Kenapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing

Ketahui Bagaimana Cara Mengatasinya

Archive for Januari 2008

Matlamat, Matlamat, Maltamat Jangka Pendek Pun Ada

Posted by smartz di Januari 29, 2008

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Disuatu malam selepas makan seorang mahasiswi sedang berbual dengan ibunya.

Anak : Tak lama lagi cuti pertengahan semester tapi sedihnya lepas cuti aje lecturer nak adakan ujian. Rasa macam tak cuti aje.

Emak: Kalau macam tu kenapa tak bersedia dari sekarang, nanti tak le teruk sangat kena study masa cuti.

Anak : Memang lah nak study tapi kawan-kawan selalu aje bising masa nak study. Dulu kawan-kawan yang ada jenis yang kuat study, jadi senang sikit.

Emak: Kalau macam tu kenapa tak cari kawan yang sehaluan dengan kita, maksud mak matlamat kita hendaklah selari dengan kawan. Kita juga perlu ada matlamat jangka pendek. Kalau tak dapat ramai dapat sorang pun jadilah. Terangkan pada dia yang kita nak study awal sebab nak prepare supaya tak terlalu penat nak study masa cuti nanti. Tanya dia nak join sekali tak. Kalau dapat ramai lagi bagus. Kalau ada kawan yang sehaluan, dia boleh tolong menenangkan keadaan kalau ada kawan yang nak buat bising, kalau nak belajar kita perlulah ada kawan yang sehaluan kalau tak susah nanti.

Anak : Yelah mak, nanti ida akan cuba ajak si nina tu. Minta-mintak dia hendaklah. 

Begitulah sebagai mahasiswa anda perlu menyediakan persekitaran yang sesuai untuk membolehkan anda belajar dan mengulangkaji. Persekitaran yang baik akan mendorong untuk meningkatkan kualiti pembelajaran anda.

 Sampai jumpa lagi 

Advertisements

Posted in Akademik | 5 Comments »

Angguk, Anggukk, Angguk, Angguuk, Anggukkk dan Angguk

Posted by smartz di Januari 16, 2008

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Disuatu pagi di sebuah kelas, seorang pensyarah sedang mengajar. Ramai mahasiswa yang hadir pada ketika itu. Masing-masing khusuk menumpukan perhatian kepada kuliah hari tu, maklumla di awal pagi masing-masing masih merasa segar dan bertenaga. Disuatu sudut bilik kuliah itu seorang mahasiswa asyik memerhatikan pensyarah yang mengajar tersebut dan memberikan tumpuan sepenuhnya. Bila pensyarah tersebut melontarkan pandangan sambil memberikan kuliah, kearahnya dia akan mengangguk-anggukkan kepala tanda setuju dan faham dengan apa yang diajar oleh pensyarah tersebut. Bila pensyarah tersebut memandangnya lagi dia akan mengangguk-anggukkan kepalanya lagi sambil memandang pensyarah tersebut. Begitulah seterusnya sehingga habis kuliah.

Di suatu ruang koridor sebuah fakulti pula 2 orang sedang berbual-bual. Seorang mahasiswa sedang berjumpa pensyarahnya untuk bertanya dan meminta penjelasan tentang sesuatu perkara. Setiap kali pensyarah itu memberi penerangan, mahasiswa tersebut akan menganggukkan kepalanya sambil berkata ye, atau ehem, hem atau perkataan lain yang mengambarkan dia faham dan mengikuti penjelasan tersebut dengan tekun.

Secara saikologinya jika seseorang itu mengangguk-anggukkan kepalanya dan memandang pada siapa yang sedang berkomunikasi dengannya dan jika anggukkan itu berlaku lebih dari 5 kali, maka dia akan boleh mempengaruhinya. Teknik ini dipanggil teknik mandrem (mengurat la tu..) tapi jangan pula anda salah gunakannya pulak. Guna dengan berhemat ye.. Dengan teknik ini anda boleh mempengaruhi seseorang dan dia akan ingat dengan anda tapi untuk tujuan pembelajaran perlulah diikuti dengan langkah-langkah lain seperti kerap bertanya dan yang paling penting jangan lupa belajar dan mengulangkaji. Perlu diingat, teknik ini juga boleh saling mempengaruhi jadi jangan sampai anda pula yang kena mandrem nanti.

Sampai jumpa lagi

Posted in Akademik | 6 Comments »

Selamat Tahun Baru, Walau Dimana Anda Berada

Posted by smartz di Januari 12, 2008

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Rasanya kali ini adalah masa yang paling lama saya telah tidak dapat kejaringan bersama anda. Apa khabar anda semua. Selamat tahun baru diucapkan semuga kedatangan tahun 1429 hijrah ini akan lebih mematangkan kita dan membawa kebahagiaan dan ketenangan kepada kita semua selama-lamanya.

Disuatu hari di pagi Ahad di sebuah hypermarket seorang wanita sedang membeli belah. Suasana pada hari itu agak sibuk, tambahan pula waktu itu kebanyakan pekerja telah pun mendapat gaji dari majikan masing-masing. Wanita itu menyelusuri deretan rak-rak yang mengandungi barangan jualan yang terdiri dari berbagai jenis barangan. Banyak barang yang hendak dibelinya, maklumlah awal bulan. Setiap kali dia mengambil barang jualan dia akan mengacukan sebuah alat yang sentiasa dipegangnya. Hanya beberapa saat diperlukan untuk alat tersebut memberikan tindakbalas dan jawapan yang dinanti-nantikannya. Terpapar diskrin alat tersebut. Senarai kandungan dan yang paling penting perkataan Sah Halal. Alhamdulillah katanya dalam hati, alat tersebut mengesahkan barangan tersebut halal dan diapun mengambilnya dan memasukkannya ke dalam troli yang dibawanya. Jika setelah diuji terpapar perkataan Tidak Halal, dia akan meletakkan nya semula ditempat asalnya. Sejak dia menggunakan alat tersebut 2 tahun yang lalu, dia amat berpuashati. Alatan tersebut murah saje harganya tetapi baginya amat bernilai. Ramai kawan-kawannya juga telah menggunakan alat yang sama dan mereka juga amat berpuashati. Sejak alat tersebut dipasarkan dan dikeluarkan secara besar-besaran, para pekedai juga kini lebih berhati-hati dengan barang-barang yang mereka keluarkan. Mereka akan memastikan barangan keluaran benar-benar mematuhi sijil halal yang di berikan kerana mereka tahu jika mereka tidak berbuat begitu mereka akan rugi besar dan pengguna tidak akan membeli barangan mereka.

Boleh anda bayangkan senario di atas, tentu boleh kan. Walaupun ianya hanya angan-angan tapi anda perlu ingat setiap sesuatu yang ingin kita capai biasanya bermula dari angan-angan, keinginan, impian dan harapan, kemudian perlu diikuti dengan matlamat, perancangan dan tindakan. Ayuh anda diluar sana, sekarang anda mungkin seorang pelajar atau mahasiswa tapi nanti anda akan keluar sebagai ahli sains, ahli penyelidik. Walaupun nampak macam mustahil tapi dengan usaha dan ketekunan inshallah akan berjaya.

Jadi, siapa yang berani menyahut cabaran ini.

Sampai jumpa lagi

Posted in Akademik, perubahan | 1 Comment »