Kenapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing

Ketahui Bagaimana Cara Mengatasinya

Archive for Ogos 2007

Diambang Kemerdekaan

Posted by smartz di Ogos 30, 2007

 

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Tidak beberapa minit lagi, sampailah saat yang di tunggu oleh kita semua, iaitu genaplah 50 tahun kemerdekaan negara kita. Sambutan kali ini begitu meriah dan di sambut dari berbagai tempat dalam negara. Saat ini saya sedang mengikuti pekembangan sambutan perayaan melalui kaca tv. Berbagai aturcara telah di sediakan untuk menyambut ketibaan detik 12 malam. Detik bersejarah yang menjadi permulaan kepada kewujudan negara Malaysia yang kita cintai.

Sebagai generasi baru yang tidak pernah mengalami sendiri, pahit getir dan susah payah generasi terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan, kita sepatutnya lebih bersyukur dengan segala kenikmatan yang kita nikmati kini. Jagalah kesinambungan kemerdekaan yang kita kecapi ini agar senantiasa terpelihara dan berkekalan.

Setiap dari kita mengharapkan yang terbaik dan mungkin ada diantara anda yang berazam dengan azam yang baru atau menilai semula azam sedia ada, adakah telah tercapai. Setakat mana kehidupan kita. Adakah pencapaian yang telah kita perolehi berbanding dengan dahulu. Jika kita rasa matlamat kita masih tidak tercapai, mungkin sesuatu perlu di lakukan. Dalam kaca tv sehari dua ini, kita telah melihat bagaimana Bank Islam telah membuat penjenamaan semula brandnya. Mungkin kita juga perlu membuat perubahan dan penjenamaan semula diri kita agar segala kekurangan dapat diperbaiki dan pencapaian hidup kita dapat dipertingkatkan.

Sampai Jumpa Lagi

Advertisements

Posted in Akademik | Leave a Comment »

Ahli Sufi Dan Ladang Anggur

Posted by smartz di Ogos 28, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Cadangan asalnya nak sambung post saya yang lepas tapi ntah cam mana, tajuk yang sama tak boleh pula di post dua kali. Jadi saya tukar tajuk kali ini. Saya ingin membawa satu cerita kepada anda (nama dalam cerita bukanlah nama sebenar). Muhammad adalah seorang pelajar sekolah pondok di salah sebuah negeri di Malaysia. Setelah beberapa tahun belajar, tamatlah pengajiannya dan dia telah di minta oleh gurunya Tuan Haji Ali untuk menyambung pengajiannya di salah sebuah negeri di timur tengah. Tuan Haji Ali meminta Muhammad bertemu dan berguru dengan gurunya iaitu seorang ahli sufi yang bernama Ahmad Abdullah. Jadi pergilah Muhammad ke destinasi yang telah diterangkan oleh gurunya. Apabila sampai di sana, dia pun mula mencari. Puas di cari namun tidak juga ditemukan ahli sufi tersebut.

Setelah penat, diapun tumpang berteduh di tepi sempadan sebuah ladang anggur yang luas. Tiba-tiba dia di sapa oleh seseorang. Rupa-rupanya orang itu adalah salah seorang pekerja yang sedang bekerja di ladang tersebut. Muhammad terus menyatakan tujuannya untuk mencari ahli sufi Ahmad Abdullah seperti yang di arahkan oleh gurunya dari kampung dan menerangkan bahawa sampai sekarangpun masih tidak terjumpa lagi orangnya. Pekerja itu menyatakan memang itulah tempatnya dan ladang anggur yang luas itu adalah kepunyaan ahli sufi tersebut. Muhammad seperti tidak percaya, ahli sufi?, ladang anggur? Kerana tiada pilihan dan dalam keadaan termanggu-manggu dengan persoalan yang terbuku di fikirannya Muhammad pun mengikut pekerja tersebut dan di bawa berjumpa dengan ahli sufi Ahmad Abdullah yang tinggal di sebuah rumah besar di tengah-tengah ladang tersebut. Dipendekan cerita Ahmad pun berjumpa dengannya dan menyampaikan salam serta pesan gurunya. Sebagai seorang yang berilmu ahli sufi tersebut sedar akan persoalan yang bermain di fikiran Muhammad. Anda tau tak, apa persoalan yang sedang bermain di fikiran Muhammad. Tau?, tak tau? Sepanjang pengetahuan kita seorang ahli sufi adalah seorang yang zuhud, meninggalkan dunia dan tak mementingkan harta, tapi ahli sufi yang ni, sangat kaya orangnya, jadi macam mana nih.Tak ke bercelaru fikiran di buatnya.

Ahli sufi tersebut menjelaskan, tak salah untuk menjadi kaya, malah dia meletakan harta tersebut di tangan dan bukan di hatinya. Dengan harta tersebut dia boleh membantu orang lain yang memerlukan dan kalau Allah menarik balik harta tersebut tidak menjadi halangan baginya. Harta tersebut adalah milik Allah yang di amanahkan kepadanya sahaja. Muga kita sama-sama dapat pengajaran dari cerita ini.

Sampai jumpa lagi

 

 

Posted in Akademik | Leave a Comment »

Enjoy!, Enjoylah Berpada-pada

Posted by smartz di Ogos 27, 2007

Assalamualaikum. Salam Pertemuan

Pernahkah anda mendengar ungkapan ini ‘Muda hanya sekali, so kita enjoy!’ Benarkah ungkapan itu? Rugilah jika anda mengharapkan dan percaya untuk muda hanya sekali. Matlamat hidup kita sebagai seorang muslim adalah untuk berjaya di dunia serta di akhirat dan selamat dari api neraka. Itulah kejayaan sebenar yang perlu di capai oleh setiap insan. Kalau kita hendak berjaya di akhirat kita perlulah menanam cita-cita untuk muda sekali lagi, kerana hanya orang muda yang akan masuk ke syurga. Benar, Rasulullah saw pernah berseloroh dengan seorang perempuan tua yang perempuan tua tidak boleh masuk surga. Perempuan tua tersebut menjadi sedih. Kemudiannya Rasulullah menerangkan bahawa dia akan menjadi muda semula sebelum masuk ke surga. Barulah perempuan tua itu merasa gembira.

Jadi dalam mengejar cita-cita anda janganlah anda lupa akan matlamat hakiki kita iaitu untuk mendapat kejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat. Dalam meniti kehidupan sebagai pelajar yakinlah dengan usaha, ilmu, keazaman, perancangan dan kesungguhan anda akan berjaya. Percayalah pada kebolehan diri anda. Umumnya anda adalah berjaya jika apa yang anda impikan menjadi kenyataan, semakin banyak matlamat dapat dicapai semakin besarlah tahap kejayaan anda. Masyarakat biasanya menilai individu yang berjaya apabila seseorang itu mencapai kemewahan dan hidup dalam kesenangan. Ada juga yang menilai pelajar sebagai berjaya jika pelajar tersebut berjaya dapat masuk ke universiti. Kalau pelajar tidak berjaya masuk ke universiti, mereka di anggap tidak berjaya dan masyarakat pula jarang sekali menilai kejayaan individu atau pelajar dari segi ketakwaannya. Bersambung..

Sampai Jumpa Lagi

Posted in Akademik | Leave a Comment »

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Posted by smartz di Ogos 27, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Semuga anda senantiasa ceria selalu. Selamat Hari Kemerdekaan di ucapkan kepada seluruh warga Malaysia, tak kira di mana saja anda berada. 4 hari saja lagi. Semuga sempena sambutan hari kemerdekaan ke 50 ini akan membawa lebih kemakmuran dan kebahagiaan untuk kita semua.

merdeka50.gif

 

Sampai jumpa lagi 

 

Posted in Pelbagai | Leave a Comment »

Pelajaran Anda, Fikiran Anda

Posted by smartz di Ogos 21, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Hari ini adalah hari terakhir konvokesyen di UTM. Kepada para graduan tahniah di ucapkan. Bertepatan dengan majlis ini juga adalah waktu cuti bagi para pelajar sekolah dan matrikulasi. Kepada para pelajar, gunakan lah masa yang ada di waktu cuti ini dengan sebaiknya dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah.

Setiap orang dari kita biasanya mempunyai pelbagai tugas yang perlu di laksanakan setiap hari. Sama ada anda jenis orang yang boleh dan mampu untuk melaksanakan pelbagai tugas serentak atau tidak, biasanya terdapat deretan tugas yang sedia menunggu anda untuk diselesaikan dan mesti diselesaikan. Tidak boleh tidak. Bayangkan kertas kerja, tugasan, projek dan lain-lain

Pernah tak berlaku ketika anda sedang melakukan sesuatu tugas, tetiba terfikir di fikiran anda pula tentang suatu tugas lain yang perlu di selesaikan dan otak anda mencadangkan sesuatu. Sedangkan anda sedang khusuk melaksanakan tugas yang sedang dibuat itu dan tak nak menukar tugas sedia ada dengan yang baru iaitu selagi tugas tersebut tidak selesai. Jadi bila perkara seperti itu berlaku, catitlah apa yang anda sedang fikirkan itu. Kalau boleh bawa buku catatan kecil atau simpan di ruang storan yang sesuai. Selepas itu sambung semula kerja sedia ada anda. Kaedah ini sangat sesuai untuk di praktikkan. Ingat anda mudah mempunyai fikiran yang berbagai tetapi sukar untuk membuat tugas yang pelbagai serentak. Kalau tugas seelok-eloknya buatlah berturutan, walaupun ada pepatah yang menyatakan sambil menyelam minum air.

Fikirkan dan bayangkan bagaimana indah dan menakjubkan ciptaan Allah. Bagaimana Ia menjadikan otak yang boleh berfikir secara bawah sedar dan bila kita memandang sesuatu boleh mengingatkan otak kita hingga membuatkan kita terfikir tentang sesuatu perkara. Jika kita memahami bagaimana otak kita bekerja, inshallah kita akan mudah melaksanakan tugas kita. Contohnya buku catatan itulah.

Sampai jumpa lagi

Posted in Akademik | Leave a Comment »

Kenali Diri Anda, Kekuatan Anda

Posted by smartz di Ogos 19, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Bagi menyerlahkan potensi diri anda terutama dari segi pelajaran, anda perlu mengenali siapakah diri anda sebenarnya. Langkah pertama untuk mengenali diri anda adalah dengan berlaku jujur pada diri sendiri. Lihat sejauh manakah pencapaian diri anda setakat ini, apa yang anda nak dalam hidup ini dan apakah matlamat hidup yang anda cari.

Semua orang dilahirkan hebat, cuma kadang-kadang tu kita tidak tahu kehebatan diri kita. Terimalah diri anda seadanya. Sesekali muhasabah lah diri, duduk sekejap dan lihat apakah kelebihan yang anda ada. Kita semua mempunyai identiti tersendiri. Lihatlah apa karekter dan sifat diri anda.  Apa kekuatan anda, kenalilah sifat-sifat positif yang ada dalam diri anda. Adalah sangat penting untuk kita mengenali siapakah diri kita dan ianya tiada kaitan dengan sifat takabbur. Akui kekuatan dan kelebihan anda dan bersyukur dengan segala nikmat yang ada supaya anda akan mempunyai suntikan semangat untuk terus berjuang mengejar cita-cita anda.

Satu perkara lagi yang sering dilakukan oleh ramai orang termasuk saya sendiri dahulu adalah mensabotaj diri sendiri. Kalau orang lain mengandaikan diri anda, begini, begitu. Itu bukanlah masalah yang terlalu besar tetapi kalau anda sendiri yang menganggap diri anda tidak bagus, anda tidak pandai, anda tak berkebolehan dan sebagainya. Itu adalah masalah. Ingatlah anda adalah apa yang anda fikirkan. Bersedialah untuk menerima kelemahan diri dan berlaku jujur untuk mengakui kelemahan diri anda. Buatlah perubahan untuk memperbaikinya dan huraikanlah simpulan negatif yang anda buat terhadap diri anda.
 

Suasana persekitaran juga sebenarnya memainkan peranan dalam membentuk dan mengukur nilai diri anda. Lihatlah keluarga, adik beradik dan hiasan yang anda gunakan dalam rumah atau bilik anda. Ia sebenarnya mengambarkan nilai diri anda. Pejamkan mata dan lihat apa yang anda janjikan untuk diri anda. Lihat 20 tahun akan datang, anda nak jadi apa. Hidup ini adalah untuk dinikmati, jadi buatlah analisa terhadap diri anda, sayangi diri anda dan beri input kepada diri anda. Selaraskan rohani dan jasmani anda dan bertekat yang anda mesti berjaya.

Sampai jumpa lagi 

Posted in Akademik | 9 Comments »

Tangani Stres Anda

Posted by smartz di Ogos 13, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Terdapat berbagai cara untuk menangani masalah stres. Namun begitu untuk menanganinya secara berkesan anda perlu tau apakah punca-punca stres yang ada. Stres boleh wujud disebabkan oleh perhubungan sosial, masalah pekerjaan atau persekitaran yang wujud di sekeliling anda .

Cuba anda bayangkan anda sedang berada di atas pentas berhadapan dengan ramai orang. Apa yang anda rasa, tentu anda merasa stres dan gemuruh bukan. Degupan jantung anda pula berdegup dengan kencangnya dan nafas anda pula pendek. Bagi mengatasi masalah tersebut, gunakan lah teknik pernafasan untuk mengurangkan perasaan stres anda. Gambarkan paru-paru anda di bahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian bawah, pertengahan dan atas. Tutup mata dan bayangkan anda mengisi bahagian bawah paru-paru anda, bayangkan bahagian pertengahan paru-paru pula di isi. Kemudian bayangkan bahagian terakhir iaitu bahagian atas paru-paru anda pula di isi dengan udara. Sekarang agak-agaknya apa yang berlaku kepada anda di atas pentas. Anda tentunya akan merasa lebih tenang kerana bila udara memenuhi ruang pernafasan anda, jantung akan dapat berfungsi dengan lebih baik kerana mendapat udara yang cukup.

Satu lagi kaedah untuk menangani stres ialah menggunakan kaedah kerja atau belajar berkesan. Elakkan dari membuat kerja atau tugasan anda di saat akhir, buat perancangan, senaraikan beban tugas dan buat senarai keutamaan. Bahagi-bahagikan tugas jika sesuai berbuat begitu, percaya kepada kemampuan rakan anda. Buatlah sehabis baik dan sasarkan matlamat yang munasabah. Susun semula masa bila perlu.

Satu lagi teknik yang baik ialah teknik meningkatkan tumpuan. Cuba anda buatkan beberapa gumpalan kertas yang kecil. Dalam jarak tertentu cuba baling dan masukkan gumpalan kertas tersebut ke dalam gelas. Masuk tak, kalau masuk maknanya anda berjaya memberi tumpuan dan otak anda telah mengarahkan tangan anda untuk fokus kepada sasaran yang dikehendaki. Kalau tak berjaya, bagaimana agaknya solat kita? Kalau tidak berjaya sebenarnya dalam solat juga kemungkinan kita tak dapat memberikan tumpuan dan fokus yang sepatutnya. Itu adalah petanda yang kita perlu semak semula solat kita. Ingatlah “Dengan Mengingati Allah Hati Akan Menjadi Tenang”. Fikir-fikirlah.

Sampai jumpa lagi

Posted in Akademik | 40 Comments »

Gelombang Stres

Posted by smartz di Ogos 9, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Rasanya kali ni agak lama saya tak dapat update blog nih, maaf atas kelewatan  tersebut, saya ada kursus sebenarnya. Kursuspun belum habis lagi jadi tak dapatlah nak bercerita lebih panjang. Sebelum ni, saya ada post rajah yang berkaitan dengan stres tersebut. Apa yang anda nampak? Saya sebenarnya berharap juga ada di antara anda yang memberi komen. Yelah kalau ramai yang memandang mungkin kita akan dapat tau kalau-kalau ada di antara anda yang nampak benda yang berbeza dari orang yang lain.  

Kalau anda nampak rajah tersebut tetap sahaja kedudukannya itu tandanya anda tidak stres tetapi kalau anda nampak rajah tersebut bergelombang itu petandanya anda sedang mengalami stres. Cuba anda pandang rajah tersebut di waktu anda sedang relax dan fresh terutamanya di waktu pagi, tentu berbeza keadaannya berbanding sewaktu anda memandangnya di waktu petang atau di waktu anda sedang sibuk dengan aktiviti anda.

 

Satu cara lagi yang biasa di gunakan unutk mengenali semasa anda stres atau pun tidak adalah dengan mengira denyutan nadi anda dalam masa 15 saat, jika denyutan nadi anda berada di antara 60-90 denyutan dalam 60 saat bermakna anda adalah berada dalam keadaan normal tetapi kalau lebih itu tandanya anda stres. Semuga pengetahuan ringkas ini boleh membantu anda dan saya dalam menghadapi cabaran dalam kehidupan seharian.

Sampai jumpa lagi 

Posted in Akademik | Leave a Comment »

Stresskah Aku Nih?

Posted by smartz di Ogos 2, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Ingat tak dalam post saya yang lalu, saya pernah bercerita adalah baik untuk anda merasa stress dalam sesuatu semester, kalau anda rasa stress,  itu petandanya yang result anda akan naik tetapi kalau anda rasa biasa-biasa aje, jaga-jagalah itu petandanya result anda akan jatuh. Kali ini saya akan cuba bercerita serba sedikit tentang topik ini, apa dia stres, macam mana anda nak tau yang anda sedang stress dan macam mana nak menanganinya.

Ok apa tu stress. Stres adalah satu bentuk tekanan atau rangsangan atau tuntutan situasi yang dilakukan oleh persekitaran yang boleh membawa kepada sesuatu perubahan kepada diri dan kehidupan anda. Ia boleh berlaku secara negatif ataupun secara positif bergantung kepada cara penerimaan anda. Sekiranya anda melihat stres sebagai satu cabaran ianya boleh meningkatkan potensi diri dan menaikkan produktiviti anda. Dalam kes anda sebagai pelajar, jika dengan banyaknya tugasan yang diterima menyebabkan anda rasa tercabar dan merasa perlu sentiasa bersedia dan berusaha, maka anda akan mencuba, mengatasi segala rintangan dan halangan dalam proses untuk menyiapkan tugasan anda seperti berjaga malam, mencari bahan dan sebagainya tetapi kalau anda menerimanya secara negatif, maka mungkin anda akan menjadi murung, tidak selesa, cepat naik marah dan sebagainya.  

 gam1.gif

Macam mana anda nak tau yang anda sedang stres. Cuba anda lihat rajah diatas apa yang anda rasa atau nampak?  

Sampai jumpa lagi 

Posted in Akademik | Leave a Comment »