Kenapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing

Ketahui Bagaimana Cara Mengatasinya

Archive for Mei 2007

Apa Pemberat Anda?

Posted by smartz di Mei 30, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Hari ini saya ingin bercerita tentang satu perkara yang agak berat sedikit, berdasarkan kajian yang dibuat di salah satu fakulti di UTM, di dapati kebanyakan pelajar melayu yang cemerlang (60%) mengulangkaji pelajaran lebih dari 3 jam sehari manakala lebih kurang 50% mereka yang mempunyai pngk rendah akan mengulangkaji 1 jam atau 2 jam sehari atau kurang dari 1 jam sehari. Ini menunjukkan pelajar melayu  yang mempunyai pngk rendah tidak menunjukkan usaha yang gigih untuk cemerlang dalam pelajaran mereka. Mereka hanya bergantung kepada kuliah dan tidak menggunakan masa yang lebih untuk mengulangkaji pelajaran. Min taburan masa belajar untuk pelajar melayu adalah 2.58 manakala min taburan masa belajar bagi pelajar bukan melayu adalah 2.51. Ini menunjukkan pelajar melayu sebenarnya memperuntukkan masa yang lebih lama untuk belajar. Dari statistik juga rata-rata pelajar melayu telah menunjukan usaha yang gigih untuk cemerlang. Persoalannya adakah pelajar melayu benar-benar menggunakan masa belajar sebaik-baiknya. Kemungkinan kuantiti masa bukan satu ukuran tetapi teknik pembelajaran perlu di ambil kira. Fikir-fikirkan lah….

 Sampai jumpa lagi   

Advertisements

Posted in Akademik | Leave a Comment »

Anak Anda, Permata Di Surga

Posted by smartz di Mei 29, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Sebagaimana yang saya sebut di dalam post ABOUT, blog ini juga saya tujukan kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang sedang menuntut di universiti. Jadi bagi anda di luar sana, ingatlah, kata-kata adalah ibarat doa dan bagi para ibu dan bapa, kata-kata adalah merupakan doa yang mustajab bagi anak. Jadi pastikan anda menjaga kata-kata yang diluahkan terutama terhadap anak-anak anda.

Jika anak anda melakukan kesilapan, walau bagaimana besarnya kesalahan tersebut, ampunkan lah segalanya. Ingatlah betapa susahnya anda mengandung dan melahirkan mereka (ewah, pandainya menasihatkan orang. Maaf ye makcik-makcik.) Adakah anda ingin susah payah anda selama ini membesarkan dan memelihara mereka menjadi sia-sia. Jika ada tercalar rasa dan terkesan dimata serta terluka di hati, ampunkan segala kesalahan mereka. Mungkin dosa mereka kepada anda menyebabkan terhalang usaha mereka ke arah kecemerlangan hingga menyebabkan sukar untuk mereka mengulangkaji pelajaran. Seolah-olah menjadi penghalang dan pendinding kepada kejayaan mereka. Ayuh panjatkanlah doa untuk mereka kerana doa orang tua terhadap anaknya adalah sebaik-baik doa.

Sampai jumpa lagi   

Posted in Akademik | 1 Comment »

Dah Penuhkah Jag Anda?

Posted by smartz di Mei 28, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Disuatu pagi yang indah, di suatu bilik kuliah

Pensyarah : Selamat pagi semua. Kelas, nampak tak di atas meja tu….apa yang anda nampak..

Pelajar : Jag air, nak buat apa puan..

Pensyarah : (Memasukan ketulan-ketulan batu sebesar penumbuk di dalamnya sehingga tidak muat lagi)

Ok sekarang adakah kamu rasa jag ini telah penuh?

Pelajar : Ya! (Jawab beberapa orang dan yang lain mengangguk tanda setuju)

Pensyarah : Betul ke? (Sambil memasukkan batu-batu kerikil dari dalam kotak ke dalam jag tersebut.

Batu-batu itu memenuhi ruang antara batu yang telah dimasukkan sebelum ini. Dia menyusunnya sehingga tidak boleh dimasukkan lagi.

Yang lain tekun memerhati)

Pensyarah : Baiklah, adakah jag ini telah penuh?

Pelajar : Mungkin tidak (Yang lain ada yang menggangguk dan ada yang tidak)

Pensyarah : Boleh tahan (Dia pun menuangkan sepeket pasir halus kedalam jag sehingga padat.

Pensyarah : Dah penuh ke?

Pelajar : Belum lagi (jawab pelajar serentak. Nampak begitu yakin)

Pensyarah : Bagus! (Diapun menuangkan air ke dalam jag itu sehingga padat)

Baiklah apa pengajaran yang anda boleh dapat daripada cerita diatas. Anda tidak akan dapat memuatkan batu, kerikil dan pasir sekiranya anda memasukkan air terlebih dahulu. Letakkan benda yang besar dahulu, barulah muatkan benda yang kecil kemudiannya. Begitulah juga jika anda hendak belajar. Fahami skop pelajaran anda dahulu. Setelah anda fahami bahagian-bahagiannya barulah anda perincikan setiap bahagian tersebut. Dengan kata lain, buatlah perancangan terlebih dahulu. Sudahkah anda berbuat begitu? Sekiranya jawapannya ‘ya’ anda sudahpun memiliki ciri-ciri kecemerlangan dan sekiranya tidak berubahlah, rancang pengajian anda dengan teratur.

Sampai jumpa lagi

Posted in Akademik | 2 Comments »

Ayam….Oh…Ayam…

Posted by smartz di Mei 26, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Pelajaran vs Pengalaman…..lama juga saya memikirkan tentang tajuk ini…kerana ada di antara anda yang meminta saya berkata tentangnya.

Ahmad yang baru sahaja setahun mendirikan rumah tangga telah dikurniakan seorang cahaya mata. Sebaik sahaja anaknya lahir dan proses menanam tembuni anaknya selesai, bapa mertuanya telah meminta beliau untuk pergi ke pasar untuk membeli 30 ekor anak ayam yang berharga seringgit satu…pada masa tu dia tertanya-tanya di dalam hati.. kenapa bapak suruh beli ayam nih…tapi dibuatnya juga kerana dah orang tua suruh buat ..beli…beli le… nak bertanya lebih-lebih… bapak mentua pulak yang minta tuh… dan masa membeli tu teringat dia …yang memang terdapat reban ayam yang panjang berhampiran rumah…tapi reban tu kosong aje…jadi dibelinya dan dipeliharanya ayam tu…ye lah bagus juga bela ayam ni…buat tambah pendapatan kata orang….

Ok pada fikiran anda macam mana… berlaku tak proses pembelajaran di situ…berlaku kan…

Berapa bulan kemudian, isterinya pun habis pantang…dan sebagaimana adat kita terutama dikampung…dibuatlah kenduri doa selamat….dah beberapa bulan kan…jadi ayam yang di bela tu dah pun besar …apa fikiran anda …berlauk ayam lah…apalagi…si Ahmad ni pulak baru terfikir…patutlah bapak aku suruh beli ayam…masa tu…rupanya untuk kenduri ini la….nampak…..selamat budget untuk kenduri dengan nilai ayam 30 ringgit…30 ekor tu……kalau tidak berapa agaknya harga ayam tu sekarang…..

Lihatlah bagaimana pelajaran berdasarkan pengalaman membuatkan manusia berpandangan lebih jauh dan  matang….Ahmad memang belajar tetapi tak nampak maksud tersirat disebalik pelajaran tu..tidak seperti bapa mertuanya yang tentunya telah mengalami susah payah terlebih dahulu sebelum ini. Benarlah pengalaman mendewasakan kita….           

Sampai jumpa lagi   

Posted in Akademik | 2 Comments »

Keluarlah Dengan Cara Terhormat

Posted by smartz di Mei 25, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Andai kata dalam sesuatu masa anda terperangkap dalam kesilapan dan mendapati anda telah berada di laluan yang salah, maju tak boleh.. mengundur pun tak boleh. Anda pasti…memang tak boleh mengelak dan terpaksa menerima hakikat yang anda akan terpaksa keluar dari universiti dengan keputusan tamat tempoh pengajian…Apabila berlaku keputusan seperti itu, janganlah anda terus belah…dan meninggalkan kampus begitu sahaja….jangan lari dari masalah anda…hadapinya…anda kan dah dewasa…perlu berfikiran panjang…sebelum membuat sesuatu tindakan fikirlah…adakah tindakan anda itu akan menimbulkan masalah kepada anda di kemudian hari…mungkin sekarang anda rasakan tak ada apa-apa…tak ada masalahpun…belum sampai masa…dan anda mungkin belum tahu….

Tetiba di sesuatu masa, anda rasa yang anda nak berubah…mengubah diri kearah lebih baik…nak belajar lagilah…manusiakan sentiasa berubah dan mungkin masa tu anda lebih berpengalaman, lebih bersedia dan lebih matang…anda sebenarnya boleh menggunakan keputusan peperiksaan yang telah anda perolehi itu sebagai kredit kecuali jika cukup syarat-syaratnya untuk menyambung pengajian semula….walaupun keputusan keseluruhan anda ketika itu adalah keputusan gagal ataupun tamat tempoh pengajian, anda masih berpeluang untuk menggunakan keputusan bagi setiap subjek yang pernah anda ambil tersebut. Jadi… keluarlah dengan cara terhormat..


Sampai jumpa lagi

Posted in Akademik | Leave a Comment »

Keajaipan 5 Huruf

Posted by smartz di Mei 24, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Hidup ini adalah satu perjalanan….selagi kita diberikan masa dan masih lagi boleh mengirup udara segar di atas muka bumi ini. Perjalanan hidup ini adalah sesuatu yang sukar, banyak cabaran dan berliku-liku pula laluannya. Banyak jalan yang belum pernah kita lalui. Jika kita tidak ingin sesat dan hendak menuju ke destinasi yang kita ingini dengan cemerlang, jangan malu untuk bertanya kepada mereka yang arif. TANYA…orang tua-tua selalu berpesan…malu bertanya sesat jalan…jadi jika anda menghadapi masalah dalam pelajaran atau tak faham dengan sesuatu perkara…tanyalah orang yang tahu…jangan simpan terlalu lama masalah yang ada…selesaikan…Inshallah anda akan memperolehi apa sahaja yang anda inginkan kejayaan, kecemerlangan, jika anda pandai menggunakan 5 huruf yang ajaib ini. Bertanyalah…    

Sampai jumpa lagi   

Posted in Akademik | 2 Comments »

Apa Lainnya Dia…Apa Bezanya Dia…..

Posted by smartz di Mei 23, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Bertemu kembali, belajarlah dalam ‘mod panahan kuasa’…ada masanya kejayaan yang diperolehi dapat di capai bukan kerana usaha yang lama. Apa yang penting anda belajar tepat pada masa yang sesuai dan anda berjaya ‘memanahkan halilintar anda’. Ada orang yang duduk di hadapan komputer berjam-jam, tapi tidak berjaya menyiapkan kertas kerjanya, tetapi ada orang yang hanya duduk tak sampai sejam, sudah hampir menyiapkannya. Kenapa? Kerana mereka tidak berada dalam keadaan kesungguhan yang tinggi. Ada orang menyebutnya sebagai ‘mod panahan kuasa’. Ia melambangkan kesungguhan, ketekunan dan penumpuan yang tinggi pada perkara yang sedang dilakukan.

Kadang-kadang kita heran melihat seseorang tu, nak kata dia rajin mengulangkaji, nampak biasa aje, belajar pun sama-sama dengan kita tapi bila keputusan keluar, result dia lagi ok…cam mana tu…tentu ada yang lainnya…apa bezanya dia…Apa yang pentng ialah bukan apa yang dibuatnya tapi bagaimanakah cara dia membuatnya. Jadi dalam urusan pembelajaran anda, pastikan anda dapatkan ‘mod panahan kuasa’ ini. Dalam kelas umpamanya pastikan tumpuan di berikan sepenuhnya. Biasakan tabiat ini, terus lakukan sehingga anda berjaya melakukannya dan siapa tahu, anda akan menjadi seorang yang paling cemerlang dalam hidup anda.

Sampai jumpa lagi

Posted in Akademik | Leave a Comment »

Rahsia..Law of Attraction

Posted by smartz di Mei 22, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Lihat video ini dan ubahlah diri kita…sekarang…

Sampai jumpa lagi

Posted in Motivasi | 13 Comments »

Cintailah Seadanya…

Posted by smartz di Mei 21, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Bertemu kembali, setelah beberapa hari ini kita tak dapat bersama…saya pulang ke kampung sebenarnya…berjumpa ayah dan bonda di sana…ada urusan yang perlu diselesaikan…dengan segera…

Ada diantara anda yang meminta saya bercerita tentang hubungan cinta dalam kampus. Pada pandangan saya apa salahnya… tetapi jika kehadiran cinta itu menyebabkan hati anda gelisah dan hilang tumpuan pada Tuhan dan pelajaran, tinggalkanlah cinta itu dan binalah cinta baru…. Sebenarnya apa perlunya  anda tergesa-gesa membina cinta… Tiba masanya ia akan datang sendiri. Sesuatu yang datang tanpa di minta biasanya akan lebih bertahan lama, ikhlas lagi jujur.

Jika cinta anda menyebabkan anda membuag air mata, maka tinggalkan lah cinta itu. Secara logiknya jika cinta anda menyebabkan anda menangis sekarang, anda tentunya akan terus menangis jika anda berkahwin dengannya nanti….anda nak ke macam tu…Jika benar dia menyintai anda mengapa dia harus mempermainkan perasaan anda. Dia hanya ingin bermain atau menguji anda sedangkan anda tidak ada masa untuk bermain sebab tumpuan anda adalah pelajaran. Anda ada tanggungjawab besar untuk masa depan yang lebih gemilang. Tidak ada sebab untuk anda menghabiskan masa dengan masalah yang sebegini…hidup anda haruslah cerah, secerah masa depan anda yang anda inginkan dan harapkan….     

Begitulah alam kampus, memang tak sah tanpa cinta, sesetengahnya tiga segi, empat segi malah ada yang sepuluh segi. Jika dicampurkan masa yang dihabiskan dan masa tersebut digunakan untuk menelaah pelajaran, tentu anda akan mendapat keputusan peperiksaan yang jauh lebih baik dari yang anda dapat sekarang. Tidak lah pula saya melarang, jika percintaan anda berlandaskan syariah dan tidak menyebabkan anda hilang tumpuan dan matlamat asal anda, apa salahnya, terimalah cinta anda seadanya…   

 
“Ya Allah ampunkan dosa kami.., kami selalu mengharapkan kasih makhlukmu, sedangkan kasihmu sentiasa dekat disisi..  

  
Sampai jumpa lagi   

Posted in Akademik | 3 Comments »

Jalan Pintas Yang Merugikan…Kenapa..La…

Posted by smartz di Mei 17, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Dalam beberapa minggu ni, banyak perkara telah berlaku dan agak menyedihkan juga bila mengenangkan perkara-perkara yang tak sepatutnya berlaku di lakukan oleh mahasiswa-mahasiswa kita seperti meniru di dalam peperiksaan, tidak mengambil endah tentang pelajaran dan mengambil mudah tentang status pengajian mereka di dalam universiti.

Sebagai mahasiswa kita hendaklah sentiasa peka dengan suasana persekitaran, berpandangan jauh kehadapan dan jangan mengambil tindakan dan jalan pintas yang akan merugikan diri sendiri. Kenapa pula mesti meniru dan menipu untuk memperolehi keputusan yang di inginkan…kenapa?…

Sampai jumpa lagi

Posted in Akademik | 1 Comment »