Kenapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing

Ketahui Bagaimana Cara Mengatasinya

Archive for Jun 2008

Semakan Keputusan Lepasan STPM/Setaraf Kemasukan Ke IPTA sesi 200820091

Posted by smartz di Jun 18, 2008

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Bagi pelajar-pelajar lepasan STPM/Setaraf yang telah membuat permohonan kemasukan ke IPTA, keputusan tersebut telah boleh diperolehi di alamat di bawah mulai hari ini. Bagi yang berjaya tahniah di ucapkan dan bagi yang tidak berjaya jangan berputus asa tampoh rayuan untuk kemasukan ke IPTA telah dibuka dan boleh dibuat mulai hari ini sehingga 28 Jun ini

http://www.mohe.gov.my

Sampai jumpa lagi

Posted in Akademik | 44 Comments »

Semakan Keputusan E-Rayuan Ke IPTA Sesi 200820091

Posted by smartz di Jun 9, 2008

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Bagi pelajar-pelajar lepasan SPM/Setaraf yang telah membuat permohonan kemasukan ke IPTA, semakan keputusan rayuan boleh dibuat mulai lewat hari ini atau esok di alamat

http://www.mohe.gov.my

http://www.jpt.utm.my

http://www.jpt.uum.edu.my

Bagi yang berjaya tahniah di ucapkan

Sampai jumpa lagi

Posted in Akademik | 174 Comments »

Pensyarah Tak Tengok Pun Dapat Gred A, Dahsyatnya

Posted by smartz di Jun 9, 2008

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Cuba and baca petikan dibawah dengan kuat dan bersemangat

‘Kalau anda belajar di universiti dan tak dapat cpa lebih 3.5 tak payah belajar di universiti la. Saya dulu hantar tugasan kejar pensyarah di lif. Dalam lif saya beri Professor Amir kertas tugasan saya. Dia tak bacapun, terus bagi saya gred A. Gred A!’

Dahsyatnya

‘Susah sangat ke nak dapat A. Bila pensyarah bagi tugasan, buat kumpulan dan bincang dengan kawan. Cari bahan dan bahagikan tugasan. Masing-masing tulis. Hantar first draf, jangan tunggu dah sampai tempoh baru nak hantar. Kalau first draf tak dapat markah penuh. Buat appointment dengan pensyarah, jumpa dan tanya apa kelemahan assignment tu. Discus balik dan hantar draf ke dua dengan design yang lebih baik. Barulah boleh dapat markah penuh. Anda kena jumpa dan kenal pensyarah anda. Pensyarah anda kengkadang tu tertunggu-tunggu mana student aku ni tak nak jumpa aku pun’.

Macam mana dengan anda, adakah anda nak tunggu last minute baru nak discuss dan hantar assignment atau anda nak jadi cemerlang macam contoh diatas. Tepuk dada tanyalah iman.

Sampai jumpa lagi

Posted in Akademik | 9 Comments »