Kenapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing

Ketahui Bagaimana Cara Mengatasinya

Gantung Png Tapi Bertali….Fikirkanlah

Posted by smartz di Mac 28, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Jika di sesuatu masa anda dapati anda telah mendapat keputusan png < 2.00, itu adalah satu petanda penting yang menunjukkan bahawa anda perlu berbuat sesuatu dengan kaedah dan cara pembelajaran anda, dapatkan nasihat dari penasihat akademik anda apa yang anda patut lakukan, mungkin cara anda belajar atau cara anda membuat ulangkaji tidak betul. Jangan tunggu sehingga pngk anda mencapai <= 2.00 baru anda hendak berbuat sesuatu…dah terlewat tu….

Terdapat juga universiti yang mengantung keputusan pelajarnya jika pelajar tersebut tidak mencapai tahap keputusan png tertentu (walaupun pngk mereka baik). Bila keputusan dah di gantung barulah pelajar tersebut seolah-olah tersentak dari tidur kerana terdapat pelajar yang kurang mengambil kisah dan mengambil mudah sahaja dengan keputusan yang cukup-cukup makan aje tu…agak-agak anda kumpulan pelajar mana la tu..yek..

Bila dah kena gantung barulah pelajar tersebut berjumpa dengan penasihat akademik, pensyarah ataupun pentadbir universiti bertanya apa salah mereka kerana kena gantung kena tindakan tatatertib ke. Tujuan utama tindakan tersebut adalah untuk menasihatkan pelajar dan berbuat sesuatu untuk membantu agar bantuan yang diberikan tepat pada masanya dan tidak terlewat….tapi perlu di ingat sebagaimana saya sebut tadi tidak semua universiti mengamalkan konsep ini jadi sendili mau ingat la…saya dah ingatkan..…   

Sampai jumpa lagi 

4 Respons to “Gantung Png Tapi Bertali….Fikirkanlah”

  1. Bat said

    masa saya di uitm dulu, cgpa saya mmg teruk, sampai dapat surat kena jumpa kaunselor..sama macam apa yg saudari tulis kat atas..

    Akhirnya, saya berenti uitm, saya dapat tawaran lain..Menyesalnya saya sebab tak belajar betul2 masa tu..Tapi menyesal pun dah tak guna..Saya gunakan pengalaman saya tu untuk teruskan pengajian sekarang..semoga orang lain tidak menjadi seperti saya..

  2. smartz said

    Apa yang anda hadapi tu memang biasa di amalkan oleh semua universiti tetapi malangnya memanggil pelajar setelah pelajar mendapat pngk yang teruk, itu adalah merupakan satu tindakan yang terlalu lewat dan kekadang sampai ke tahap tak boleh di bantu lagi.

    Sebab tu sekarang ni tindakan di buat sebaik sahaja petanda masalah dikesan, jadi sekurang-kurangnya masih ada ruang waktu (belum sampai tempoh maksimum)untuk membantu pelajar

  3. Segulung ijazah cuma untuk *senang* cari kerja. Yang penting adalah sikap kita sendiri. Tapi kalau terlalu mementingkan qualification, tapi isi dalam tak dak, tak guna juga.

    Sebagai seorang manager yang banyak interview graduan melayu kita, rasa saya graduan kita jauh tertinggal ke belakang dari segi ilmu dan qualification. Bayangkan graduan buat praktikel yang cuma boleh guna Microsoft Word sahaja. Tapi kursus yang di ambil dalam bidang IT & Multimedia. Frontpage yang senang pakai pun tak boleh.

    Tak guna kalau ada ijazah tapi tak dak ilmu yang cukup. Saya juga tak dak ijazah tapi alhamdulillah boleh survive dengan bekerja keras. Belajar dalam kejuruteraan awam tapi dah dekat sepuluh tahun kerja dalam bidang IT.

    Saya sedih dengan budak2 kita. Nak senang, tapi kerja/belajar malas. Kalau scheme cepat kaya memang sangat disukai. Yang pandai pulak, suka buat web laman lucah, sebab nak buat duit cepat. Tiada jalan pintas untuk senang. Tulang 4 kerat, akal and niat. Itu yang penting.

    Jazakallah.

  4. smartz said

    Saya setuju dengan pandangan anda, betul masalahnya adalah sikap pelajar melayu kita, kalau sikap ini boleh diperbetulkan, inshallah.. boleh.. mereka boleh berjaya

    Saya juga setuju dengan kata-kata anda bahawa sesetengah bakal graduan IT kurang mempunyai kemahiran IT. Heran kan kat mana ntah silapnya…tapi perkara tu tak juga berlaku pada semua graduan universiti, terdapat juga universiti yang melahirkan graduan IT yang bagus. Subjektif …mungkin bergantung pada individu jugak agaknya…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s