Kenapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing

Ketahui Bagaimana Cara Mengatasinya

Gred Oh Gred Jangan Abaikan Kepentingannya

Posted by smartz di Oktober 23, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Bertemu kita kembali setelah cuti rehat yang panjang, berhari raya bersama keluarga tercinta. Apa khabar anda semua di luar sana.

Sebelum ini saya telah terangkan tentang sistem gred. Bentuk sistem gred yang ada bagi setiap universiti adalah berbeza-beza. Contohnya 80-100 markah sama dengan gred A dan mempunyai matanilai 4.00.  Kali ini saya ingin bercerita tentang gred berabjad pula. Gred berabjad ini nampak macam tak ada apa-apa kegunaannya tetapi kalau anda tahu kebaikannya anda pasti akan menggunakannya.

Gred TD bermaksud Tarikh Diri matapelajaran/subjek/kursus (dipanggil berbeza-beza antara universiti). Jika anda dapati pada penghujung sesuatu semester anda rasa mungkin tidak boleh membawa subjek tersebut dan anda rasa kalau anda ambil juga peperiksaan untuk subjek tersebut anda akan gagal, maka saya nasihatkan anda TD dari subjek tersebut. Bila anda menarik diri, kredit subjek yang anda TD tersebut tidak akan dikira dalam pengiraan kredit kira, png dan pngk anda. Jika anda tidak TD dan jika keputusan anda bagi subjek tersebut rendah ia akan menjatuhkan nilai png dan pngk anda. Jika universiti anda tidak mengamalkan konsep kredit mansuh ia akan tambah menjatuhkan lagi png dan pngk anda tanpa ada peluang untuk menebusnya semula.

Gred TS bermaksud Tidak Selesai Kerana Sakit. Bagi anda yang sakit pastikan anda memberi tahu pentadbir dan pensyarah anda dengan cepat supaya tindakan dan persediaan yang sesuai boleh diambil untuk membantu anda. Bagi pelajar yang sakit dan tidak dapat menghadiri peperiksaan anda boleh menduduki peperiksaan khas sebagai ganti kepada peperiksaan akhir yang tidak dapat anda hadiri.

Gred HL atau HG. Bagi subjek yang bertaraf HW iaitu Hadir Wajib. Terdapat kekeliruan yang selalu berlaku di kalangan mahasiswa dimana, bila mereka nampak Hadir Wajib, semua subjek akan didaftarkan dengan HW. Dah namanya wajib hadir, semua subjek didaftarkan dengan HW. Salah tu. Pastikan anda mendaftar dengan betul. Bagi subjek yang lulus gred HL akan diberikan, kredit subjek yang anda ambil akan dikira dalam pengiraan kredit dapat tetapi tidak dikira dalam pengiraan png dan pngk anda. Bagi subjek yang gagal pula gred HG akan diberikan dan tidak dikira dalam pengiraan kredit dapat, png dan pngk anda. Anda perlu mengulang semula subjek ini.

Seperkara lagi, terdapat juga sesetengah subjek yang mempunyai gred lulus berbeza. Kebiasaannya gred minimum lulus subjek adalah D tetapi terdapat juga  subjek yang mempunyai gred minimum lulus B atau C+. Jadi pastikan apakah gred minimum lulus bagi setiap subjek yang anda ambil supaya anda tidak hilang pertimbangan. Semuga maklumat ini boleh membantu.

Sampai jumpa lagi   

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s