Kenapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing

Ketahui Bagaimana Cara Mengatasinya

Nak Jadi Hebat Kita Perlu Berfikir Secara Dominant

Posted by smartz di April 9, 2008

Assalamualaikum. Salam Pertemuan

Ikuti sambungan perbualan antara cikgu dan pelajarnya dalam pertemuan kedua. Pertemuan ini berlangsung di cafetaria berhampiran, sambil duduk mereka berbual-bual.

Cikgu : Assalamualaikum. Apa khabar semua (sambil duduk di salah sebuah kerusi yang ada dan bersalaman dengan mereka)

Pelajar : Waalaikumusalam, khabar baik tuan. Tuan apa khabar.

Cikgu : Saya alhamdulillah sihat.

Pelajar : Sambunglah cerita semalam tuan, tentang bagaimana nak menyeimbangkan penggunaan otak kanan dan otak kiri tu.

Cikgu : Oh, yang tu, begini. Sebelum saya terangkan tentang bagaimana kita hendak menyeimbangkan otak kanan dan kiri terlebih dahulu kita seeloknya tahu dahulu bahagian otak mana yang lebih dominan kepada kita iaitu yang paling kerap kita gunakan.

Pelajar : Menarik tu, macam mana nak tau tu tuan

Cikgu : Ok macam ni, cuba anda letakkan jari telunjuk kedua-dua tangan anda di bawah lubang hidung masing-masing. Fokus dan secara perlahan-lahan hembuskan nafas anda ke jari anda tersebut.

Pelajar : Terasa panas tuan.

Cikgu : Yang mana lebih panas

Pelajar : Yang kiri tuan.

Cikgu : Ha…, anda tau apa maknanya. Jika anda terasa panas disebelah kiri itu menunjukkan bahagian otak sebelah kiri anda lebih dominan dari bahagian otak sebelah kanan.

Pelajar : Kalau sebelah kanan

Cikgu : Kalau sebelah kanan ia akan jadi sebaliknya. Semua anggota badan kita yang berada di sebelah kiri dikawal oleh otak kanan kecuali bahagian hidung. Hidung kiri dikawal oleh otak kiri dan hidung kanan oleh otak kanan. Begitu juga anggota badan kita yang disebelah kanan dikawal oleh otak kiri pula.

Pelajar : Macam mana kalau kita sedang selsema, macam mana nak tau pulak.

Cikgu : Kalau selsema, satu kaedah lagi yang boleh kita gunakan ialah dengan melukis bentuk love dengan menggunakan kedua-dua tangan menggunakan 2 batang pensil. Secara serentak lukiskan bentuk love (1 bentuk hati ). Potong hati tersebut secara menegak untuk membentuk 2 bahagian. Perhatikan bahagian hati tersebut. Bahagian manakah yang paling besar. Jika bahagian kanan lebih besar itu menandakan otak kiri anda lebih dominan dan jika bahagian kiri lebih besar itu menunjukkan otak kanan anda lebih dominan.

Pelajar : Macam mana kalau sama besar.

Cikgu: Tak payah buat alignment lah sebab penggunaan otak anda telah seimbang.

Kedengaran Azan berkumandang dan tanpa berlengah mereka pun bergerak ke masjid.

Sampai jumpa lagi

2 Respons to “Nak Jadi Hebat Kita Perlu Berfikir Secara Dominant”

  1. norie said

    it’s a nice post.
    thx ^^

  2. hanny said

    salam…
    bagus…satu pelajarn yang baru bagi saya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s