Kenapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing

Ketahui Bagaimana Cara Mengatasinya

Nak Jadi Hebat Kita Perlu Berfikir Secara Dominant

Posted by smartz di April 7, 2008

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Apa khabar anda semua, berjumpa kembali. Nak jadi hebat kita perlu menggunakan kedua-dua bahagian otak kita secara seimbang. Dengarkan perbualan berikut antara seorang guru dengan anak muridnya.

Cikgu : Nak jadi hebat kita perlu lah menggunakan kedua-dua bahagian otak kita secara seimbang.

Pelajar : Macam mana tu cikgu? Macam mana kita nak tahu tahap penggunaan otak kita ni?

Cikgu : Awak tahu tak macam mana otak kita berfungsi.

Pelajar : Tak berapa pasti cikgu

Cikgu : Ok begini, otak sebagai mana yang awak tahu terbahagi kepada dua. Satu kita panggil otak kanan dan satu lagi kita panggil otak kiri. Otak kanan fungsinya lebih kepada kefahaman keseluruhan, membuat andaian, kreatif, berseni, memahami irama dan sebagainya. Otak kiri pula lebih bersifat memahami logic, urutan, nombor, senikata dan lain-lain. Cuba anda bayangkan anda sedang memandu sebuah kereta. Pada kelajuan 120km/j anda dapati stering kereta anda bergegar. Apa maksudnya?

Pelajar : Tentulah kerana tayar depan kereta tak balance.

Cikgu : Kalau padel kereta anda yang bergegar pulak

Pelajar : Tayar belakang tak balance la pulak

Cikgu : Bila jadi macam tu apa yang patut dibuat.

Pelajar : Tentulah kena buat alligment kereta tu supaya kereta boleh berfungsi dengan baik

Cikgu : Betul, begitu juga dengan otak, penggunaan otak juga perlu digunakan secara seimbang supaya anda boleh menggunakan ia sepenuhnya dalam usaha anda untuk cemerlang dalam pelajaran atau apa juga bidang yang anda akan ceburi nanti.

Pelajar : Tapi macam mana kita nak tahu kita ni guna otak yang mana untuk berfikir dan kemudian nak seimbangkan pulak penggunaan otak tu

Cikgu (sambil melihat jam ditangan) : Allah, saya dah lewat ni, saya ada kelas kita sambung kemudian lah.

Pelajar : Bila cikgu free..

Cikgu : Petang ni tak ada kelas, inshallah kita sambung lagi.ok Assalamualaikum (sambil berlalu pergi)

Pelajar : Waalaikumusalam

Sampai jumpa lagi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s