Kenapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing

Ketahui Bagaimana Cara Mengatasinya

Archive for Julai 2008

Rayuan Ke IPTA Sesi 200820091

Posted by smartz di Julai 16, 2008

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Bagi pelajar yang berjaya tahniah diucapkan dan bagi yang tidak berjaya, jangan anda berputus asa. Buatlah rayuan sekali lagi. Pada pengambilan kali ini sebagaimana tahun lepas tawaran kemasukan dibuat lebih dari satu (double offer) menyebabkan seorang pelajar mungkin mendapat tawaran dari 2 universiti serentak. Pelajar tentunya akan memilih hanya satu universiti dan masih ada satu lagi yang kosong. Ini di tambah lagi dengan universiti swasta yang membuat penawaran lebih awal dari universiti awam hingga memungkinkan pelajar mengambil keputusan untuk tidak mendaftar di universiti awam kerana telah membuat pembayaran yang banyak semasa kemasukan ke universiti swasta.

Buat rayuan anda terus ke universiti pilihan anda dan tunjukkan yang anda memang berminat serta iringi dengan surat rayuan dan salinan keputusan peperiksaan anda.

Anda berusaha dan Allah menentukan

Sampai jumpa lagi

Posted in Akademik | 5 Comments »

Tahniah Dan Selamat Datang Kepada Pelajar Baru Sesi 200820091

Posted by smartz di Julai 1, 2008

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Bagi pelajar yang telah mendaftar di universiti-universiti seluruh negara tahniah di ucapkan dan semuga anda semua akan berjaya menempuh segala cabaran dan keluar dari universiti sebagai graduan yang cemerlang.

Bagi yang tidak berjaya jangan berputus asa buatlah rayuan. Anda berusaha dan Allah yang menentukan.

Sampai jumpa lagi

Posted in Akademik | 8 Comments »