Kenapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing

Ketahui Bagaimana Cara Mengatasinya

Ayam….Oh…Ayam…

Posted by smartz di Mei 26, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Pelajaran vs Pengalaman…..lama juga saya memikirkan tentang tajuk ini…kerana ada di antara anda yang meminta saya berkata tentangnya.

Ahmad yang baru sahaja setahun mendirikan rumah tangga telah dikurniakan seorang cahaya mata. Sebaik sahaja anaknya lahir dan proses menanam tembuni anaknya selesai, bapa mertuanya telah meminta beliau untuk pergi ke pasar untuk membeli 30 ekor anak ayam yang berharga seringgit satu…pada masa tu dia tertanya-tanya di dalam hati.. kenapa bapak suruh beli ayam nih…tapi dibuatnya juga kerana dah orang tua suruh buat ..beli…beli le… nak bertanya lebih-lebih… bapak mentua pulak yang minta tuh… dan masa membeli tu teringat dia …yang memang terdapat reban ayam yang panjang berhampiran rumah…tapi reban tu kosong aje…jadi dibelinya dan dipeliharanya ayam tu…ye lah bagus juga bela ayam ni…buat tambah pendapatan kata orang….

Ok pada fikiran anda macam mana… berlaku tak proses pembelajaran di situ…berlaku kan…

Berapa bulan kemudian, isterinya pun habis pantang…dan sebagaimana adat kita terutama dikampung…dibuatlah kenduri doa selamat….dah beberapa bulan kan…jadi ayam yang di bela tu dah pun besar …apa fikiran anda …berlauk ayam lah…apalagi…si Ahmad ni pulak baru terfikir…patutlah bapak aku suruh beli ayam…masa tu…rupanya untuk kenduri ini la….nampak…..selamat budget untuk kenduri dengan nilai ayam 30 ringgit…30 ekor tu……kalau tidak berapa agaknya harga ayam tu sekarang…..

Lihatlah bagaimana pelajaran berdasarkan pengalaman membuatkan manusia berpandangan lebih jauh dan  matang….Ahmad memang belajar tetapi tak nampak maksud tersirat disebalik pelajaran tu..tidak seperti bapa mertuanya yang tentunya telah mengalami susah payah terlebih dahulu sebelum ini. Benarlah pengalaman mendewasakan kita….           

Sampai jumpa lagi   

2 Respons to “Ayam….Oh…Ayam…”

  1. Pembebel said

    Kih3! Logik gak tu. Pandai bapak mertua dia. Dari cakap terang2, baik kias2 kan? Kalo ikut pengalaman, mmg susah nak lupa dan tinggal. Thanks for the story.

    pembebel: Ahmad tu ko ke? Nge he he..

  2. Mr.Bilik Sebelah said

    Great idea.. bagus la mcm ni.. Jimat duit.. Jadi, kita mestilah belajar menghormati orang tua (terutamanya ibu bapa dan guru kita) sbb mereka lebih banyak makan garam (banyak pengalaman) dr kita yang umur setahun jagung ni..

    Kumpul2 lah pengalaman, kerana walaupun pengalaman itu pahit @ buruk, namun ia masih dapat berikan kita satu pengajaran dan pengetahuan itupun jika kita betul2 menghargai pengalaman yang kita dapat..

    Maknanya, jika kita dah buat silap pada hari semalam, jadikan pengalaman semalam itu supaya kita tidak mengulangi kesilapan sama pada hari ini, esok dan masa hadapan..

    Jika kita berjaya pada hari semalam, pastikan kita menggunakan pengalaman semalam untuk mencapai kejayaan pada hari ini, esok dan masa hadapan jugak..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s