Kenapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing

Ketahui Bagaimana Cara Mengatasinya

Archive for Jun 2007

Selamat Datang

Posted by smartz di Jun 30, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Hari ini dan esok UTM menerima pendaftaran pelajar-pelajar baru. Selamat datang di ucapkan kepada anda semua.

Sampai jumpa lagi

Advertisements

Posted in Akademik | Leave a Comment »

Pelajar Luar negara

Posted by smartz di Jun 29, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Hari ini UTM menerima pendaftaran pelajar-pelajar dari luar negara. Semuga kehadiran mereka akan lebih memberi semangat kepada kita, bahawa kita juga mampu menghasilkan graduan bertaraf dunia dan tahap pendidikan negara kita setanding dengan negara luar

Sampai jumpa lagi

Posted in Akademik | Leave a Comment »

Beberapa Hari Menghilang…Cak

Posted by smartz di Jun 27, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Tak hilang ke mana pun, hanya hilang seketika di jaringan lelabah ni aje. Selama beberapa hari ni agak sibuk sikit, terpaksa membuat persediaan untuk ketibaan mahasiswa baru, persediaan pembentangan, bengkel akan datang dan juga urusan-urusan lain yang berkaitan. Banyaknya kerja yang hendak di buat sampai hilang pertimbangan sedikit dan saya terpaksa reform semula cara saya bekerja agar lebih teratur dan tersusun. Alhamdulillah lega sedikit rasanya, bukan kerana dah siap semuanya, tetapi kerana saya telah lebih bersedia.

Saya ingin nak cerita pengalaman saya selama beberapa hari ni, kengkadang saya rasa tertekan kerana merasakan banyak kerja yang perlu di bereskan sedangkan masa untuk menyiapkannya terlalu singkat. Bayangkan saya nak menyiapkan kerja yang pengguna kata nakkan maklumat atau kerja itu dibereskan semalam. Saya pula tidak boleh berkata tidak kerena memang proses kerjanya memerlukan saya sentiasa berkejaran dan bersaing dengan masa. Keadaan ini mengingatkan saya pada post saya yang lalu iaitu perlunya mengasah kapak yang digunakan oleh pemotong kayu.

Jadi apa yang berlaku, saya telah cuba menilai semula setakat mana pencapaian saya, mengumpul dan memperkemaskan semula catatan aktiviti kerja dan aktiviti keperluan peribadi saya. Menyusunnya mengikut kepentingan perlaksanaan dan sandaran masa. Setelah itu saya fokuskan supaya tidak memikirkan aktiviti tersebut secara serentak. Menenangkan fikiran dan melaksanakannya satu persatu mengikut turutan kepentingannya dan alhamdulillah saya berpuas hati kerana berjaya melaksanakannya dan ia selesai mengikut waktunya.

Anda pula bagaimana? Bagaimana pula dengan perancangan pembelajaran anda, adakah anda telah bersedia? Gunakanlah waktu cuti semester ini sebaiknya dan rancanglah pembelajaran dari sekarang.

Sampai jumpa lagi

Posted in Akademik | Leave a Comment »

Tempoh Rayuan

Posted by smartz di Jun 22, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Terima kasih kepada anda yang telah memhantarkan email kepada saya. Tempoh akhir bagi rayuan kemasukan ke IPTA ialah pada 28 Jun 2007. Bagi adik-adik yang tidak mendapat penempatan di mana-mana IPTA,  jangan berputus asa. Buatlah rayuan dan satu hint dari saya selain membuat permohonan menggunakan e-rayuan tersebut, buatlah juga surat susulan ke universiti berkaitan. Sertakan sekali lagi keputusan STPM anda. Selamat Berjaya   

Sampai jumpa lagi

Posted in Akademik | 1 Comment »

Simulasi Keputusan

Posted by smartz di Jun 19, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Saya telah cuba untuk upload program simulasi keputusan untuk anda tapi malangnya sistem telah tidak membenarkan saya untuk berbuat begitu. Bagi anda yang ingin memiliki simulasi keputusan untuk mengira png yang anda akan perolehi berdasarkan markah setiap subjek, sila emailkan permohonan anda kepada saya di salimonz@yahoo.com. Letakan ‘Simulasi Keputusan’ sebagai tajuk email anda.

Sampai jumpa lagi

Posted in Akademik | Leave a Comment »

Semakan Keputusan Ke IPTA

Posted by smartz di Jun 18, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Bagi pelajar-pelajar lepasan STPM/Setaraf yang telah membuat permohonan kemasukan ke IPTA, semakan boleh dibuat mulai tengahhari hari ini di alamat

http://www.mohe.gov.my

http://www.jpt.utm.my

http://www.jpt.uum.edu.my

Bagi yang berjaya tahniah di ucapkan

Sampai jumpa lagi

Posted in Akademik | 3 Comments »

Hikmah Menjadi Realiti

Posted by smartz di Jun 15, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Setiap perkara dan masalah yang menimpa seseorang itu biasanya ada hikmah yang tersirat di sebaliknya. Jika anda melakukan kesilapan, lambat atau cepat inshallah akan timbul kesedaran dalam hati untuk memperbaikinya. Jika anda telah membulatkan hati untuk memperbaikinya, berusaha dan yakinlah yang anda akan berjaya. Jangan anda bersedih, untuk berjaya anda mesti membayangkan yang anda telah berjaya dan bagi mendapatkan apa yang anda mahu ubahlah diri anda dengan merubah fikiran, paradigma, akhlak, niat dan sikap anda.

Jika selama ini anda bersikap sambil lewa dan mengabaikan pelajaran anda, lipat gandakan usaha anda, perbaiki di mana yang kurang. Masih belum terlambat untuk anda memperbaiki segala kelemahan diri. Berjanjilah pada diri anda yang anda akan tetap fokus kepada matlamat dan cita-cita anda. Jadilah pelajar yang sentiasa berusaha untuk menjana tenaga positif dan berusaha keras untuk kejayaan. Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang merasa, bersikap dan percaya yang mereka boleh berjaya. Mereka tidak rasa mengulangkaji dan belajar adalah satu aktiviti yang sukar, mereka belajar dengan tekun dan yakin dengan kebolehan diri. Jika keyakinan ini jelas di dalam hati, inshallah ia akan berubah menjadi satu realiti.  

 Sampai jumpa lagi   

Posted in Akademik | 1 Comment »

Penasihat Akademik Harapan Anda

Posted by smartz di Jun 13, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Ok, hari ini saya ingin membuka satu persoalan. Sebagai pelanggan sesuatu universiti, tak kiralah anda sebagai mahasiswa, ibu bapa atau sesiapa sahaja yang terlibat dengan proses pembelajaran di universiti. Apakah harapan dan anggapan anda terhadap penasihatan akademik yang ada di universiti anda atau pun anak anda? Maklum balas anda inshallah akan membantu kami membuat pembaikan dan  perubahan yang diperlukan untuk kebaikan semua pihak yang terlibat terutama sekali mahasiswa kita. Semuga akan ada pandangan yang membina. Saya menunggu jawapan anda. Bagi yang biasanya hanya membaca sahaja, sumbanglah sesuatu untuk kita semua. 

Sampai jumpa lagi   

 

Posted in Akademik | 7 Comments »

Study Hard And Smart

Posted by smartz di Jun 12, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Bertemu kembali setelah hari-hari yang sibuk, tidak dapat bertemu dengan anda di jaringan lelabah atas urusan-urusan yang terpaksa diselesaikan. Alhamdulillah dapat lagi kita berjumpa dan bershukur kita kepada Allah atas segala nikmat yang telah di anugerahkan dan mengizinkan kita untuk terus menghirup udara segar di atas muka bumiNya ini.

Pernahkah anda mengalami satu keadaan dimana anda rasakan anda telah berusaha dengan segala tenaga anda tetapi hasil yang anda perolehi tidak memadai dengan usaha anda? Cuba anda fikirkan tentang cerita ini. Seorang pemotong kayu telah bekerja dengan Tuan Ali seorang yang kaya. Biasanya pemotong kayu ini boleh memotong sebanyak 18 batang pokok sehari dan Tuan Ali itu sangat berpuashati dengan prestasi kerjanya. Masa silih berganti, selang beberapa bulan kemudian, prestasi kerja pemotong kayu mula menurun. Lama kelamaan jumlah pokok yang dapat di tebangnya makin berkurangan walaupun dia telah berusaha sekuat tenaganya. Pemotong kayu merasa heran,”Aku tentu telah kehabisan tenaga” fikirnya. Pemotong kayupun berjumpa Tuan Ali dan memohon maaf kepadanya kerana gagal menunjukkan prestasi yang meningkat. Tuan Ali bertanya “Bila kali terakhir kamu mengasah kapak kamu?”. “Asah?” Ternaik kening pemotong kayu. “Saya tak ada masa nak mengasah kapak saya. Saya terlalu sibuk menebang.”jawabnya.

Apa kesimpulan yang anda dapat dari cerita di atas. Apakah cerita ini dapat memberikan jawapan kepada persoalan tadi. Betul, Don’t Work Hard But Work Smart. Tak ada gunanya menebang dengan kapak yang tumpul matanya. Samalah juga jika anda hendak belajar, gunalah strategi dan teknik pembelajaran yang telah digunakan oleh ramai pelajar yang telah berjaya. Kekadang tu, kita lihat keadaan yang agak pelik. Ada pelajar yang ‘study’ sungguh-sungguh, ke hulu ke hilir dengan buku dan nota. Tak ada masa nak bercampur dan bersembang dengan kengkawan tetapi bila keputusan keluar keputusannya tidak memuaskan. Sebaliknya ada pula pelajar yang ambil ringan masalah ‘study’ tapi keputusan peperiksaannya cemerlang malah aktif dalam aktiviti berpersatuan lagi. Fikir-fikirkanlah.    

Sampai jumpa lagi   

Posted in Akademik | 2 Comments »

Kau Sahabat Kaulah Teman

Posted by smartz di Jun 7, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Carilah sahabat sebab ianya akan mencermin siapakah diri anda, macam mana kawan macam itulah anda. Biasa kita dengar ungkapan yang menyatakan jika anda hendak mengenal seseorang itu kenalilah kawan-kawannya. Sebab kawan-kawan adalah gambaran dan refleksi diri seseorang. Kalau kawan anda kaki merambu, adakah anda akan berkawan dengannya, melainkan anda juga seorang kaki merambu sepertinya. Sahabat yang benar akan memberikan sokongan dan dorongan kepada anda dan membantu diri anda kearah kecemerlangan, sedia bersama kita dalam setiap keadaan, susah ke, senang ke.

Dalam pelajaran, anda memerlukan sahabat yang boleh mencetus semangat dan memandu dan memperbetulkan anda di kala anda melakukan kesilapan. Nasihat menasihati kata orang. Kalau sahabat anda yang silap anda tegur, kalau anda yang silap anda pulak menegurnya begitu juga sebaliknya Pastikan anda mempunyai sahabat, tak perlu ramai, seorang pun cukup. Sekurang-kurangnya boleh belajar bersama dan cemerlang bersama.

Sampai jumpa lagi   

Posted in Akademik | Leave a Comment »