Kenapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing

Ketahui Bagaimana Cara Mengatasinya

Buatlah Keputusan Anda Dan Binalah Masa Depan Anda

Posted by smartz di Mac 24, 2008

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Hidup ini adalah ibarat sungai, kebanyakan dari kita terjun ke sungai kehidupan ini tanpa ada matlamat yang jelas dengan arah tuju kehidupan akhir kita. Jadi ada yang terperangkap dengan arus. Arus ketakutan, arus cabaran, arus kesakitan dan tanpa sedar mereka mengikut arus tersebut tanpa arah tujuan dan tidak dapat keluar dan membuat sebarang keputusan yang betul. Mengikut saja arus yang ada dan membuatkan suasana yang membentuk nilai dan diri mereka. Ingat jika anda tidak membuat keputusan anda sebenarnya telahpun membuat keputusan iaitu untuk membiarkan suasana membentuk diri anda. Hasilnya mereka rasa putus asa dan hilang kawalan terhadap diri mereka. Mereka hanya tersentak dan terjaga dari khayalan mereka bila tiba-tiba mereka menyedari mereka hanya berada 5 kaki dari tepi jurang air terjun di hadapan mereka. Dah terlambat kan, ada yang jatuh dari segi emosinya, ada yang jatuh dari segi fisikalnya dan ada juga yang jatuh dari segi kewangannya. Bukankah lebih baik jika mereka membuat keputusan lebih awal dan boleh mengelakkan arus kesukaran yang menimpa mereka dan dapat dihindari sebelum perkara itu berlaku lagi?

Anda sebagai mahasiswa, buatlah keputusan anda. Anda perlu mengawal takdir dan masa depan anda. Andalah yang menentukan apa yang anda rasa, apa yang anda akan lakukan, apa yang anda akan sumbangkan dan apa yang anda akan dan impikan untuk jadi 5 atau 10 tahun lagi. Bayangkan 5 tahun dahulu, keputusan andalah yang menjadi kan anda pada hari ini. Bayangkan kalau 5 tahun dahulu anda putuskan untuk berhenti belajar, tentu takdir anda telah berubah dan anda tentu dapat bayangkan anda berada di mana sekarang tentunya bukan di manara gading seperti sekarang sedang belajar kan?

 

Anda perlu ingat bukan apa yang berlaku kepada anda sekarang atau apa yang berlaku kepada anda dahulu yang akan membentuk dan menjadikan anda mengikut apa yang anda mahu tetapi keputusan anda tentang perkara apa yang anda hendak fokuskan, dan maknanya perkara itu kepada anda serta apa yang anda buat dengan perkara itu yang akan membentuk masa depan hidup anda di kemudian hari. Kalau ada orang lain yang lebih berjaya dari anda dalam melakukan perkara yang sama (pelajaran) tentunya mereka mempunyai cara dan kaedah yang berbeza dari anda dalam melakukannya. Jangan takut membuat keputusan. Anda boleh membuat keputusan yang baik dengan membuat lebih banyak lagi keputusan. Putuskan apa yang anda akan lakukan, lakukan, buat analisa hasilnya dan buat perubahan keputusan jika keputusan sebelumnya tidak berjaya, yang penting berusahalah mencari jalan terbaik. Ingat membuat keputusan berulang-ulang akan menjadikan anda mahir melakukannya.

Sampai jumpa lagi

2 Respons to “Buatlah Keputusan Anda Dan Binalah Masa Depan Anda”

  1. soleh said

    Salam,
    Kita boleh membuat keputusan selagi kita masih hidup, namun bagaimana sekiranya keputusan yang dibuat tidak berjaya?

    soleh

  2. zain said

    Salam…

    Pada saat saat untuk membuat keputusan, orang orang yang mempunyai ketetapan hati akan melihat pada diri sendiri untuk mencari jawapannya, bukannya mencari orang lain. “Maju tak gentar”, adalah motto mereka. “Tidak ada halangan yang boleh menghalangku”, adalah janji mereka. Kehendak untuk menang seperti inilah yang menjadi satu rahsia semua kejayaan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s