Kenapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing

Ketahui Bagaimana Cara Mengatasinya

Lebaran Ini Janganlah Membuat Dosa

Posted by smartz di Oktober 10, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Malam ini adalah malam 29 Ramadan dan Ramadan kian meninggalkan kita. Detik demi detik. Adakah Allah akan memberi kita kesempatan untuk menemui Ramadan tahun hadapan, hanya Allah yang boleh menentukannya. Keadaan di kampus UTM juga telah mula lengang, warga kampus samada pelajar mahupun staf masing-masing telah mula pergi dan pulang menuju kampong halaman masing-masing. Untuk sekian kalinya kita akan bercuti dan suasana kampong mula mengamit memori. Bagi yang akan atau sedang dalam perjalanan, berhati-hatilah di jalan raya dan semuga selamat sampai ke destinasi yang dituju. Sempena cuti ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada anda semua dan maaf zahir batin jika ada terkhilaf dan terkasar bahasa . Saya juga akan pulang kekampung menemui ayah dan bonda tercinta. Selamat beberapa hari tersebut blog ini akan bercuti rehat buat seketika sehinggalah saya kembali semula ke sini pada 22 hb Oktober nanti. Selamat Hari Raya.    

Mendayu suara meniti angkasa
Alunan takbir mengulit pagi
Insan tersenyum tanda gembira
Lebaran mulia menjelma lagi, kali ini

( 1 )
Di hari lebaran mulia ini
Jangan pula membuat dosa
Begitulah hakikatnya hari raya
Bergembira tanpa melupakannya, Allah Yang Esa

Indah suasana dalam senyuman
Seluruh alam turut raikan
Mengucapkan syukur pada Tuhan
Atas nikmat yang datang, limpahannya woo..oh..

( korus )
Ikhlaskan hati mohon kemaafan
Leburlah dosa di tapak tangan
Lupakan segala silap dan salah
Insan bersatu membina ummah uh.. uh..

( ulang dari 1 )

 

Sekian. Sampai jumpa lagi

 

2 Respons to “Lebaran Ini Janganlah Membuat Dosa”

  1. Admin said

    Can I copy this lyric to send to my colleagues?🙂

  2. smartz said

    Of course you can, the lyric not mine either

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s