Kenapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing

Ketahui Bagaimana Cara Mengatasinya

Inilah Jalannya Inilah Caranya

Posted by smartz di September 6, 2007

Assalamualaikum. Salam Pertemuan

Saya telah menyemak post-post saya yang lalu dan saya dapati terdapat beberapa perkara yang kurang jelas dalam penerangan saya sebelum ini. Saya akan cuba menerangkannya semula. Saya nak tanya, jika anda nak keluar sebagai graduan dari universiti nanti graduan macam mana yang anda inginkan? Tentulah graduan yang membolehkan anda disenaraikan dalam senarai pendek calun-calun yang akan di panggil untuk di temudugakan (kalau anda nak makan gaji la, kalau nak kerja sendiri pun apa salahnya dapat membanggakan orang tua anda kan! ). Itu yang paling utama, kalau anda mempunyai keterampilan dan petah berkata-kata sekalipun tetapi kalau anda tidak berjaya tersenarai dalam senarai pendek tu, tak akan berguna sebab anda tidak ada peluang untuk menunjukkan kebolehan diri anda pun.

Sebagaimana kata saya dahulu anda perlu mensasarkan supaya pngk anda mencapai sekurang-kurangnya 3.00 (Ingat! Anda perlu mensasarkan pngk 4.00 sebab pngk 3.00 tu hanya bertujuan untuk memudahkan saya membuat penerangan sahaja). Agak-agak anda berapa png yang anda perlu sasarkan untuk membolehkan anda mendapat pngk 3.00? Betul, anda perlu mendapatkan png 3.00 bagi setiap semester anda tak kira berapa banyak subjek atau berapa banyak kredit yang anda bawa pada sesuatu semester tersebut. Ok sekarang saya nak tanya lagi, kalau anda nak dapat png sebanyak 3.00 agak-agaknya berapa matanilai yang anda perlu dapat bagi setiap subjek yang anda ambil? Jangan lupa! semak pengredan universiti anda. Bagi mendapatkan png 3.00 anda perlu mendapatkan matanilai 3.00 bagi setiap subjek yang anda ambil. Kalau matanilai 3.00 dan mengikut jadual universiti anda berapa markah yang perlu anda dapatkan bagi setiap subjek? Contohnya bagi pelajar UTM untuk mendapat matanilai 3.00 anda perlu mendapatkan markah diantara 65-69 dan bermaksud anda akan mendapat gred B bagi subjek anda. Susah ke nak dapat markah 65 tu? Macam mana nak dapat yek?

Sampai Jumpa Lagi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s