Kenapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing

Ketahui Bagaimana Cara Mengatasinya

Markah Oo Markah

Posted by smartz di September 11, 2007

Assalamualaikum. Salam Pertemuan

Saya harap penjelasan saya sebelum ini boleh membantu anda untuk memahami apakah sasaran png dan pngk yang perlu anda sasarkan sebagai pelajar untuk membolehkan anda keluar sebagai graduan yang berjaya. Kali ini saya akan cuba untuk menerangkan tentang sasaran markah yang perlu anda dapatkan. Anda tahu kan untuk membolehkan anda mendapat matanilai 3.00 anda perlu memperolehi markah sekurang-kurannya sebanyak 65 markah bagi setiap subjek yang anda ambil. Bagaimana anda nak dapat markah ni.

Bagi setiap subjek biasanya terdapat bab-bab tertentu yang perlu di selesaikan. Katalah dalam satu subjek tu ada 10 bab. Pastikan anda tahu bagaimana pensyarah anda membuat penilaian terhadap subjek tersebut. Caranya mungkin berbeza-beza mengikut subjek yang di ajar dan oleh berlainan pensyarah. Pastikan anda tahu ujian satu datang dari bab mana. Mungkin pensyarah menetapkan bab 1-4 untuk ujian 1, bab 5-8 untuk ujian 2, bab 4-10 untuk peperiksaan pertengahan semester, bab 5-10 untuk peperiksaan akhir, penetapan kuiz dan sebagainya. Dapatkan maklumat tersebut dari pensyarah anda. Kalau anda dapat berbuat begitu tumpuan anda akan lebih fokus dan skop pembelajaran akan lebih kecil. Tentunya ini akan dapat membantu meningkatkan prestasi pemarkahan anda.

 

Setelah anda tahu bagaimana pembahagian tersebut dibuat anda juga perlu tahu apakah markah terkumpul anda sebelum peperiksaan akhir bermula. Bagi setiap universiti terdapat kaedah penilaian yang di tentukan bagi subjeknya. Contohnya pembahagian tersebut mungkin 50% kerja kursus dan 50% peperiksaan akhir. Kalau sebelum peperiksaan akhir markah terkumpul anda ialah  40 berapakah lagi markah yang anda perlu dapatkan semasa peperiksaan akhir. Tentulah 25 markah lagi untuk membolehkan anda mendapat 65 markah keseluruhannya. Tapi saya percaya kalau anda bersedia seperti ini saya percaya dan inshallah anda akan dapat lebih dari ini.

Sampai Jumpa Lagi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s