Kenapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing

Ketahui Bagaimana Cara Mengatasinya

Archive for April 2007

Macam Mana..La…Andakan Pelajar Menara Gading

Posted by smartz di April 30, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Disuatu malam di sebuah cafe, duduk-duduk sambil mengeteh….

Mahasiswa 1 : Duduk termenung dan diam saja…..

Mahasiswa 2 : Apa hal…..

Mahasiswa 1 : Entahlah…lecturer aku tu…boring la…tak faham ape ntah…dia ajar…

Mahasiswa 1 : Aku dengar lecturer kau best…ramai student daftar….cam na dia ngajar

Mahasiswa 2 : Bagus…senang faham…nak joint ke…esok klas ade..

Mahasiswa 1 : Boleh juga….

Cam mana……daftar seksyen satu tapi ikut seksyen dua…bukan tak boleh….boleh….biasala…student akan kejar lecturer mana yang best, yang bagus, yang cun 😉 . Ikut…ikut juga…. tapi peraturan janganlah lupa…kalau tak nak join.. delete kalau minat… insert tapi janganlah tinggalkan kelas begitu aje….hingga menimbulkan masalah kepada pentadbiran universiti…..masa markah peperiksaan di keluarkan…mana …rekod student ni….student ni hilang ke mana yek..…nama ada tapi markah tak ada….yang ni pulak markah ada tapi nak letak kat mana….kecuh di buatnya…mula-mula kecian juga…tapi lama-lama… bagi markah kosong aje la…

Kerana terlalu kerap sangat berlaku, maka diputuskan mana-mana student yang menukar seksyen tanpa membuat proses insert delete maka markah student tersebut secara automatiknya akan diletakan kosong, kan susah diri sendiri….dah penat belajar satu semester..tetiba di hujung semester dapat markah kosong… Agak-agak anda kumpulan student manakah yang membuat perkara seperti ini…perlu saya jawab ke…

Sampai jumpa lagi

Advertisements

Posted in Akademik | Leave a Comment »

Boleh….Tentu Kau Boleh

Posted by smartz di April 29, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Gantunglah cita-citamu di tempat yang tinggi supaya tidak dapat dirosakkan oleh orang lain kerana cita-cita adalah sumber kekuatan perjuangan yang tidak terhingga lahir dan batin – Abu Hanifah

Susah Tapi Boleh

Rempohilah halangan yang merintangi hidup anda, yakinlah anda boleh…boleh..boleh …cemerlang dalam pelajaran

Sampai jumpa lagi

Posted in Motivasi | Ulasan Dimatikan pada Boleh….Tentu Kau Boleh

Suiz Lampu…Pengubah Segalanya

Posted by smartz di April 28, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Anda sedang bersantai di rumah…tetiba lampu terpadam…anda terpaksa berbuat sesuatu, jika tidak anda akan berada dalam kegelapan…gelap…gelap dan gelap… dan teraba-raba mencari mancis…lampu picit atau lampu emergency anda ….Bayangkan jika perkara ini berlaku dalam kehidupan anda…sesuatu peristiwa berlaku dan anda terpaksa berubah serta merta…Tapi adakah kita nak tunggu sesuatu berlaku baru kita nak berubah….

Begitu juga dalam pelajaran, adakah nak tunggu dah gagal baru nak berusaha, carilah suiz lampu anda yang boleh mengubah potensi diri anda, yang boleh memotivasikan diri anda secara luaran ataupun dalaman hingga mampu menukar impian anda menjadi kenyataan. Motivasi yang baik perlu datang dari dalam diri anda. Kajian menunjukkan pelajar yang mempunyai motivasi yang tinggi memperolehi keputusan yang cemerlang. Jadi apa tunggu lagi…Tiada orang lain yang boleh mengubah atau memotivasikan diri kecuali diri anda sendiri…..

 

Sampai jumpa lagi

Posted in Motivasi | Leave a Comment »

Johan…Johan…Johan…Alhamdulillah

Posted by smartz di April 26, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Alhamdulillah berkat usaha dan doa semua kami berjaya menjadi johan pertandingan bola tampar wanita sukan antara jabatan UTM…..heh..heh…jadi anda dah tau la saya kerja kat mana….heh…heh….heh


Sampai jumpa lagi 

Posted in Pelbagai | Leave a Comment »

Keputusan Bersyarat Ni..Tolong…Macam Mana Nak Buat

Posted by smartz di April 25, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Bertemu kembali, ni pun sambil-sambil aje sebelum ada mesyuarat, mencuri masa menulis ni…dapat juga berjumpa anda lagi…nak menulis waktu petang ada pertandingan sukan..hari ni pun ada game lagi peringkat akhir..harap-harap dapat jadi johan.. anda doakanla ye.. malam dah tak larat…faham-faham aje le…

Ok…jika anda mempunyai keputusan bersyarat langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah:

Kurangkan beban kredit anda, delete atau tarikh diri subjek yang berlebihan kalau boleh bawa tidak lebih dari 13 kredit aje….

Kombinasi subjek anda hendaklah bersesuaian jangan bawa semua subjek yang berat-berat…campurkan ada yang kredit rendah dan tinggi

Sasarkan pngk yang ingin dicapai. Ingat pngk keputusan bersyarat adalah antara 1.70-1.99 dan pngk keputusan baik adalah lebih dari 2.00. Jadi sasarkan lah supaya anda mendapat 3.00 (contohla..lebih pun boleh..tentu anda boleh setkan minda..macam yang Minda Hebat LinComel sarankan). Rujuk post saya bertarikh 22 Mac bagaimana nak melaksanakannya. Semuga penerangan ringkas ini boleh membantu…johan…johan…

 
Sampai jumpa lagi 

Posted in Akademik | Leave a Comment »

Keputusan Muktamad Keputusan Semasa

Posted by smartz di April 20, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Berjumpa lagi, sebaik sahaja keputusan png dan pngk anda dikira, keputusan semasa bagi sesuatu semester akan ditentukan. Ketentuan keputusan semasa ini adalah berbeza mengikut universiti mana yang anda belajar lah.. Contohnya kalau UITM, pngk 0.00-0.99 Gagal.., 1.00-1.99 Lulus Lemah (Weak Pass), 2.00-2.99 Lulus Purata (Average Pass), 3.00-3.99 Lulus Baik (Good Pass) dan 4.00 pula Terbaik (Excellent). UTM dan UPSI pula 2.00-4.00 Keputusan Baik, 1.70-1.99 Keputusan Bersyarat dan 0.00-1.69 pula Keputusan Gagal.  Jadi pastikanlah bagaimana amalan akademik universiti anda.

Setelah keputusan semasa ditentukan keputusan muktamad pula dikira berdasarkan syarat-syarat tertentu. Contoh 1 Jika pada semester lepas dan semester sebelumnya keputusan muktamad anda adalah keputusan bersyarat, maka pada semester ini keputusan semasa anda perlulah dalam kumpulan keputusan baik (bukan keputusan bersyarat juga). Jika tidak keputusan muktamad anda pada semester ini adalah berkeputusan gagal. Perlu di ingat keputusan semasa dan keputusan muktamad adalah sama pada semester pertama anda. Contoh 2 Jika anda adalah pelajar daftar semula, iaitu gagal pada semester pertama (merayu semester lepas) dan diterima semula, jika keputusan semasa anda semester ini adalah berkeputusan bersyarat maka keputusan muktamad anda pada semester ini adalah berkeputusan gagal. Saya harap penerangan saya ini jelas dan boleh membantu. Anyway kalau tak faham tanya dan saya akan menjawab setakat kemampuan saya.

Inshallah pada post akan datang saya akan ceritakan bagaimana nak buat supaya anda boleh keluar dari keputusan bersyarat.

Sampai jumpa lagi

Posted in Akademik | 1 Comment »

Tahniah…tahniah

Posted by smartz di April 18, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Bagi pelajar-pelajar lepasan SPM/Setaraf yang telah mendapat tawaran kemasukan ke matrikulasi…tahniah diucapkan…gunakanlah peluang ini untuk memperbaiki segala kesilapan lalu…dan terus berjaya dalam pelajaran…

 

Sampai jumpa lagi

Posted in Akademik | 5 Comments »

Teruskan Perjuangan Anda…

Posted by smartz di April 18, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Bagi mahasiswa seluruh negara selamat menghadapi peperiksaan sesi 200620072. Semuga peperiksaan kali ini akan memberikan keputusan yang lebih baik untuk anda. Bagi yang masih study leave tu…gunakan masa ni untuk mengulangkaji pelajaran anda. Saya di sini mendoakan semuga anda berjaya

 

Sampai jumpa lagi

Posted in Akademik | Leave a Comment »

Keputusan Gagal..Habis La…Huwa…Uh..Uh…

Posted by smartz di April 15, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Bertemu kembali, bagi para mahasiswa terutama mahasiswa baru, jika anda telah diumumkan dan di sahkan mendapat keputuan gagal..janganlah anda terus balik ke kampong dan bagi ibubapa yang datang menjemput janganlah pula terus mengambil anak dan membawa mereka balik ke kampung tanpa berjumpa dengan pentadbir fakulti anak anda..Buatlah rayuan terlebih dahulu…

Perlu diingat biasanya universiti akan mempertimbangkan permohonan anda dengan syarat anda adalah mahasiswa baru tak kiralah anda adalah mahasiswa tahun pertama ataupun tahun 2 asalkan ini adalah semester pertama anda (Pertimbangan ini di buat kerana mengambil kira suasana universiti yang berbeza dengan persekolahan..mungkin..pelajar masih belum serasi dan tak tau…). Tapi syaratnya anda perlu merayu…, jadi jangan tak rayu…. Anda mungkin akan direhatkan selama satu semester dan kemudian di daftarkan semula dengan kursus yang sama ataupun berbeza dan 1 semester yang telah lepas itu akan diambil kira sebagai bilangan semester yang telah terpakai. Kalau rayuan anda diterima, syaratnya anda perlu berusaha untuk mendapat keputusan baik pada semester berikutnya, jika anda mendapat keputusan bersyarat anda akan di gagalkan. Jadi jangan sia-siakan peluang kedua ini….

Sampai jumpa lagi

Posted in Akademik | 2 Comments »

Pencuri Masa Yang Bijak

Posted by smartz di April 14, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Tik tik tik….masa berlalu, terus berlalu dan tidak akan kembali lagi. Pergunakanlah saat yang ada dengan sebaiknya. Milik kita hanyalah saat ini, bukan yang saat yang semalam atau esok hari. Semalam dalam kenangan dan esok dalam ketentuan. Sentiasalah mencari ruang dan peluang untuk menggunakan masa sepenuhnya bagi aktiviti pembelajaran. Hidup perlu terus berubah dan pembelajaran berterusan selagi hayat dikandung badan.

Saya sebenarnya begitu kagum dengan orang yang sibuk, sebab orang yang sibuk biasanya pandai mengatur masa dengan bijak. Jadi sebagai mahasiswa sepatutnya kita mencontohi mereka. Buatlah perancangan yang jitu dalam mengatur masa pembelajaran anda, perkara yang utama perlulah di dahulukan dalam kehidupan seharian anda.

Bagi memudahkan pengurusan masa gunakanlah  jadual belajar agar ia boleh memberikan anda garis panduan dan anda tidak leka. Agihkanlah masa belajar, berehat dan seumpamanya dengan seimbang. Bagi membolehkan anda mencuri masa dengan bijak, tanyakan diri anda persoalan ini.

Adakah waktu belajar saya cukup?

Adakah saya menambah waktu belajar ketika menghampiri exam?

Apakah waktu rehat saya berlebihan?

Adakah saya membaca nota sambil menunggu kenderaan (perjalanan dekat mahupun jauh)?

Adakah saya belajar jika pensyarah lambat atau tidak datang kelas?

Adakah aktiviti pembaziran masa saya lebih banyak dari aktiviti pembelajaran?

Jawablah persoalan tersebut sejujurnya dan buatlah pembaikan

Sampai jumpa lagi

Posted in Motivasi | Leave a Comment »