Kenapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing

Ketahui Bagaimana Cara Mengatasinya

Ilmu Yang Putus Ditengah Jalan

Posted by smartz di Mei 6, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Rasa mengantuk… tapi mengenangkan hari esok pasti lebih sibuk lagi…kerna ada pembentangan di mesyuarat senat..digagahkan juga menulis untuk anda…Cuba anda bayangkan senario ini.

Seorang mahasiswa sedang berjalan tergesa-gesa menuju kelas. Apabila sampai dipintu kelas matanya meliar melihat kekiri dan kekanan mencari ruang yang sesuai. Setelah memilih kerusi yang ada dia pun duduk, seorang lagi muncul dan masuk menuju ke bahagian hadapan kelas dan duduk di situ pula sambil bertegur sapa dan berbual dengan kengkawan nya yang lain yang telah sampai lebih awal.

Tidak lama kemudian saya pulak masuk (macam mana ni…buat apa pulak kat situ..heh..heh..).Kelas yang tadinya bingit bertukar menjadi senyap seketika.. Mengikut pandangan saya terdapat lebih kurang 30 orang semuanya yang telah datang ke kelas tersebut. Kebanyakan student perempuan duduk di bahagian depan dan kebanyakan student lelaki pula duduk di bahagian belakang.…Ada juga student lelaki yang duduk di depan tetapi student berbangsa cina.

Bila kelas bermula, suara bising mula kedengaran di bahagian belakang dan rata-ratanya hanya student yang duduk yang di bahagian depan aje yang memberikan sepenuh tumpuan, seolah-olah ilmu yang dilontarkan putus ditengah jalan. Yang duduk di bahagian belakang pula hanya mengambil bahagian dalam perbincangan jika diajukan dengan persoalan.

Dipendekkan cerita, bila sampai hujung semester, keputusan peperiksaan pun dikeluarkan. Pelajar yang duduk di bahagian depan mendapat keputusan yang lebih baik berbanding pelajar yang duduk di bahagian belakang. Macam mana tu…apa pandangan anda….bagaimana suasana itu boleh mempengaruhi keputusan tersebut. Sebutkan apakah kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh mereka..apakah tindakan yang perlu mereka buat…siapa yang berani menyahut cabaran ini….          

Sampai jumpa lagi 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s