Kenapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing

Ketahui Bagaimana Cara Mengatasinya

Sasaran Anda Nampak Dimata Kesungguhan Anda Ternampak Nyata

Posted by smartz di November 26, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Bertemu kembali. Kenapa anda gagal, kenapa orang lain boleh cemerlang, adakah kerana mereka lebih pandai dari anda atau semestinya mereka lebih bijak dari anda.  Untuk berjaya anda perlu mempunyai matlamat dan sasaran yang jelas. Anda perlu tahu berapa A yang anda anda sasarkan atau berapa peratus markah setiap subjek yang anda mahukan. Anda perlu percaya yang anda mampu untuk terus cemerlang, bersedia untuk melakukan yang terbaik dan berkorban untuk terus cemerlang.

Amin adalah seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta. Pencapaiannya sederhana sahaja. Dalam bilik kuliah bagi subjek matematik yang diikutinya semester ini terdapat seramai 35 orang pelajar dan rata-ratanya adalah pelajar-pelajar cina dan india. Pelajar melayu hanya ada beberapa kerat sahaja. Setiap kali kuiz di adakan dia mendapat markah yang paling corot antara rakan sekuliahnya. Dia tidak pernah terfikir yang dia akan mendapat markah lebih baik dari itu kerana alasannya pelajar bukan islam terutama pelajar Cina adalah lebih rajin dan lebih bijak berbanding dirinya.

Suatu hari dia terfikir, sampai bila dia nak jadi begitu, kalau dia tidak berubah tentu dia akan gagal selamanya. Jadi mulai saat itu dia mula meletakan sasaran untuk membuat persediaan menghadapi peperiksaan selanjutnya. Dia mensasarkan untuk membuat sebanyak yang boleh latihan (50 soalan latih tubi sehari) berdasarkan buku-buku rujukan yang ada. Dia juga mula meminjam buku di perpustakaan dan memastikan semua latihan yang ada di selesaikan. Jika dia menghadapi masalah dalam memahami soalan tersebut dia akan bertanya pada pensyarah atau kawan-kawan sekuliahnya. 

Agak-agak anda apa yang berlaku seterusnya. Dengan kesungguhan dan sikap konsisten yang dilakukan oleh Amin, dia akhirnya mendapat keputusan A bagi subjek tersebut dan keputusannya juga mengalahkan semua kawan-kawan sekuliahnya yang lain. Kejayaan ini membuka lembaran baru dalam hidup Amin, sekiranya dia tidak meletakan matlamat yang jelas tentulah dia tidak akan dapat mencapai impiannya. Dengan merubah persepsi dirinya dan seterusnya melakukan perubahan dan mengambil jalan yang berbeza dengan yang biasa dilakukannya akhirnya dia berjaya. Gembira mendengarnya, anda bagaimana pula, dah bersediakah anda?

Sampai jumpa lagi 

  

2 Respons to “Sasaran Anda Nampak Dimata Kesungguhan Anda Ternampak Nyata”

  1. Aizat said

    Memang betul banyak buat latihan boleh membantu kita menuju kejayaan.

    Jadi, kita mesti RAJIN untuk buat latihan.

    Terima kasih kerana motivasi yang sangat baik.

  2. Nak buat latihan kena ada disiplin. Untuk disiplin berterusan, perlu ada matlamat dan visi yang jelas dan kuat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s