Kenapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing

Ketahui Bagaimana Cara Mengatasinya

Penasihat Akademik Harapan Anda

Posted by smartz di Jun 13, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Ok, hari ini saya ingin membuka satu persoalan. Sebagai pelanggan sesuatu universiti, tak kiralah anda sebagai mahasiswa, ibu bapa atau sesiapa sahaja yang terlibat dengan proses pembelajaran di universiti. Apakah harapan dan anggapan anda terhadap penasihatan akademik yang ada di universiti anda atau pun anak anda? Maklum balas anda inshallah akan membantu kami membuat pembaikan dan  perubahan yang diperlukan untuk kebaikan semua pihak yang terlibat terutama sekali mahasiswa kita. Semuga akan ada pandangan yang membina. Saya menunggu jawapan anda. Bagi yang biasanya hanya membaca sahaja, sumbanglah sesuatu untuk kita semua. 

Sampai jumpa lagi   

 

7 Respons to “Penasihat Akademik Harapan Anda”

  1. Raymond said

    Selamat sejahtera dan terima kasih kerana sudi memberi peluang kepada saya untuk memberi sedikit pandangan dan komen.

    Saya mengharapkan suatu perubahan yang besar dalam menstrukturkan semula sistem pembelajaran serta sistem penilaian kemahiran pelajar.

    Skim permarkahan yang sedia ada kurang berkesan untuk menilai kebolehan seseorang pelajar dalam matapelajaran tertentu.

    Contoh:

    Kawan A saya merupakan seorang pelajar yang bijak, beliau tidak memberi penekanan kepada sistem permarkahan di univertsiti. Apabila diajar tentang suatu subjek yang baru, beliau akan pergi ke perpustakaan untuk menggali dengan lebih mendalam lagi tentang topik tersebut walaupun ia tidak termasuk dalam sukatan mata pelajaran. Beliau dapat memberikan penerangan yang jelas tentang sesuatu topik; sesuatu ilmu yang tidak didapati dalam buku-buku teks, rujukan yang disyorkan oleh pihak universiti. (Purata gred beliau adalah dari B-C)

    Kawan B saya merupakan seorang yang rajin belajar. Dia dapat menghafal setiap perkataan dalam nota yang diberikan oleh pensyarah. Namun dia tidak memahami seluruh konsep itu. Apa yang dia tahu hanya “hafal dan pakai”. Purata grednya ialah A. Dia mendapat First Class dalam sijilnya.

    Saya lebih mengangumi kawan A daripada kawan B.

    Komen 2:
    ——–
    Ramai pensyarah yang membawa masuk unsur-unsur politik ke dalam kuliah. Kadang-kadang markah diberikan berdasarkan kepada pelajar-pelajar yang mempunyai fahaman politik yang sama dengan mereka. Ada pula yang memberi markah berdasarkan kepada “kaum dan agama” pelajar. Biasanya oelajar-pelajar bukan Bumiputera yang menjadi mangsa.

    Sebenarnya, ini membawa masalah kepada pelajar-pelajar Bumiputera sendiri. Ini adalah tidak adil, terutamanya kepada pelajar Bumiputera yang benar-benar rajin.

    Menurut seorang majikan Melayu yang saya kenali, beliau mengatakan bahawa beliau lebih gemar menggaji pelajar universiti Cina yang mendapat kelas kedua daripada menggaji pelajar universiti Melayu yang mendapat kelas pertama atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas.

    Akhir kata, pada pandangan saya, sistem pendidikan di Malaysia kurang berkesan dan saya tidak akan menghantar anak saya ke sekolah-sekolah Malaysia kecuali terdapat perubahan yang positif dalam sistem pendidikan ini.

  2. Raymond said

    Komen di atas adalah berdasarkan kisah-kisah yang benar dan tidak bermaksud untuk memburuk-burukkan mana-mana pihak. Saya minta ampun sekiranya terdapat pihak-pihak yang tersinggung dengan komen tersebut.

    Salam mesra.

  3. smartz said

    Raymond : Terima kasih atas komen anda. Kita mesti berfikiran terbuka dalam hal ini, masalah memang wujud di mana-mana, ada baik dan ada buruk, semuanya menjadi pengalaman berharga buat kita.

    Mungkin tidak semua pensyarah bersikap begitu, kalau kita lihat dalam setandan pisang, mungkin dicelah-celah tu ada yang busuk tapi tidak semuanya busuk kan. Sepanjang pengetahuan saya pencapaian pelajar bukan melayu biasanya adalah lebih baik. Jika semua pensyarah bersikap begitu tentunya pencapaian pelajar melayu akan rata-ratanya lebih baik dari pelajar bukan melayu.

    Pendapat anda tentang kawan A dan B tu ada benarnya, mungkin pensyarah terlalu terikat dengan skima jawapan, tidak terbuka dan mengupas persoalan dengan lebih mendalam. Tambahan pula perlu menanda kertas jawapan untuk jumlah pelajar yang ramai. Wallualam, mungkin pembaca lain ada pandangan?

  4. Raymond said

    Terima kasih atas tunjuk ajar cikgu.

    Pandangan cikgu itu akan saya ingati sebagai pedoman hidup.

  5. tur said

    agree

  6. tur said

    saya merupakan pelajar stpm tahun nie…saya juga bersetuju dengan cara pelajar B.sebab saya juga menggunakan cara tersebut…sebenarnya, bukan salah kitaorang menggunakan teknik tersebut..ia merupakan “fixed mind” yang direka oeh kerajaan kita pada hari ini..walaubagaimanapun, teknik yang kami gunakan terdapat kelemahannya…>>0199498307

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s