Kenapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing

Ketahui Bagaimana Cara Mengatasinya

Hikmah Menjadi Realiti

Posted by smartz di Jun 15, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Setiap perkara dan masalah yang menimpa seseorang itu biasanya ada hikmah yang tersirat di sebaliknya. Jika anda melakukan kesilapan, lambat atau cepat inshallah akan timbul kesedaran dalam hati untuk memperbaikinya. Jika anda telah membulatkan hati untuk memperbaikinya, berusaha dan yakinlah yang anda akan berjaya. Jangan anda bersedih, untuk berjaya anda mesti membayangkan yang anda telah berjaya dan bagi mendapatkan apa yang anda mahu ubahlah diri anda dengan merubah fikiran, paradigma, akhlak, niat dan sikap anda.

Jika selama ini anda bersikap sambil lewa dan mengabaikan pelajaran anda, lipat gandakan usaha anda, perbaiki di mana yang kurang. Masih belum terlambat untuk anda memperbaiki segala kelemahan diri. Berjanjilah pada diri anda yang anda akan tetap fokus kepada matlamat dan cita-cita anda. Jadilah pelajar yang sentiasa berusaha untuk menjana tenaga positif dan berusaha keras untuk kejayaan. Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang merasa, bersikap dan percaya yang mereka boleh berjaya. Mereka tidak rasa mengulangkaji dan belajar adalah satu aktiviti yang sukar, mereka belajar dengan tekun dan yakin dengan kebolehan diri. Jika keyakinan ini jelas di dalam hati, inshallah ia akan berubah menjadi satu realiti.  

 Sampai jumpa lagi   

Satu Respons to “Hikmah Menjadi Realiti”

  1. Raymond said

    Betul tu, salah seorang anak murid saya dapat memperbaiki prestasi pelajarannya secara mendadak dalam masa sebulan sahaja.

    Semua ini berlaku sejak dia bulat hati untuk mengambil tindakan untuk memperbaiki kelemahannya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s