Kenapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing

Ketahui Bagaimana Cara Mengatasinya

Archive for Mac 2007

Program Cross Campus Dan Kredit Pindah …Satu Kelebihan

Posted by smartz di Mac 5, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Selepas seharian bekerja di luar kampus dan bekerja pula di hujung minggu ini, lega rasanya dapat bertemu kembali di jaringan labah-labah ini (laman web la..). Bukan tak ingat, ingat… apa khabarnya anda semua di sana…disini…alhamdulillah kerana kita masih diberi kesempatan untuk menikmati kehidupan dan nikmat hidup di dunia ini, sedangkan ada di antara kawan-kawan kita yang telah di panggil kembali mengadap tuhan mengejut pulak tu …bayangkan….hari ni kita tidur beralaskan bantal tetiba esok tidur beralaskan tanah….bersediakah kita…

Ok hari ini saya ingin berkongsi tentang satu program yang di panggil program cross campus. Program ini melibatkan perpindahan sementara pelajar antara universiti-universiti yang tertentu. Terdapat 4 universiti di Malaysia yang terlibat iaitu USM, UM, UTM dan UNIMAS. Pada masa akan datang mungkin senarai universiti yang terlibat akan di tambah. Dapatkan maklumat lanjut tentang program ini dari universiti anda.

Program ini membolehkan pelajar dari satu universiti membuat permohonan untuk belajar selama 1 semester di universiti lain. Subjek yang di daftar adalah subjek yang setara dengan subjek yang sepatutnya diambil oleh pelajar di universiti asal. Pelajar akan dianggap sebagai pelajar universiti tersebut. Keputusan peperiksaan yng diperolehi akan di bawa balik ke universiti asal pelajar dan akan di kreditkan dalam keputusan peperiksaan universiti asal sebagai kredit pindah dan keputusan ini akan dikira dalam pengiraan png dan pngk pelajar.

Perlu diingat jika anda memilih untuk mengikuti program ini, pilihlah universiti yang mempunyai jadual pengredan yang lebih baik dari universiti anda. Contohnya. Gred A subjek di UM ialah 76-100 dan gred A subjek di USM ialah 80-100. Jika anda pelajar dari UTM, agak-agaknya anda nak belajar di universit mana? Namun begitu terdapat juga kriteria lain yang perlu di pertimbangkan. Jadi buatlah keputusan anda….

Sampai jumpa lagi

Posted in Pelbagai | 2 Comments »