Kenapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing

Ketahui Bagaimana Cara Mengatasinya

Trojan, Dikau Datang Membawa Hikmah

Posted by smartz di September 4, 2007

Assalamualaikum. Salam Pertemuan

Hai leganya dapat bersama anda semula setelah beberapa hari yang sibuk, tambahan pula komputer saya pula telah di serang Trojan dan Brontok menyebabkan saya sukar untuk ke jaringan bertemu dengan anda.

Bila difikirkan setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya sebab kita kengkadang mengambil mudah tentang sesuatu perkara. Bila ianya telah hilang dari pegangan kita barulah kita akan merasai betapa bernilainya apa yang kita ada dan telah di anugerahkan oleh Allah kepada kita.

Bila berlaku perkara yang tidak kita ingini hendaklah kita bersabar dan yakin yang kita akan berjaya mengatasinya. Bisikkan pada diri yang kita boleh dan hendaklah kita sentiasa berfikiran positif. Jangan sekali-kali kita mengkritik dan merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah “Aku sebenarnya…bla bla bla” (perkara yang elok-elok aje). Selain berfikiran positif kita juga di galakkan untuk mensucikan hati dan kata Dr Haji Fadhillah Kamsah iaitu melalui program minda atau mencuci minda. Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, dan katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi kata Dr Haji Fadhillah Kamsah lagi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya

Sampai Jumpa Lagi

3 Respons to “Trojan, Dikau Datang Membawa Hikmah”

  1. shueqry said

    Assalamualaikum,

    benar, disebalik masalah, ada rahmat yang tersembunyi dan yang tersirat. Saya juga baru terlepas dari masalah ..

    syukur alhamdulillah, saya diberi petunjuk olehnya ..

    – Shueqry –

  2. smartz said

    Waalaikumusalam waromatullah

    Terima kasih shueqry. Betul tu.

  3. mrbambang said

    Assalamualaikum..
    Salah satu hikmahnya, jika mendapat trojan, virus dan segala macamnya membuat kita menjadi semakin lebih berhati-hati dalam menggunakan komputer.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s