Kenapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing

Ketahui Bagaimana Cara Mengatasinya

Archive for Februari 2008

Rintangan, Rintangan, Rintangan, Rintangan Lagi

Posted by smartz di Februari 27, 2008

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Bertemu kembali. Pada post saya yang lalu (11 Disember 2007), saya ada mengingatkan anda untuk melukis gambaran minda anda dalam bentuk peta minda. Gambaran bukan bentk tulisan semata. Saya meminta anda untuk melukiskan peta minda itu supaya anda tidak lupa. Macam mana dah lukis dah peta tu? Biasanya kita mudah lupa dengan apa yang dipelajari. 80% dari apa yang anda pelajari hari ini mungkin anda akan melupakannya pada esok hari. Bermakna kalau anda tidak melakukannya sekarang, melakarkannya sekarang anda tidak akan melakukan bila sampai esok harinya. Itu adalah merupakan salah satu halangan atau rintangan untuk menuju kejayaan. Bagi anda yang telah melaksanakannya alhamdulillah, bagi anda yang menangguh dan tidak melaksanakannya jadikanlah ianya sabagai satu peringatan.

Sebenarnya tiada istilah pandai atau bodoh dalam pelajaran, yang ada adalah istilah rajin atau pun malas. Jika anda bersikap malas anda akan mudah menangguh-nangguhkan soal mengulangkaji, membuat latihan dan menunggu di saat-saat akhir untuk mengulangkaji dan bersedia untuk peperiksaan. Dengan bersikap begitu anda sebenarnya tidak berupaya untuk mengilap potensi diri anda dan melihat sejauh mana anda boleh berdaya saing dengan pelajar lain. Habis tu, macam mana nak buat yek. Bila belajar aje, mengantuk. Bila buka buku aje fikiran terus melayang ntah ke mana perginya. Bagi mengelakkan sikap malas anda perlu jelas dengan matlamat hidup anda. Buatlah peta minda matlamat hidup anda sendiri dan dalam proses anda membuat peta minda tersebut tanyakan pada diri anda, apa, kenapa, dimana, siapa, bagaimana, bila dan berapa. Bagi setiap persoalan tersebut tentukan jawapan yang anda pilih berdasarkan impian anda. Kalau masih malas juga nak belajar mohonlah pertolongan dari Allah supaya dipermudahkan hidup kita dan dijauhkan dari sifat tersebut. Contoh di bawah boleh anda gunakan sebagai panduan

 peta.gif

 Sampai jumpa lagi

Advertisements

Posted in Akademik | Leave a Comment »

Matlamat Hakiki, Digambaran Mata Dan Hati

Posted by smartz di Februari 18, 2008

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Dari kejauhan terlihat pohon-pohonannya yang rendang seluas mata memandang, berkilauan perak warnanya, urat-uratnya dari perak, sedang dahannya dari mutiara dan zabarjad. tanahnya pula diperbuat dari misik. Sungguh cantik dan indah. Pohonnya mengeluarkan berbagai buah-buahan yang lazat cita rasanya dan dihinggapi oleh berbagai unggas dan burung-burung riang berterbangan. Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup lembut dan mengoyang-goyangkan dedaunannya.Dibawah naungannya terdapat mahligai-mahligai yang diperhias indah. Didalam sebuah mahligai pula sebuah keluarga sedang enak bersantapan.

Ayah :  ‘Hari ini kita nak makan apa’

Anak :  ‘Saya nak makan buah la ayah’

(Jika teringin memakan buah, dahan pokok akan segera mendekati dan dia boleh memilih untuk  mengambil buah-buahan mengikut kesukaannya.)

Ibu :   ‘Saya teringin nak makan daging burung’

(Jika teringin memakan daging burung, maka burung akan datang kepadanya.)

Burung : ‘Saya telah minum dari sumber salsabil dan makan dari buah-buahan, rasailah daging ku, disebelah kanan gorengan dan disebelah kiri pula panggangan’

Maka makanlah mereka dengan penuh kenikmatan setiap suapan berlainan rasanya lagi bertambah-tambah kelazatannya.

Setelah selesai burung tersebut terbang kembali.

Itu adalah hayalan pemikiran kita sahaja akan keadaan di surga, keadaan sebenarnya tidak boleh digambarkan dan tidak terlintas difikiran kita. Hanya Allah yang tahu. Namun begitu Nabi berpesan, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka. Kita tidak ada pilihan ketiga, kita hanya ada pilihan samada nak masuk ke surga atau ke neraka. Tapi janganlah pula anda berjanji untuk menunggu dipintu surga aje macam lagu Alleycat tu, janjilah untuk menunggu di dalam surga. Sebagai manusia itulah matlamat hakiki yang perlu di capai, tapi untuk menuju kesana kita semua perlu lah berjaya hidup didunia terlebih dahulu, bak kata saudara Muhtar Suhaili As-Sarawaki dalam blognya, “Kecemerlangan Akhirat Melalui Prestasi Hidup Didunia ”.

Jadi sebagai pelajar anda perlu ingat itulah matlamat hidup kita, matlamat untuk cemerlang dalam pelajaran hanyalah sebahagian dari langkah untuk menuju matlamat hakiki tersebut sahaja.  

 

Sampai jumpa lagi

Posted in Akademik | Leave a Comment »