Kenapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing

Ketahui Bagaimana Cara Mengatasinya

Archive for November 2007

Impian Anda Setinggi Gunung, Kaki Masih Jejak Dibumi

Posted by smartz di November 27, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Bertemu kembali. Bagi merealisasikan cita-cita anda, anda perlu mensasarkan impian setinggi gunung, maksudnya anda jangan hanya impikan untuk mendapat A bagi sesuatu subjek sahaja tetapi impikanlah contohnya menjadi ahli penyelidik yang akan menghasilkan alatan berteknologi tinggi contohnya boleh mengesan makanan yang tidak halal atau memiliki kenderaan pengangkat tanah yang banyak, bukan sebagai pemandunya tetapi sebagai  tuan punyanya yang memiliki syarikat yang besar. Tidak ada ruginya jika anda mengimpikan kejayaan-kejayaan seperti itu. Kalau anda berjaya alhamdulillah kerana anda akan berjaya menembangkan dan nampak potensi diri anda dan kalau anda gagal anda masih lagi berjaya kerana kegagalan akan membentuk peribadi dan akan menjadikan diri anda lebih tabah dan anda akan belajar dari kesilapan lalu. Jangan takut untuk meletakkan sasaran yang tinggi, apa ruginya jika anda tidak dapat melaksanakan dan meletakan sasaran yang besar. Apa untungnya jika anda meletakan sasaran yang kecil yang jika berhasil pun nilainya juga akan menjadi kecil. Biarlah anda meletakan sasaran yang besar kerana manusia yang hebat adalah manusia yang melakukan dan mempunyai cita-cita yang hebat juga.

Biar apapun cita-cita anda tersebut jangan pula anda lupa dengan tanggungjawab anda sebagai khalifah Allah. Berusahalah dan selepas anda berusaha tersebut jangan lupa berdoa dan bertawakal. Ingatlah pelajaran adalah sebahagian dari ibadah dan ikhlaskan hati anda belajar kerana Allah dan jangan sesekali anda lupa dengan asal usul anda bila telah berjaya nanti.

 Sampai jumpa lagi 

Advertisements

Posted in Akademik | 1 Comment »

Sasaran Anda Nampak Dimata Kesungguhan Anda Ternampak Nyata

Posted by smartz di November 26, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Bertemu kembali. Kenapa anda gagal, kenapa orang lain boleh cemerlang, adakah kerana mereka lebih pandai dari anda atau semestinya mereka lebih bijak dari anda.  Untuk berjaya anda perlu mempunyai matlamat dan sasaran yang jelas. Anda perlu tahu berapa A yang anda anda sasarkan atau berapa peratus markah setiap subjek yang anda mahukan. Anda perlu percaya yang anda mampu untuk terus cemerlang, bersedia untuk melakukan yang terbaik dan berkorban untuk terus cemerlang.

Amin adalah seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta. Pencapaiannya sederhana sahaja. Dalam bilik kuliah bagi subjek matematik yang diikutinya semester ini terdapat seramai 35 orang pelajar dan rata-ratanya adalah pelajar-pelajar cina dan india. Pelajar melayu hanya ada beberapa kerat sahaja. Setiap kali kuiz di adakan dia mendapat markah yang paling corot antara rakan sekuliahnya. Dia tidak pernah terfikir yang dia akan mendapat markah lebih baik dari itu kerana alasannya pelajar bukan islam terutama pelajar Cina adalah lebih rajin dan lebih bijak berbanding dirinya.

Suatu hari dia terfikir, sampai bila dia nak jadi begitu, kalau dia tidak berubah tentu dia akan gagal selamanya. Jadi mulai saat itu dia mula meletakan sasaran untuk membuat persediaan menghadapi peperiksaan selanjutnya. Dia mensasarkan untuk membuat sebanyak yang boleh latihan (50 soalan latih tubi sehari) berdasarkan buku-buku rujukan yang ada. Dia juga mula meminjam buku di perpustakaan dan memastikan semua latihan yang ada di selesaikan. Jika dia menghadapi masalah dalam memahami soalan tersebut dia akan bertanya pada pensyarah atau kawan-kawan sekuliahnya. 

Agak-agak anda apa yang berlaku seterusnya. Dengan kesungguhan dan sikap konsisten yang dilakukan oleh Amin, dia akhirnya mendapat keputusan A bagi subjek tersebut dan keputusannya juga mengalahkan semua kawan-kawan sekuliahnya yang lain. Kejayaan ini membuka lembaran baru dalam hidup Amin, sekiranya dia tidak meletakan matlamat yang jelas tentulah dia tidak akan dapat mencapai impiannya. Dengan merubah persepsi dirinya dan seterusnya melakukan perubahan dan mengambil jalan yang berbeza dengan yang biasa dilakukannya akhirnya dia berjaya. Gembira mendengarnya, anda bagaimana pula, dah bersediakah anda?

Sampai jumpa lagi 

  

Posted in Akademik | 2 Comments »

Di Suatu Sudut Di Sudut Hati

Posted by smartz di November 15, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

 

Bertemu kembali. Disuatu sudut seorang pemuda A sedang duduk termenung, Gelagatnyanya diperhatikan oleh seseorang dengan penuh minat. Setelah beberapa lama pemuda tersebut dihampirinya. Whats up ada masalah ke? Tanya pelajar tersebut. Saya pelajar senior di sini, saya perhatikan dari tadi, kamu nampak macam ada masalah aje. Kalau rasa nak cite saya boleh mendengarnya, itu pun kalau boleh membantu la. “Entah lah”, balas pemuda A tersebut. Suaranya sayup kedengaran. Tenggelam dalam pemikirannya sendiri. Setelah agak lama barulah ia bersuara.  “Saya risaulah pelajaran saya dari sehari ke sehari semakin merosot, susah betul nak faham apa yang pensyarah ajar. Lembab betul otak saya ni, nak mengingat pun susah. Bukan nya saya tak belajar, saya belajar macam orang lain jugak tapi tak tau la, bila kuar keputusan cam tu jugak.” Oh gitu, “jangan berputus asa, mngkin cara anda belajar  yang perlu di nilai semula”. Kalau kamu nak kita boleh belajar sama-sama mungkin, sesuatu boleh dibuat untuk kebaikan kita bersama. Cam mana kita pergi ke library hari ni, jum! Ok! Sahut pemuda itu.

 

Jika ada masalah dan masalah tersebut tidak boleh anda selesaikan, jangan pendam sendirian, masalah tak kiralah apa masalah, kalau tidak di tangani akan memberi kesan kepada pelajaran anda. Luahkanlah pada kawan ke atau pada pensyarah anda ke atau pada kaunselor. Semasa pemikiran yang buntu masalah tu mungkin nampak macam terlalu besar tetapi kalau anda luahkan pada kengkawan mungkin simple aje penyelesaiannya. Jadi jangan simpan masalah anda lama-lama.   

 
Sampai jumpa lagi 

Posted in Akademik | 6 Comments »

Nilai Diri Kawan Anda Terimalah Seadanya

Posted by smartz di November 5, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Bertemu kembali. Disuatu kelas seorang pensyarah sedang berbual bersama sekumpulan pelajar baru. Bacalah kisah perbualan mereka.

Pensyarah : Sekarang ni dah seminggu kamu berada di sini, macam mana dengan pengalaman kamu selama berada disini.

Mahasiswa 1 : Seronok puan, banyak pengetahuan baru kami dapat tapi penat pun boleh tahan lah.

Pensyarah : Oh begitu, bagus lah. Kamu pula macam mana. (sambil matanya tertumpu pada seorang mahasiswa lain)

Mahasiswa 2 : Letih lah puan, tak cukup tidur. Dah beberapa hari ni saya tak boleh tidur.

Pensyarah : Tak boleh tidur, rasanya aktiviti malam tak la terlalu lewat. Teringat orang di kampong ke!

Mahasiswa 2 : Tak lah. Saya biasanya suka tidur dengan lampu terpasang dan kawan sebilik saya pula malangnya suka tidur bergelap. Masa malam pertama kami sampai di sini tu saya dah tertidur tapi kemudiannya ditengah malam saya terjaga kerana keadaan bilik yang gelap. Saya pun pasang lampu dan tidur semula. Beberapa jam kemudian saya terjaga lagi kerana gelap dan saya pasang lampu semula. Begitulah sampai ke pagi. Jadi mengantuknya!

Pensyarah : Kamu tak bincang ke dengan dia.

Mahasiswa 2 : Mulanya tak juga, sebab tak berapa kenal tapi lama kelamaan kami bincang juga sebab dah tak tahan. Hari-hari macam tu.

Pensyarah : Kesiannya. Jadi apa keputusan yang kamu buat.

Mahasiswa 2 : Kami terpaksa menyesuaikan diri. Malam ni kami tidur dengan lampu terpasang, malam esok kami tidur dengan lampu bergelap. Begitulah bergilir-gilir. Terpaksalah, ni yang mengantuk ni.

Begitulah, kehidupan di kampus, sebagai mahasiswa anda perlu belajar banyak perkara. Kehidupan di universiti bukan hanya berkaitan dengan mengulangkaji pelajaran sahaja tetapi juga merangkumi pergaulan, kepimpinan, komunikasi dan bagaimana anda perlu membawa diri anda untuk menyesuaikan diri anda dengan kehidupan yang berjauhan dari keluaga. Anda tidak boleh memaksa nilai diri anda keatas orang lain dan begitu juga rakan anda tidak boleh memaksakan nilai diri mereka ke atas diri anda. Apa yang penting anda perlu pandai menyesuaikan diri dan bersedia untuk melakukan perubahan. Bukankah hidup kita perlu sentiasa berubah?

Sampai jumpa lagi

Posted in Akademik | Leave a Comment »