis Dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah

Kemahiran Kerja Berpasukan

Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat

Kemahiran Usahawan

Etika Dan Moral Profesional

Kemahiran Kepimpinan

Sebolehnya dapatkan kemahiran ini seawal mungkin dalam tempoh pengajian anda dan gunakan maklumat tersebut sebagai panduan untuk anda memilih subjek elektif di universiti anda. Jangan hanya jadikan kemahiran tersebut cantik di atas kertas saja tapi jadikanlah ianya cara hidup anda. Dapatkan penjelasan lanjut dari pensyarah atau pentadbir universiti anda.

Sampai jumpa lagi

25 Respons to “Soft Skill (Kemahiran Insaniah)…Apa Rasionalnya…”

  1. adila said

    thank u..

  2. Radja Chuelan said

    Assalamualaikum, dan salam sejahtera.

    saya amat tertarik dengan topik diskusi yang begitu hangat diperkatakan pada masa sekarang ini, iaiut kemahiran insaniah.
    saya lebih suka menyatakan disini hubungkait diantara kemahiran tersebut adalah aspek keupayaan organisasi sukarela. seperti yang kita ketahui, terdapat banyak pertubuhan NGO’S di negara kita ini yang mampu menyediakan tapak bagi pengisian mahasiswa dan mahasiswi di negara kita ini dengan kemahiran insaniah.
    Namun, hakikatnya ramai mahasiswa dan mahasiswi di asuh dengan keselesaan dan dimanjakan dengan kaedah Pembelajaran dan pengajaran yang canggih di IPT pada masa sekarang. Realitinya Kokurikulum telah diperkenalkan pada tahun 1985 oleh KPM pada masa itu bagi memberikan kemahiran dan aktiviti di luar darjah pada ketika itu.
    Hasilnya, pengembangan kemahiran dan idea dilihat pada murid-murid. Namun begitu, dasar ini tidak menyeluruh kerana ia bergantung sepenuhnya terhadap keupayaan dan pengetahuan guru-guru yang mengendalikan sesuatu unit kokurikulum itu sendiri di peringkat sekolah di seluruh negara. satu sistem piawai bagi mengukur kompetensi guru dan pelajar berkenaan juga gagal dilaksanakan.

  3. Radja Chuelan said

    Ini ditambahkan lagi dengan bilangan guru-guru yang mengajar sesuatu kokurikulum tambahan itu adalah bukan kerana ‘sukarela’ dan atas arahan ketua jabatan dan penggiliran mengikut tahunan. Disini, kompetensi seseorang guru itu akan tercabar apabila menyelia atau mengendalikan sesuatu unit kokurikulum yang baru, dari sudut positif ianya dapat mendedahkan guru-guru dengan pengalaman pengurusan yang luas, namun dari segi pembangunan kemahiran insaniah sesuatu ‘target’ atau sasaran itu gagal dicapai. Di peringkat IPT ianya baru dilaksanakan bagi mewujudkan satu lapangan yang boleh mengintegrasikan pelbagai kaum di dalam sesebuah IPT itu dengan bilangan yang ramai serta mengisi masa terluang pelajar melalui aktiviti yang berfaedah. Namun, hasilnya golongan yang dibentuk ini gagal memenuhi tuntutan kemahiran insaniah yang dikehendaki.

  4. Radja Chuelan said

    Kita perlu menyemak semula dan menilai kaedah pengajaran dan pembelajaran kemahiran insaniah di IPT. Tenaga pengajar yang kompeten juga memainkan peranan penting di dalam menyumbang kepada pembangunan kemahiran insaniah ini.
    aspek akauntabiliti dan kredibiliti tenaga pengajar juga perlu diambil kira di dalam memastikan penyampaian sesuatu pembelajaran kemahiran insaniah itu berkesan. Lebih mudah jika kita membuat perbandingan di antara aspek Paedagogi dan Andragogi ? Kemahiran pembelajaran yang manakah harus kita gunakan ? Saya amat tertarik dengan dasar sesuatu organisasi yang memberikan latihan di samping memberikan insentif kepada pelajar, namun hasil yang dibentuk adalah insan yang memandang kepada ganjaran semata-mata dan bukannya ‘Kesukarelaan’ itu sendiri.

  5. smartz said

    Salam Kenal Radja Chuelan

    Terima kasih kerana sudi singgah dan memeriahkan blog ini. Pandangan anda amat di hargai

  6. saya amat tertarik dengan isu kemahiran insaniah ini. kerana sedar akan kepentingannya maka kerajaan kini mula memperkasakannya terutama sebagai persediaan menghadapi dunia luar kepada modal insan negara.

  7. acikk said

    Kemahiran insaniah sepatutnya di ajar di peringkat sekolah lagi BUKAN setelah masuk universiti. Guru berperanan penting dlm meningkatkan kemahiran insaniah kepada murid. Kemahiran bukan datang dengan sendiri malah perlu diajar dan dibentuk. Guru perlu mahir dalam membentuk pelajar dengan membuat perbentangan tugas dan peranan guru sebagai rakan. Di samping itu, kita juga boleh bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan seperti mana yang kita tahu banyak menganjurkan pelbagai aktiviti-aktiviti yang membina dapat membentuk sahsiah seseorang. Program rekreasi adalah salah satu program yang menarik dan dapat membantu membentuk sahsiah dan kemahiran insaniah seseorang dengan penerapan slot-slot yang menarik.
    Percayalah… ini adalah cara terbaik membentuk kemahiran insaniah.

  8. bagusnye, blog nih…harap2 dpt buka minda semua orang..fikir dan fikir…atasi kelemahan bangsa melayu

  9. adiba said

    assalamualikum……saya amat bersetuju dan apa yang dikata kan oleh semua yang komen…oleh itu, majulah negara dengan adanya kemahiran insaniah…insyaallah….

  10. smartz said

    Salam perkenalan kepada anda semua

  11. Om Ganteng said

    assalamualaikum..terima kasih kerana dgn adanya blog ini, banyak maklumat saya peroleh ttg KI ini..di sini saya ingn berkongsi kepada sesiapa yang tahu tentang dalil quran,hadis atau kata2 hikmah yang berkaitan atau berseuian dgn KI,sebab saya amat memerlukannya untuk analisis saya tentang KI ini..terima kasih sekali lagi kepda semua pihak..

    salam

  12. norzaini binti saupi said

    askum…
    terima kasih diatas segala pengisihan maklumat yg telah disampaikan..

  13. RIZALIN said

    salam,

    pandangan saya ialah kemahiran insaniah di IPT boleh dibentuk dengan usaha para pensyarah itu sendiri serta selibus yang sesuai. saya mengajar di sebuah ipt dan saya nampak kemahiran insaniah ini boleh diperolehi melalui modul pembangunan diri sahaja. tetapi malangnya berapa ramaikah pensyarah yang pakar dan pandai mengemudikan elemen – elemen insaniah ini… memang kurang dan kebanyakan pensyarah mengajar berdasarkan fakta di dalam silibus. sedangkan kemahiran insaniah mampu diperolehi melalui pelbagai aktiviti – aktiviti luaran yang adhock atau terancang.

  14. santhi said

    sesiapa ada bahan berkaitan insaniah tolong emelkan kepada saya. bantuan anda akan menolong saya meenyiapkan thesis,
    terima kasih.

  15. far said

    salam..
    kemahiran insaniah ni memang penting pada masa kini.. seharusnya diajar dari peringkat sekolah lagi.. bangga dengan MRSM ALOR GAJAH yang mewajibkn pngajaran kemahiran insaniah atau softskill ini pada pelajar2nya kerana sedar kpntingannya..

  16. syafiq said

    saya salah seorang daripada pelajar universiti yang TERPAKSA mengikuti modul KEMAHIRAN INSANIAH ini .

    pendapat saya ?
    modul ini tak relevan .

    pendekatan CERAMAH yang digunakan sangat tidak menarik .
    buktinya ?
    lakukan survey .
    secara rambang , cuba tanya siswa atau siswi apa yang cuba disampaikan penceramah selepas mereka keluar dari dewan .

    hakikatnya ..
    akan ramai yang menjawab .

    ‘ntah , aku tak tau laa dia cakap pasal apa tadi’ .

    bila ini terjadi , bukankah satu pembaziran dari aspek sumber ?
    ceramah diatur , masa digunakan , wang digunakan untuk makanan siswa dan siswi.
    tapi tiada hasil , tiada apa yang mereka dapat .
    berbaloikah ?

    LDK , agak menarik .. tapi isi kandungannya tak ubah seperti apa yang telah dilalui sewaktu zaman sekolah menengah dulu .

    jadi segalanya jadi hambar , atau ‘cliche’ .

    di atas kertas , memang Kemahiran Insaniah sesuatu yang relevan pada mata setiap yang memandang .
    tapi tidak pada realitinya .

    • azman said

      kena positif la… sebab tu graduan menganggur. penganjur tak boleh nak membezakan keupayaan dan mengukur tahap kemahiran insaniah peserta. ada otak kena fikir positif dan jauh ke hadapan. jangan fikir dalam kotak fikiran sendiri. apa pun perkara yg baik biasanya dinegatifkan dan sesuatu yg kurang baik kebiasaanya dipositifkan. apa pun kekurangan yg ada berilah maklum balas agar berlakunya penambah baikan untuk generasi yang kemudian.

  17. Ahmad Yani said

    Salam
    Maklumat tentang kemahiran isaniah yang dikemukakan amat berkesan, cuma ia agak sedikit, saya amat berminat dengan kemahiran isaniah kerana ianya perlu untuk saya memantapkan lagi kemahiran saya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Saya merupakan salah seorang tenaga pengajar di Tingkatan Enam yang amat memerlukan pengetahuan kemahiran insaniah bagi meningkatkan keupayaan pelajar saya untuk berdaya saing apabila menjejakkan kaki ke menara gading kelak.

  18. Fariq said

    Salam..

    Saya tertarik dengan blok ini yang membincangkan kemahiran insaniah.. Diharap ada kajian-kajian yang berkaitan dapat dikongsikan oleh pengkaji yang terlibat. Tq

  19. honey said

    wow….kemahiran insaniah perlu ada pada graduan…

  20. haziq said

    ssapa bley bntu sye???
    sye nak b’debat tjuk nie,,,
    apakah kelemahan kemahahiran insaniah yang dijalankan melalui sistem pendidikan negara???

  21. khaziah karim said

    kemahiran insaniah atau soft skills merupakan kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar atau graduan sebagai persediaan mereka untuk menghadapi dunia pekerjaan. Kemahiran ini penting supaya pelajar yang berkerjaya dapat memberi sumbangan yang produktif kepada organisasi mereka. Sumbangan inilah yang akan memberi impak yang positif kepada organisasi khususnya dari segi produktiviti dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan atau pengguna. Bagaimana KI dapat membantu meningkatkan produktiviti dan perkhidmatan? Apakah soft skills atau kemahiran insaniah? Kemahiran insaniah ialah komunikasi berkesan sama ada dalam bahasa melayu atau bahasa inggeris secara lisan mahupun bertulis, kerjasama dalam pasukan, pembelajaran sepanjang hayat, mempunyai ciri-ciri kepimpinan, mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan, berdaya saing, Saya berpendapat bahawa Kemahiran insaniah perlu dilaksanakan ketika pelajar di sekolah rendah kerana pada masa ini mereka mudah dilentur dan amalan ini berterusan sehingga mereka meneruskan pelajaran peringkat tinggi. Saya percaya cara ini dapat melahirkan insan yang diharapkan bagi membangunkan negara.

  22. rome said

    kasih kedaung berkata,

    kemahiran insaniah atau soft skill merupakan kemahiran yang mesti ada, ataupun lebih tepat lagi wajib ada pada graduan universiti sekarang, saya melihat dari prospek pekerjaan masa kini, jika dibandingkan kaum melayu dengan bukan melayu saya rasa kaum bukan melayu iaitu cina atau india telah lama mempraktikkan soft scale ini berbading dengan kita kaum melayu. Saya lihat ini semasa jika ada 3 oramg pekerja baru, satu melayu satu cina dan satu india, at last akhirnya yang cina dan india ini akan terus kehadapan disebabkan soft scale yang mereka miliki, yang melayu tadi hanya duduk di takuk itu sampai bila, maksud saya yang cina dan india tu dah jadi manager tapi yg melayu masih jadi eksekutif saja dalam jangkasama yang sama, disebabkan soft sacle mereka jadi mereka lebih berkerjaya dan kerkelibar daripada yg melayu tadi. Jadi fikir fikirkan lah,

Tinggalkan Jawapan kepada santhi Batal balasan