Kenapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing

Ketahui Bagaimana Cara Mengatasinya

Archive for April 2007

Biodata Peribadi Yang Mengancam

Posted by smartz di April 11, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Bertemu kembali. Bekerjalah untuk biodata peribadi anda dan biodata peribadi anda akan bekerja untuk anda pula.  Buatlah biodata peribadi anda, jangan hanya meniru kawan punya aje. Buat betul-betul dengan reka bentuk yang menarik, ada ciri-ciri profesional, tersusun dan rancanglah dari sekarang kerana ia adalah merupakan pelaburan yang akan bekerja untuk kita di kemudian hari. Pastikan ianya mudah di baca dan berjaya menonjolkan kehebatan peribadi dan ciri-ciri cemerlang yang anda miliki. Dalam kes ni peganglah pepatah ‘masuk bakul angkat sendiri’ tapi janganlah menyombong diri. Apa salahnya kalau ia untuk kebaikan diri kita.

Jangan terperanjat kalau saya katakan terdapat sesetengah majikan yang memberi nilai yang tinggi kepada aktiviti-aktiviti yang anda jalankan  semasa di institusi pengajian tinggi. Jika anda pernah terlibat dalam aktiviti pelajar, persatuan dan lain-lain, kumpulkan maklumat tersebut sebaik sahaja anda selesai dengan aktiviti tersebut. Catitkan tujuan, tarikh, tempat dan peranan anda dalam program tersebut. Jangan tunggu setelah anda habis pengajian baru nak kumpulkan, nanti terlupa. Ia akan mengambarkan tahap kepimpinan, kesungguhan dan kreativiti anda semasa di universiti.

 Sampai jumpa lagi 

Posted in Motivasi | Leave a Comment »

Turun Status Pengajian..Macam Mana Tu…

Posted by smartz di April 10, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Hai, lega rasanya dapat berjumpa kembali setelah berada di luar negeri……negeri aje…selang beberapa negeri…ok back to the business…

Ingat tak pada post yang lalu anda telah mengambil satu kursus

Kursus : Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik)

Program : 4 Tahun

Jumlah Kredit : 123

Senarai Subjek:

Subjek Kredit

SKA1234 4

SFG1233 3

…..dan seterusnya sehingga 123 kredit

4 tahun ada 8 semester ditambah 4 semester untuk tempoh maksimum jadi 12 semester. Jika setiap semester anda mengambil 18 kredit maknanya dari semester 1 hingga semester 7 anda mengambil 108 kredit dan baki 15 kredit pada semester ke 8. Itupun jika anda tak ada gagal subjek la…Kalau anda mendapat keputusan bersyarat, anda hanya boleh membawa 12 kredit sahaja pada semester depannya dan hanya boleh membawa 18 kredit semula setelah anda berkeputusan baik.

Sebaik sahaja anda berada di hujung semester ke 5, anda patut semak perkara ini. Kenapa saya kata ke 5 nanti akan saya terangkan. Pada semester ke 5 anda perlu kira berapa kredit lagikah yang anda perlu habiskan untuk membolehkan anda graduan. Pengiraan itu perlulah termasuk subjek-subjek yang anda telah gagal dan perlu di ulang semula.

Katalah anda ada 2 subjek gagal dengan nilai 6 kredit. Pada semester ke 5 anda dah ambil 90 kredit subjek dan oleh kerana 6 kredit gagal maka anda hanya dapat 84 kredit sahaja sehingga ini. Jadi 123 tolak 84 sama dengan 39. 39 kredit tersebut perlu dihabiskan dalam tempoh 7 semester. Agak-agaknya anda boleh tak anda habiskan subjek tersebut dalam tempoh 7 semester. Tentulah boleh sebab anda pelajar yang pinter…. tapi cuba anda bayangkan jika anda gagal banyak subjek. Bila anda kira anda perlu habiskan 100 kredit lagi dalam tempoh 7 semester. Boleh tak….Sebaik sahaja anda dapati anda tidak mungkin boleh menghabiskan semua kredit tersebut, jumpa penasihat akademik anda. Tanya apakah yang perlu anda lakukan. Jika anda teruskan anda pastinya akan balik dengan tangan kosong iaitu pulang dengan result SPM sahaja.

Salah satu cara yang anda boleh lakukan adalah dengan menukar status pengajian anda dari sarjana muda ke diploma (tetapi amalan ini mungkin berbeza antara universiti..jadi pastikan…). Penukaran ini hanya boleh dilakukan jika berlaku diperingkat awal (sebab tu semester 5 kalau dah semester 9..berat…mungkin tidak akan diterima kerana diperingkat diploma pun tak cukup masa)

Salah satu cara lagi ialah menukarkan status pengajian ke separuh masa..tapi tu lagi la berat sebab ada ongkosnya…tapi anda sekurang-kurangnya boleh berjaya….jadi… jangan sia-siakan peluang yang ada didepan mata

Sampai jumpa lagi

Posted in Akademik | Leave a Comment »

Saat Mustajab

Posted by smartz di April 6, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Cadangan asalnya nak post tentang turun status pengajian tapi teringat pulak hari ni hari Jumaat yang merupakan antara saat-saat mustajab untuk berdoa.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Maha Suci Allah dan segala pujian adalah kepunyaannya. Tidak ada tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, Allah Yang Maha Agung, tidak ada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. Selawat dan salam keatas junjungan Rasullah s.a.w. penghulu segala nabi. Ya Allah Ya Tuhan, sesungguhnya Engkau mengetahui segala rahsia kami, perbuatan kami yang terang mahupun tersembunyi, maka terimalah keuzuran kami. Engkau mengetahui hajat kami maka kurniakanlah permintaan kami. Engkau mengetahui segala yang ada di dalam hati dan jiwa kami maka perkenankanlah permintaan kami. Ya Allah Ya Tuhan sesungguhnya kami meminta kepadamu iman yang teguh dihati kami dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga kami mengetahui tidak akan menimpa sesuatu kepada kami melainkan apa yang Engkau telah tetapkan dan kami mohon keredhaan dengan apa yang Engkau telah berikan kepada kami. Engkaulah yang menolong kami di dunia dan di akhirat, maka matikanlah kami di dalam Islam dan sertakanlah kami bersama orang-orang yang soleh buat selama-lamanya. Tiada daya dan upaya kami Ya Allah melainkan kami mengharapkan bantuan dan pertolonganMU. Janganlah Engkau biarkan kami sendirian, tanpa bantuan dan pertolonganMu akan jadilah kami orang-orang yang sesat. Ya Allah Ya Tuhan kami, janganlah Engkau biarkan kesedihan hati di kalangan kami melainkan Engkau hilangkan dan tidak ada sesuatu hajat yang diminta melainkan Engkau kurniakan, mudahkanlah segala urusan kami dan lapangkanlah dada kami, terangkanlah hati kami dan sudahilah amalan-amalan kami dengan kebaikan. Ya Allah Ya Tuhan kami, matikanlah kami di dalam Iman, hidupkan kami di dalam Iman dan sertakanlah kami bersama-sama orang yang soleh dengan tiada mendapat kehinaan dan bala bencana. Ya Allah Ya Tuhan perkuatkan pegangan tangan kami ke atas taliMU yang kukuh ini buat selama-lamanya. Ya Allah, Ya Tuhan kurniakanlah kepada kami kebaikan hidup di dunia dan di akhirat serta hindarkanlah kami dari azab seksa api neraka, siksa kubur, cubaan di kala mati dan fitnah dajjal serta masukanlah kami ke dalam surga bersama-sama orang yang berbuat kebaikan. Inna lillahi wa innaa ilaihi roji’un allahummakjurnaa fii musiibatinaa wakhlufna khairan minhu. Sesungguhnya kami semua adalah milikMu dan sesungguhnya hanya kepadaMUlah kami akan kembali. Ya Tuhan Yang Maha Perkasa, Tuhan yang maha Pengampun, Tuhan yang mentadbirkan seluruh alam. Amin.

 
Terima kasih kepada yang sudi mengaminkan doa ini

 Sampai jumpa lagi 

Posted in Pelbagai | 1 Comment »

Perbaiki Gred Anda…Cepat Sebelum Terlambat

Posted by smartz di April 4, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Berjumpa kita lagi, perbaikilah gred anda jika anda berpeluang berbuat begitu, pastikan apakah universiti anda membenarkan anda memperbaiki pencapaian akademik anda. Terdapat universiti yang memberi peluang kepada mahasiswanya untuk memperbaiki pencapaian akademik mereka sekali sepanjang tempoh pengajian mereka (sekali bagi setiap subjek, subjek tersebut anda lulus tetapi anda ambil sekali lagi untuk memperbaikinya).

Biasanya boleh dibuat pada bila-bila masa dengan kelulusan universiti dan dengan syarat-syarat tertentu contohnya seperti mendapat C- dan kebawah bagi sesuatu subjek. Bayaran yuran tambahan mungkin akan dikenakan, jika keputusan yang baru anda perolehi adalah lebih baik dari keputusan yang lama, maka keputusan yang lama akan dimansuhkan tetapi jika yang baru lebih teruk, keputusan yang lama akan dikekalkan dan keputusan yang baru tidak akan di ambil kira.

Bagi mahsiswa yang berada di akhir semester tetapi masih mempunyai baki tempoh maksimum dan anda tidak membuat permohonan penganugerahan, jika anda ingin memperbaiki gred anda pada semester berikutnya, anda perlu memaklumkan kepada pentadbir fakulti anda dengan segera (selewat-lewatnya ketika selesai peperiksaan akhir sesuatu semester) supaya tindakan susulan dapat dibuat dan anda tidak bermasalah untuk memperbaiki gred anda pada semester tersebut.

Sampai jumpa lagi

Posted in Akademik | Leave a Comment »

Tahniah..Semuga Berjaya

Posted by smartz di April 2, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Bagi adik-adik lulusan SPM/Setaraf yang telah tersenarai sebagai calun untuk ditemuduga..tahniah di ucapkan, do your best dan semuga anda berjaya

Sampai jumpa lagi 

Posted in Akademik | Leave a Comment »

Nak Ke Tak Nak..Macam Dr. Tuah La..Pulak…

Posted by smartz di April 2, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Saya tidak akan bercerita tentang, macam mana caranya anda perlu belajar atau berapa kerap anda perlu belajar sehari. Anda lebih tahu kemampuan diri anda, pada saya mahasiswa melayu bukanlah golongan yang tidak pandai, tidak cerdik, tidak kreatif, tidak apa lagi yek.. dan berbagai tidak lagi lah.. Melayu boleh kan…tapi janganlah boleh pada yang negatif aje..

Apa yang kurang hanyalah kekurangan motivasi untuk berubah. Kalau anda ada kemahuan untuk berubah, inshallah anda akan mampu mencapai apa sahaja atau berbuat apa sahaja. Nak dengan tidak aje…Tak ada siapa yang boleh menolong anda, hanya diri anda sahaja…selain bantuan dari Allah la…Anda lah yang membantu diri anda..orang lain hanya boleh menunjukkan jalan sahaja…Setelah anda berusaha dan berikhtiar, anda kena bersedia pula menerima takdirNya..dan redha dengan ketentuanNya.

Sampai jumpa lagi

Posted in Motivasi | 1 Comment »