Kenapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing

Ketahui Bagaimana Cara Mengatasinya

Di Suatu Sudut Di Sudut Hati

Posted by smartz di November 15, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

 

Bertemu kembali. Disuatu sudut seorang pemuda A sedang duduk termenung, Gelagatnyanya diperhatikan oleh seseorang dengan penuh minat. Setelah beberapa lama pemuda tersebut dihampirinya. Whats up ada masalah ke? Tanya pelajar tersebut. Saya pelajar senior di sini, saya perhatikan dari tadi, kamu nampak macam ada masalah aje. Kalau rasa nak cite saya boleh mendengarnya, itu pun kalau boleh membantu la. “Entah lah”, balas pemuda A tersebut. Suaranya sayup kedengaran. Tenggelam dalam pemikirannya sendiri. Setelah agak lama barulah ia bersuara.  “Saya risaulah pelajaran saya dari sehari ke sehari semakin merosot, susah betul nak faham apa yang pensyarah ajar. Lembab betul otak saya ni, nak mengingat pun susah. Bukan nya saya tak belajar, saya belajar macam orang lain jugak tapi tak tau la, bila kuar keputusan cam tu jugak.” Oh gitu, “jangan berputus asa, mngkin cara anda belajar  yang perlu di nilai semula”. Kalau kamu nak kita boleh belajar sama-sama mungkin, sesuatu boleh dibuat untuk kebaikan kita bersama. Cam mana kita pergi ke library hari ni, jum! Ok! Sahut pemuda itu.

 

Jika ada masalah dan masalah tersebut tidak boleh anda selesaikan, jangan pendam sendirian, masalah tak kiralah apa masalah, kalau tidak di tangani akan memberi kesan kepada pelajaran anda. Luahkanlah pada kawan ke atau pada pensyarah anda ke atau pada kaunselor. Semasa pemikiran yang buntu masalah tu mungkin nampak macam terlalu besar tetapi kalau anda luahkan pada kengkawan mungkin simple aje penyelesaiannya. Jadi jangan simpan masalah anda lama-lama.   

 
Sampai jumpa lagi 

6 Respons to “Di Suatu Sudut Di Sudut Hati”

  1. Saya baru terjumpa blog ini. Hmm, direct to the point topik blog “Kenapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing”

    Saya ada satu jawapan mudah :

    BENCHMARK YANG SALAH/RENDAH.

    Pelajar bangsa lain, benchmark dengan rakan-rakan mereka yang cemerlang, termasuk rakan-rakan yang belajar di luar negara. Jadi mereka tidak akan berpuas hati selagi mereka belum mencapai tahap seperti rakan-rakan mereka yang cemerlang itu.

    Pelajar Melayu, letak petanda pencapaian kepada rakan-rakan mereka yang lebih teruk pencapaian. Jadi kita sering dengar istilah/alasan
    “Result aku ni kira OK-lah, member-member sekuliah akau yang lain semuanya kantoi”
    “Student subjek nie semester lepas cuma 10 orang lulus, yang lain semua fail, jadi dapat C ni hebat lah”
    “Woi, best student tahun lepas pun takat dapat B+ saja subjek nie, tu pun dia studi macam nak mati untuk subjek ni, kalau aku boleh dapat B- pun jadi lah”

    Salam,
    Fitri Shukri
    http://fitrishukri.blogspot.com

  2. etomyam said

    aiik, pasai ape mybloglog avatar keluar name betul plak ni? kantoi la pulak. Lama tak jumpa Salimonz, Anyway regarding the entry above. Cara menangani masalah setiap individu adalah berbeza dan subjektif. Ada insan yg meluahkan masalah melalui kaedah lain spt menyanyi, bertempik, meraung dsb, ada pula mengambil pendekatan kerohanian spt lebih banyak bersolat dan berdoa, manakala ada juga insan yg rasa masalah itu bukan masalah bagi dirinya, jenis yg tak kisahlah beb.

    Setiap sesuatu perlu ada had, itulah ketentuan yg telah ditetapkan oleh Allah, begitu juga kes dengan pelajar di atas, otak dia tak lembap, kalau lembab tentu semua pergerakan badannya akan terganggu dan dia tidak mungkin memasuki alam pengajian yang lebih tinggi selain dari sekolah rendah, Berita semalam, bagaimana pelajar 12 tahun membunuh diri kerana gagal mendapat A dalam UPSR…satu keadaan di mana kegusaran, kekecewaan dan putus asa yang terlampau dituruti menyebabkan hilang kawarasan fikiran.

    huih ni nak komen ke nak tulis post ni? chow lah.

  3. smartz said

    Betul tu, fitri, pelajar melayu selalu meletakan benchmark/nilai pencapaian diri mereka pada tahap yang rendah berbanding dengan pelajar cina, contohnya ada satu kes tu pelajar cina tersebut dapat A- tapi nak bunuh diri dengan cuba nak terjun dari bangunan asrama mereka setinggi 4 tingkat.Pada dia A- tu rendah sebab kawan-kawan dia semua dapat A

    Tu lah silapnya pelajar melayu kita, bahayanya hidup mereka bukan kerana sasaran mereka terlalu tinggi dan mereka tidak dapat mencapainya tetapi adalah kerana sasaran mereka terlalu rendah dan mereka mencapainya hingga menyebabkan mereka menjadi selesa dan cepat berpuashati

  4. Juliana said

    Saya rasa faktor yang paling penting ialah usaha. Pelajar cina, usaha mereka 10X pelajar melayu. Itulah penentu kejayaan diorang. Masa saya di kelas persediaan pelajar luar negara, pelajar cina masih lagi mengambil peluang untuk study semasa makan tengah hari. Pendek kata mereka membaca sambil makan.

    Kalau ikutkan sasaran, saya pun mempunyai sasaran yang tinggi. Tetapi motivasi dan usaha untuk mencapainya agak kurang. Mungkin kerana mereka sudah terbiasa dengan cara didikan dirumah yang menekankan untuk study membuatkan mereka dapat usaha dengan amat keras sekali. Dan sekali semasa dua tahun persedian tersebut, saya dapat duduk sebilik dengan seorang pelajar cina. Hari minggu, saya lihat teman sebilik saya sudah start study pada pukul 8.00 am. Saya masuk tidur balik, pukul 1.00 pm saya bangun untuk lunch, dia masih lagi study.

    Kalau nak dikirakan masa, memang usaha dia 10X daripada usaha saya, seorang pelajar melayu. Sekarang saya dah pun tahun ke tiga di Penn State University. Memang sikapp pelajar cina dimana pun sama. Usaha keras rajin dan ulat buku. Tak hairanlah ramai mereka dapat honor students, dean lists dll. Dulu saya ingat, cina malaysia sahaja yang pandai2 dan suka study. Tapi cina tanah besar pun sama jugak. Saya amat suka sekali kalu dapat ikut cara mereka belajar. Tapi amat susah dan tidak mampu. Tapi saya akan cuba untuk sem depan.

  5. web design said

    aku sependapat dengan julaina

  6. aku sependapat dengan julaina smartz

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s