Kenapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing

Ketahui Bagaimana Cara Mengatasinya

Dah Penuhkah Jag Anda?

Posted by smartz di Mei 28, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Disuatu pagi yang indah, di suatu bilik kuliah

Pensyarah : Selamat pagi semua. Kelas, nampak tak di atas meja tu….apa yang anda nampak..

Pelajar : Jag air, nak buat apa puan..

Pensyarah : (Memasukan ketulan-ketulan batu sebesar penumbuk di dalamnya sehingga tidak muat lagi)

Ok sekarang adakah kamu rasa jag ini telah penuh?

Pelajar : Ya! (Jawab beberapa orang dan yang lain mengangguk tanda setuju)

Pensyarah : Betul ke? (Sambil memasukkan batu-batu kerikil dari dalam kotak ke dalam jag tersebut.

Batu-batu itu memenuhi ruang antara batu yang telah dimasukkan sebelum ini. Dia menyusunnya sehingga tidak boleh dimasukkan lagi.

Yang lain tekun memerhati)

Pensyarah : Baiklah, adakah jag ini telah penuh?

Pelajar : Mungkin tidak (Yang lain ada yang menggangguk dan ada yang tidak)

Pensyarah : Boleh tahan (Dia pun menuangkan sepeket pasir halus kedalam jag sehingga padat.

Pensyarah : Dah penuh ke?

Pelajar : Belum lagi (jawab pelajar serentak. Nampak begitu yakin)

Pensyarah : Bagus! (Diapun menuangkan air ke dalam jag itu sehingga padat)

Baiklah apa pengajaran yang anda boleh dapat daripada cerita diatas. Anda tidak akan dapat memuatkan batu, kerikil dan pasir sekiranya anda memasukkan air terlebih dahulu. Letakkan benda yang besar dahulu, barulah muatkan benda yang kecil kemudiannya. Begitulah juga jika anda hendak belajar. Fahami skop pelajaran anda dahulu. Setelah anda fahami bahagian-bahagiannya barulah anda perincikan setiap bahagian tersebut. Dengan kata lain, buatlah perancangan terlebih dahulu. Sudahkah anda berbuat begitu? Sekiranya jawapannya ‘ya’ anda sudahpun memiliki ciri-ciri kecemerlangan dan sekiranya tidak berubahlah, rancang pengajian anda dengan teratur.

Sampai jumpa lagi

2 Respons to “Dah Penuhkah Jag Anda?”

  1. yattie said

    cerita yg penuh pengajaran.
    baru sy nmpak cmne nk study..

  2. smartz said

    Terima kasih atas komen anda, benar kita mesti lihat skop yang besar dahulu, jika kita terus menuju ke bahagian-bahagian yang kecil kita akan terlepas pandang keseluruhan subjek, nanti kita tak boleh nak skor markah sepenuhnya kerana hanya 60 peratus yang kita nampak. Kalau soalan peperiksaan keluar dari bahagian 40 peratus yang kita tak nampak tu, macam mana, tak ke haru jadinya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s