Kenapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing

Ketahui Bagaimana Cara Mengatasinya

Anak Anda, Permata Di Surga

Posted by smartz di Mei 29, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Sebagaimana yang saya sebut di dalam post ABOUT, blog ini juga saya tujukan kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang sedang menuntut di universiti. Jadi bagi anda di luar sana, ingatlah, kata-kata adalah ibarat doa dan bagi para ibu dan bapa, kata-kata adalah merupakan doa yang mustajab bagi anak. Jadi pastikan anda menjaga kata-kata yang diluahkan terutama terhadap anak-anak anda.

Jika anak anda melakukan kesilapan, walau bagaimana besarnya kesalahan tersebut, ampunkan lah segalanya. Ingatlah betapa susahnya anda mengandung dan melahirkan mereka (ewah, pandainya menasihatkan orang. Maaf ye makcik-makcik.) Adakah anda ingin susah payah anda selama ini membesarkan dan memelihara mereka menjadi sia-sia. Jika ada tercalar rasa dan terkesan dimata serta terluka di hati, ampunkan segala kesalahan mereka. Mungkin dosa mereka kepada anda menyebabkan terhalang usaha mereka ke arah kecemerlangan hingga menyebabkan sukar untuk mereka mengulangkaji pelajaran. Seolah-olah menjadi penghalang dan pendinding kepada kejayaan mereka. Ayuh panjatkanlah doa untuk mereka kerana doa orang tua terhadap anaknya adalah sebaik-baik doa.

Sampai jumpa lagi   

Satu Respons to “Anak Anda, Permata Di Surga”

  1. fiza said

    salam smartz

    betol ape yg dikatakan tu..saya ade mendgr satu ceramah di blog http://saifulislam.com/ yg bertajuk, DOSA YG MEMBINASAKAN..dlm ceramah ni ade menyentuh hubungan anak dan ibu (terutamanya) dlm menentukan kejayaan hidup anak2.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s