Kenapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing

Ketahui Bagaimana Cara Mengatasinya

Nak Jadi Hebat Anda Perlu Berfikir Secara Dominant

Posted by smartz di April 11, 2008

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Apa khabar anda semua, berjumpa kembali. Dengarkan sambungan perbualan ke tiga berikut antara seorang guru dengan anak-anak muridnya.

Cikgu : Ok sebelum ini saya ada menerangkan tentang fungsi otak iaitu otak kiri digunakan untuk memikirkan tentang logik, urutan, nombor dan sebagainya manakala otak kanan pula fungsinya untuk berfikir tentang abstrak, impian, angan-angan, kreatif, berseni dan sebagainya

Pelajar 1 : Ya cikgu.

Cikgu : Cuba anda jawab soalan ini 1+ 1 jawapannya apa?

Pelajar 2 : Tentulah 2 cikgu

Cikgu : Ok kalau 1+1=0 macam mana?

Pelajar : Mana boleh cikgu.

Cikgu : Boleh…. apa. Macam ni, saya masukkan seketul ais ke dalam periuk kemudian saya tambah seketul lagi. Lepas tu saya panaskan tentulah kosong ais kan

Pelajar : La.. macam tu pulak.

Cikgu : OK satu lagi 1 + 1=27 macam mana?

Pelajar 2 : Sampai mati pun saya tak percaya, cikgu

Cikgu : Betul, macam ni, seorang sedang bersembahyang kemudian seorang lagi mengikut dibelakangnya menjadi makmum, kan pahalanya menjadi 27. Ok, bila kita kata 1+1=2 kita menggunakan otak kiri untuk berfikir dan memberikan jawapannya 2. Kemudian kita menggunakan otak kanan pula untuk berimaginasi dan memberikan markah 27. Apa yang kita telah buat itu sebenarnya melatih diri kita untuk menggunakan kedua-dua bahagian otak dan otak kita akan menjadi seimbang dan jika latihan itu dilakukan selalu kemampuan otak akan dapat dipertingkatkan.

Pelajar : O..begitu

Cikgu : Satu cara lagi yang boleh dibuat adalah dengan melakukan senaman otak. Contohnya seperti menggangkat tangan kanan dan menggangkat kaki kiri secara serentak

Begitulah, ilmu ini sebenarnya telah lama dipelajari oleh pelajar bukan melayu. Pendedahan ilmu ini dikalangan pelajar melayu hanya berlaku lebih kurang dalam lingkungan 10 tahun kebelakangan ni sahaja. Jadi jangan sia-siakannya.

Sampai jumpa lagi

5 Respons to “Nak Jadi Hebat Anda Perlu Berfikir Secara Dominant”

  1. zanli said

    Assalammualaikum,
    Ibubapa pelajar China sanggup menghantar anaknya ke kelas tusyen “melukis” pada usia yang masih muda.Perhatikan disetiap pertandingan wewarna perengkat kanak-kanak hampir 90% peserta adalah dari golongan kaum ini.
    Kajian mendapati hanya 1% sahaja manusia benar-benar berfikir yg lain menggunakan pengalamannya.Secara amnya apabila kita “berfikir” kita hanya menggunakan pola-pola pembelajaran yang terbentuk hasil pengalaman tadi.Aktiviti melukis adalah salah satu cara menggiatkan pengunaan otak disebelah kiri dan kanan.
    Mungkin juga pendedahan di perengkat kanak- kanak atau pra sekolah kanak kanak China di bidang lukisan menyenangkan pembelajaran subjek Matematik.Hanya Allah saja yang mengetahui.

  2. smartz said

    Waalaikumusalam

    Terima kasih atas komen dari anda, saya amat menghargainya. Saya setuju dengan pandangan anda tersebut.

    Satu lagi cara untuk mengiatkan penggunaan otak adalah dengan melakukan senaman otak iaitu tutupkan lubang hidung kita yang sebelah kanan dengan hujung jari tangan kanan. Kemudian hembuskan nafas secara perlahan-lahan dan kemudian tarik nafas semula secara perlahan-lahan. Lakukan beberapa kali. Kemudian ulang cara yang sama dengan lubang hidung kiri dengan menggunakan tangan kiri pula. Inshallah kita akan rasa otak kita menjadi segar dan bertenaga kembali.

  3. leokid said

    Prinsip Synergy

    1+1 = 3 atau lebih.

    Best2~
    Bagus blog nih. keep on blogging! salam ziarah. =)

  4. sayep said

    bagus btul blog neh..
    banyak benda saya tahu..
    tanx!!~

  5. naqiu said

    bez lar blog nie..keep it on!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s