Kenapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing

Ketahui Bagaimana Cara Mengatasinya

Archive for Mei 2007

Kuda Liar Yang Lari….Kejarlah

Posted by smartz di Mei 15, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Kita biasa mendengar mengenai kelebihan menuntut ilmu, kelebihan mengajar dan belajar. Kelebihan ilmu digambarkan dari banyak hadis-hadis tentangnya seperti mengenai kelebihan orang-orang yang berilmu berbanding dengan mereka yang tidak berilmu, belajar itu hasanat (kebaikan) ,mencari ilmu itu ibadat,  mengingatinya sama dengan tasbih, menyelidikinya sama dengan jihad,  mengajar kepada yang tidak mengetahui itu sedekah dan sebagainya. Sudah terlalu banyak kita dengar sampai kekadang, macam dah terlalu biasa sampai bagi sesetengah orang macam dah tak di ambil endah atau kisah. Cuba kita bayangkan  gambaran orang yang melibatkan diri dengan ilmu ini seperti berikut. Ini adalah gaji dan bonus yang diterima.

Pengajar       RM70,000.00

Pelajar          RM30,000.00

Pendengar    RM10.000.00

Pelupa          RM0.00

Barulah best dan seronok sebab biasanya bila ganjarannya berbentuk material barulah kita nampak…ni baru andaian kita …ganjaran Allah tentulah berlebih lagi… Siapa yang ingin melihat orang yang dimerdekakan Allah dari Neraka,  maka lihatlah para murid(pelajar-pelajar agama)…janji Allah tu…   

Yang mana satu pilihan anda, tentu anda nak jadi pengajar..kan….tapi untuk jadi pengajar anda perlukan ilmu terlebih dahulu, maknanya anda perlu lah belajar terlebih dahulu.  Ilmu itu ibarat kuda liar, untuk menjinakkannya kita memerlukan tali. Dengan tali kuda itu dapat di kawal dan seterusnya boleh digunakan untuk membantu dalam kehidupan seharian kita seperti untuk dijadikan kenderaan dan mengangkut barangan…jadi apakah tali yang boleh mengikat ilmu itu….ikatlah ilmu itu dengan pena…Jadi bila anda masuk ke kelas, tak kiralah kelas pengajian ke atau kelas-kelas agama ke pastikan anda mencatat, mencatit dalam buku dan jangan hanya mendengar sahaja…waima kalau kita lihat dikelas-kelas pengajian… tuk-tuk guru… bila mendengar ceramah yang dibuat oleh guru lain, tuk-tuk guru tersebutpun biasanya akan membuat catatan, bukan dia tak tau..perkara yang di perbincangkan…dia dah expert dah…tapi mencatit juga kerana tak nak dapat pahala mendengar sahaja…jadi jangan lupa kejarlah kuda anda….dah nak lari tu….    

Sampai jumpa lagi 

Posted in Motivasi | Leave a Comment »

Redha Allah Bersama Redha Kedua Ibu Bapa

Posted by smartz di Mei 12, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Lega rasanya dapat lagi berjumpa anda, setelah beberapa hari yang sibuk menyelesaikan urusan-urusan kerja yang bertambah. Diharapkan semuga anda berada di dalam keadaan sihat semuanya..dan yang lebih penting lagi dapat bercuti panjang….alangkah indahnya mengenangkan saat-saat semasa belajar dahulu…waktu ini adalah merupakan waktu yang paling mengembirakan kerana dapat balik kampung berjumpa bonda dan keluarga tercinta…jangan lupa ucapkan selamat hari ibu kepada ibu anda, anda yang masih mempunyai ibu…jangan sia-siakan kesempatan yang ada saat ini…sementara kedua ibu bapa kita masih ada…jika keputusan peperiksaan anda sekarang kurang memuaskan….koreksilah diri anda…ingatlah jika ada salah dan silap yang kita pernah lakukan kepada orang tua kita terutama…bonda kita…jika ada…mungkin kesilapan kita tersebut menjadi penghalang kepada  kejayaan kita…mungkin menjadi pendinding kepada usaha kita…..sapa tau…mohonlah keampunan dari nya ..surga berada dibawah tapak kaki ayah dan bonda…redha Allah bersama redha kedua ibubapa….sekian

Sampai jumpa lagi 

Posted in Motivasi | Leave a Comment »

Berita Gembira..Panas panas

Posted by smartz di Mei 10, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Berita baik kepada semua pelajar UTM, semuga selepas ini keputusan anda semua akan menjadi lebih cemerlang.

PEMAKLUMAN KEPADA SEMUA PELAJAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SISTEM GRED
Dimaklumkan bahawa Senat Universiti pada 9 Mei 2007 telah meluluskan sistem penggredan markah mata pelajaran yang baru dan akan dilaksanakan mulai semester II sesi 2006/2007 kepada semua pelajar Universiti Teknologi Malaysia.
2. Sistem penggredan yang baru adalah seperti berikut:-

gred

* Gred D+ adalah gred minimum lulus bagi sesuatu mata pelajaran.
3. Kelas penganugerahan diploma/ijazah yang baru adalah seperti berikut:-

Kelas Graduan

Sekian, harap maklum.
Terima Kasih

Bahagian Pengurusan Akademik
Pejabat Pendaftar
Universiti Teknologi Malaysia
Skudai.
9 Mei 2007

Sampai jumpa lagi

Posted in Akademik | 4 Comments »

Ilmu Yang Putus Ditengah Jalan

Posted by smartz di Mei 6, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Rasa mengantuk… tapi mengenangkan hari esok pasti lebih sibuk lagi…kerna ada pembentangan di mesyuarat senat..digagahkan juga menulis untuk anda…Cuba anda bayangkan senario ini.

Seorang mahasiswa sedang berjalan tergesa-gesa menuju kelas. Apabila sampai dipintu kelas matanya meliar melihat kekiri dan kekanan mencari ruang yang sesuai. Setelah memilih kerusi yang ada dia pun duduk, seorang lagi muncul dan masuk menuju ke bahagian hadapan kelas dan duduk di situ pula sambil bertegur sapa dan berbual dengan kengkawan nya yang lain yang telah sampai lebih awal.

Tidak lama kemudian saya pulak masuk (macam mana ni…buat apa pulak kat situ..heh..heh..).Kelas yang tadinya bingit bertukar menjadi senyap seketika.. Mengikut pandangan saya terdapat lebih kurang 30 orang semuanya yang telah datang ke kelas tersebut. Kebanyakan student perempuan duduk di bahagian depan dan kebanyakan student lelaki pula duduk di bahagian belakang.…Ada juga student lelaki yang duduk di depan tetapi student berbangsa cina.

Bila kelas bermula, suara bising mula kedengaran di bahagian belakang dan rata-ratanya hanya student yang duduk yang di bahagian depan aje yang memberikan sepenuh tumpuan, seolah-olah ilmu yang dilontarkan putus ditengah jalan. Yang duduk di bahagian belakang pula hanya mengambil bahagian dalam perbincangan jika diajukan dengan persoalan.

Dipendekkan cerita, bila sampai hujung semester, keputusan peperiksaan pun dikeluarkan. Pelajar yang duduk di bahagian depan mendapat keputusan yang lebih baik berbanding pelajar yang duduk di bahagian belakang. Macam mana tu…apa pandangan anda….bagaimana suasana itu boleh mempengaruhi keputusan tersebut. Sebutkan apakah kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh mereka..apakah tindakan yang perlu mereka buat…siapa yang berani menyahut cabaran ini….          

Sampai jumpa lagi 

Posted in Akademik | Leave a Comment »

Yang Ditunggu Telah Tiba…Tahniah

Posted by smartz di Mei 5, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Bagi pelajar-pelajar lepasan SPM/Setaraf sila buat semakan keputusan di bawah

Semakan Tawaran Kemasukan Ke IPTA

Bagi yang tak berjaya, jangan berputus asa buatlah rayuan…secepatnya

Rayuan Kemasukan Ke IPTA 

Sampai jumpa lagi

Posted in Akademik | 44 Comments »

Debaran..Menunggu

Posted by smartz di Mei 5, 2007

 

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Bagi pelajar-pelajar lepasan SPM/Setaraf JPT akan membuat pengumuman keputusan kemasukan ke diploma…bersabarlah menunggu hari esok….

Bagi mahasiswa yang telah selesai menjalani peperiksaan semester, selamat bercuti panjang….dan bagi saya bermula lah sesi dan hari-hari yang mencabar dalam pengurusan peperiksaan

 

Sampai jumpa lagi

Posted in Pelbagai | Leave a Comment »

Sudah..Tu..Sudah…Pandanglah Ke Depan

Posted by smartz di Mei 2, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Sesungguhnya, pengalaman mengajar dan mendewasakan kita, setiap masalah yang kita hadapi, hadapilah ia dengan tabah dan janganlah anda lari dari masalah. Kearah manapun anda melangkah masalah akan tetap mendatangi anda, jangan cepat mengalah kerana mengalah sebelum berusaha sebenarnya anda telah gagal sebelum bermula. Jadikanlah kesilapan masa lalu sebagai sempadan dan panduan, agar kesilapan yang sama tidak berulang, jika hari ini keputusan peperiksaan anda jatuh, bangkitlah dan bangunlah perbaikinya..dengan segenap usaha dan tenaga…gagal sekali tidak bermakna anda akan gagal selamanya. Gagal adalah permulaan bagi satu kejayaan yang lebih gemilang.

Ingatlah segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh orang tua anda dan asah kembali impian dan cita-cita anda..anda ingin berjaya bukan..anda ingin menjadi anak yang membanggakan orang tua..ayuh..majulah.. usah toleh kebelakang..pandanglah ke hadapan kerana anda mempunyai impian..harapan..keinginan…terimalah

I Have A Dream

Sampai jumpa lagi

Posted in Motivasi | Leave a Comment »

Kehadiranmu Ilmu Begitu Bermakna

Posted by smartz di Mei 1, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Hari ni saya dapat pengajaran yang begitu bermakna, sepanjang pemerhatian saya, saya dapati blogger  biasanya adalah seorang yang menghargai ilmu dan rajin membaca…ilmu adalah kuasa dan menjadi jalan pintas menuju kejayaan…jadi adik-adik hargailah ilmu….kuasailah ia dan praktik kan…inshallah adik akan berjaya dengan cemerlang..

Jika di sesuatu masa adik gagal, bangkitlah, tebuslah kesilapan tersebut dengan usaha. Gagal sekali tidak bermakna adik akan gagal selamanya….Tuhan tidak akan mengubah nasib kita kecuali kita yang mengubahnya…Begitu juga dengan kejayaan, tanpa usaha kegagalan akan sentiasa menghantui kita…selepas berusaha bertawakal lah…     

Sampai jumpa lagi 

Posted in Motivasi | 3 Comments »