Kenapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing

Ketahui Bagaimana Cara Mengatasinya

Rumah Allah Ke? Atau Rumah Ilmu?

Posted by smartz di September 19, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Suatu malam di bulan Ramadhan, di suatu bilik kuliah di sebuah universiti. Seorang pensyarah sedang duduk, termanggu menanti pelajarnya yang belum sampai-sampai. Seorang-sorang masuk ke dalam bilik kuliah. Dah 20 minit berlalu, bilik yang boleh menempatkan 60 orang tu hanya tak sampai separuh aje yang penuh. Kelibat yang lain masih tidak kelihatan. Nak buat macam mana terpaksalah mulakan pengajian.

Pensyarah : Mana perginya kawan-kawan kamu ni?
Pelajar : Dia orang ke masjid puan.
Pensyarah : Masjid!
Pelajar : Sembahyang terawih, puan!
Pensyarah : Oh, gitu. Katanya dengan agak kesal.

Cuba anda lihat senario di atas, sebagai pelajar agak-agaknya anda akan pilih yang mana satu ke rumah Allah iaitu masjid untuk solat ke atau ke bilik kuliah untuk belajar. Ok dah buat pilihan? Tak pasti nak pilih yang mana?

Baiklah, pada suatu ketika pernah Nabi Muhammad SAW berada di antara dua majlis, satu majlis zikir dan satu lagi majlis ilmu dan nabi memilih untuk berada bersama-sama dengan maljis ilmu. Sabdanya kedua-dua majlis ini baik tetapi berada di majlis ilmu itu adalah lebih afdal. Jadi bagaimana fikiran anda dah buat keputusan. Lagipun kuliah yang dijalankan biasanya bukanlah lama sangat, selepas kuliah selesai anda masih lagi boleh sembahyang terawih bersendirian atau berjamaah bersama kawan-kawan. Selain dari itu, sebagai pelajar kita juga perlu menghormati guru, tak gitu?

Sampai jumpa lagi

Satu Respons to “Rumah Allah Ke? Atau Rumah Ilmu?”

  1. abufaris said

    Menuntut ilmu itu wajib tetapi ramai yang tak faham sebab tak mau ke masjid atau surau untuk belajar tentang Islam. Contohnya pada hari Jumaat, ada masjid yang menganjurkan tazkirah sebelum solat Jumaat. Lebih afdal untuk mendengar tazkirah dari mengerjakan solat sunat tahiyat masjid.

    Dari satu sudut pula, menteri2 kita pulak melarang tazkirah pada bulan Ramadhan dengan alasan mengganggu orang ramai nak solat tarawikh. Begitu jahilnya menteri2 di Malaysia ni. Nak beribadah kenalah ada ilmu supaya ibadah tu sempurna barulah ibadah diterima Allah. Kalau tidak sia-sia je bukannya dapat pahala tapi dapat dosa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s