Kenapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing

Ketahui Bagaimana Cara Mengatasinya

Archive for Disember 2007

Titik Kemahiran Anda Berusahalah Untuk Mendapatkannya

Posted by smartz di Disember 26, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Bertemu kembali. Apabila anda hendak mempelajari sesuatu perkara titik penguasaan anda akan bermula dari kosong. Ianya akan bertambah berbanding dengan masa, semakin lama anda mempelajarinya titik penguasaan anda akan bertambah dan akhirnya anda akan mencapai titik kemahiran. Bila anda ingin memperlajari sesuatu yang baru, titik penguasaan anda akan bermula dari kosong semula dan begitu lah seterusnya. Cuba anda lihat titik di bawah. Ianya dipanggil ujian prasangka

 titik1

Cuba anda sambungkan titik tersebut dengan 4 garis lurus dengan syarat pen anda tidak boleh diangkat sebelum semua titik tersebut disambung. Garisan yang sama tidak boleh  dibuat lebih dari sekali tetapi garisan boleh bersilang antara satu sama lain. Dalam kajian yang dilakukan terhadap kanak-kanak sekolah di jepun 99% dari mereka boleh menyelesaikan ujian tersebut dan hanya 1% sahaja dari kanak-kanak tersebut tidak dapat menjawabnya. Apabila ujian tersebut di ajukan kepada orang dewasa pula hanya 1% sahaja yang boleh menjawabnya dan 99% lagi telah tidak dapat menjawabnya walaupun mereka pernah melakukannya sebelum ini. Jadi anda bagaimana, boleh anda selesaikan masalah ini. Boleh! tak boleh!  

Ini jawapannya

 titik2.gif

Kebanyakan dari kita tidak dapat menyelesaikan ujian ini kerana kita menyangka titik-titik itu adalah gambaran kotak. Kotak tu adalah persepsi berdasarkan pengalaman, keilmuan dan gambaran diri kita. Kotak-kotak itu akan menjadi semakin menebal bila kita meningkat dewasa. Sebab itu kanak-kanak lebih mudah melakukannya. Apa yang perlu dilakukan adalah anda perlu berfikir luar dari kotak tersebut.

 titik3.gif

Kotak tersebut boleh diibaratkan sebagai zon selesa anda. Disitulah terletaknya tahap titik kemahiran anda sekarang. Bahagian segi tiga diluar kotak pula adalah zon perang anda. Apa berlaku bila anda berada di zon perang? Anda tentunya tidak selesa, perlu bersedia, berjuang untuk mendapatkan makanan dan kemudahan. Kalau anda tak berjuang anda akan kalah, kalau perang betul-betul anda akan mati tapi kalau keadaan biasa anda akan gagal atau tak akan kemana-mana.  Dalam kes anda sebagai pelajar anda perlu berjuang untuk mendapatkan ilmu dan kemahiran baru anda. Apabila anda sudah menguasainya kotak segi tiga tersebut akan menjadi kotak empat segi yang lebih besar dan akan membentuk zon selesa anda yang baru dan dengan kata lain akan menjadi titik kemahiran anda yang baru.

Jadi apa kesimpulan yang anda boleh buat disini. Ya, anda perlu menjadikan diri anda sentiasa berada di zon perang. Kalau anda hanya berpuashati dengan zon selesa anda, anda tidak akan kemana. Jadi dah bersediakan anda?

 

Sampai jumpa lagi 

  

Posted in Akademik | 1 Comment »

Study Hard And Smart Cara Kita

Posted by smartz di Disember 18, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Bertemu kembali. Sebelum ini saya pernah bercerita kepada anda tentang study hard and smart ingat tak lagi, tentang kisah penebang kayu. Penebang Kayu telah berusaha menebang pokok tapi hasilnya tidak seberapa kerana ia terlupa untuk mempertajamkan kapaknya selalu. Maknanya selain bekerja keras penebang pokok juga perlu memastikan yang kapaknya sentiasa tajam selalu.

Study hard itu kalau boleh kita ibaratkan adalah sebagai belajar betul-betul manakala study smart pula boleh diibaratkan sebagai belajar dengan cara yang betul. Kalau kita kembangkan lagi study hard tu boleh juga dipanggil sebagai belajar secara effective dan study smart tu boleh pula dipanggil belajar secara efficient. Mungkin anda masih kurang jelas dengan apa yang ingin saya sampaikan. Kalau kita nak belajar dengan cara yang betul maknanya kita perlukan ilmu dan kalau nak belajar betul-betul kita perlulah mengamalkan ilmu yang kita telah pelajari. Baiklah lihat rajah dibawah

 ssmart.gif

Apa kesimpulan yang anda boleh buat, betul anda perlu menggunakan kedua-dua teknik ini secara seimbang, jika anda hanya belajar betul-betul nanti hasilnya tidak sesempurna mana kerana matlamatnya mesti buat aje. Tapi kalau anda belajar dengan cara yang betul anda bukan saja dapat menyiapkan tugas anda sebagai pelajar tetapi hasil dari usaha anda itu adalah keputusan yang baik. Kalau kita anda ilmu yang betul tetapi semasa beramal tidak menggunakannya, apa akan terjadi, sia-sialah amalan kita. Tapi macam mana pulak kalau kita beramal tanpa ilmu yang betul, lagi harulah jadinya. Jadi jangan lupa carilah ilmu tentang teknik belajar yang betul ini.

Sampai jumpa lagi

Posted in Akademik | 4 Comments »

Tutup Mata Dan Gambarkan Impian Anda Dimata Anda

Posted by smartz di Disember 11, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Bertemu kembali. Tutuplah mata anda dan gambarkan impian anda di mata anda. Apa yang anda nampak. Tentunya anda akan membayangkan gambaran yang indah-indah apa yang anda ingin kecapi di masa hadapan anda. Tentu seronok kan kalau anda dapat mencapai semua impian anda itu. Adakah anda hendak membiarkan impian anda itu tinggal menjadi impian semata-mata, terserahlah pada anda. Hanya anda yang dapat menentukannya. Anda perlu mengambarkannya setiap hari kerana ianya umpama doa anda. Bayangkan dengan perasaan gembira yang anda telahpun mencapai impian anda itu. Semasa anda gambarkan impian anda itu, fikirlah bagaimana anda hendak mencapai impian tersebut, adakah dengan berangan-angan sahaja anda akan dapat mencapainya.

Lakarkanlah di minda anda langkah-langkah yang anda akan buat untuk mencapai impian anda itu. Tanyakan pada diri anda kenapa anda nak mencapai impian tersebut, bagaimana anda bolih mencapainya, siapa yang perlu terlibat dalam usaha anda untuk mencapai impian anda, apa yang anda patut lakukan untuk mencapai impian yang anda ingin capai tersebut, dimana anda patut bermula untuk membolehkan impian anda tercapai, berapa kos atau peralatan yang diperlukan dan bila anda boleh memulakan langkah untuk mencapai atau melaksanakan impian anda tersebut. Bagi setiap persoalan tersebut, perincikan dengan sejelas-jelasnya dan gambarkan apa yang anda akan lakukan. Dengan berbuat begitu anda sebenarnya telah menukarkan impian anda menjadi matlamat yang hendak di capai. Anda perlu mempunyai matlamat yang jelas dan yang paling penting  matlamat anda hendaklah mempunyai jangka masa yang boleh diukur.

Manusia mudah lupa, jadi lukislah lakaran yang anda telah tulis diminda anda tersebut dalam bentuk peta minda. Bentuk gambaran jangan dalam bentuk tulisan semata. Lihatlah selalu apa yang anda telah lukiskan itu.    

 

Sampai jumpa lagi 

Posted in Akademik | Leave a Comment »

Jika Bermain Mainlah Dengan Bersungguh Jika Belajar, Belajarlah Dengan Sesungguhnya

Posted by smartz di Disember 7, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Bertemu kembali. Tidak ada istilah menyesal dalam usaha anda, jika anda membuat dosa atau maksiat bolehlah anda kata anda menyesal melakukannya. Malangnya, ramai di antara anda bila dapat keputusan peperiksaan akan berkata dengan nada kesal ‘Menyesalnya, kalaulah aku belajar rajin-rajin dulu tentu aku akan dapat keputusan yang lebih baik’ Itu petandanya anda belum cukup berusaha dan tidak melakukan yang terbaik. Jika anda belajar, anda perlu belajar dengan sepenuh tumpuan. Soal mendapat gred A itu adalah soal kedua, yang pentingnya anda telah melakukan yang terbaik, biar sekecil manapun aktiviti yang anda sedang lakukan, walaupun anda sedang melakukan aktiviti bersukan dan sebagainya anda perlu melakukannya dengan penuh kesungguhan. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh. Selepas anda berusaha dan bertawakal hendaklah anda reda dengan apa jua ketentuan yang Allah telah tentukan untuk anda. Tentu ada hikmah di sebalik semua ketentuan tersebut. Setelah anda berusaha dan jika anda gagal, jadikanlah kegagalan itu sebagai pembakar semangat untuk terus meningkatkan usaha anda dan seterusnya melakukan yang terbaik semampu yang anda boleh lakukan.

Sampai jumpa lagi

Posted in Akademik | Leave a Comment »