Kenapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing

Ketahui Bagaimana Cara Mengatasinya

Keputusan Muktamad Keputusan Semasa

Posted by smartz di April 20, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Berjumpa lagi, sebaik sahaja keputusan png dan pngk anda dikira, keputusan semasa bagi sesuatu semester akan ditentukan. Ketentuan keputusan semasa ini adalah berbeza mengikut universiti mana yang anda belajar lah.. Contohnya kalau UITM, pngk 0.00-0.99 Gagal.., 1.00-1.99 Lulus Lemah (Weak Pass), 2.00-2.99 Lulus Purata (Average Pass), 3.00-3.99 Lulus Baik (Good Pass) dan 4.00 pula Terbaik (Excellent). UTM dan UPSI pula 2.00-4.00 Keputusan Baik, 1.70-1.99 Keputusan Bersyarat dan 0.00-1.69 pula Keputusan Gagal.  Jadi pastikanlah bagaimana amalan akademik universiti anda.

Setelah keputusan semasa ditentukan keputusan muktamad pula dikira berdasarkan syarat-syarat tertentu. Contoh 1 Jika pada semester lepas dan semester sebelumnya keputusan muktamad anda adalah keputusan bersyarat, maka pada semester ini keputusan semasa anda perlulah dalam kumpulan keputusan baik (bukan keputusan bersyarat juga). Jika tidak keputusan muktamad anda pada semester ini adalah berkeputusan gagal. Perlu di ingat keputusan semasa dan keputusan muktamad adalah sama pada semester pertama anda. Contoh 2 Jika anda adalah pelajar daftar semula, iaitu gagal pada semester pertama (merayu semester lepas) dan diterima semula, jika keputusan semasa anda semester ini adalah berkeputusan bersyarat maka keputusan muktamad anda pada semester ini adalah berkeputusan gagal. Saya harap penerangan saya ini jelas dan boleh membantu. Anyway kalau tak faham tanya dan saya akan menjawab setakat kemampuan saya.

Inshallah pada post akan datang saya akan ceritakan bagaimana nak buat supaya anda boleh keluar dari keputusan bersyarat.

Sampai jumpa lagi

Satu Respons to “Keputusan Muktamad Keputusan Semasa”

  1. UjangMD said

    elow nice blog here

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s