Kenapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing

Ketahui Bagaimana Cara Mengatasinya

Archive for Ogos 2008

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Posted by smartz di Ogos 26, 2008

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Ya Allah Berkati Kami Pada Bulan Rejab & Syaaban Dan

Sampaikan Kami Pada Bulan Ramadhan

Sampai jumpa lagi

Advertisements

Posted in Akademik | Leave a Comment »

Permohonan Pengambilan Pelajar Semester Kedua (II), Sesi 2008/2009

Posted by smartz di Ogos 25, 2008

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Bagi pelajar-pelajar lepasan Diploma/Setaraf
anda boleh membuat permohonan kemasukan ke UTM sesi 200820092
mulai hari ini di http://intake.utm.my/

Permohonan dibuka secara Aplikasi Dalam Talian (Online Application)
sehingga 19 September 2008.

Salinan borang permohonan online beserta dokumen lengkap
hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 26 September 2008.

Pengumuman keputusan permohonan akan dibuat
melalui laman web http://intake.utm.my/ pada akhir November 2008.

Sampai jumpa lagi

Posted in Akademik | 19 Comments »

Masalah Yang Memiliki Kita

Posted by smartz di Ogos 13, 2008

Assalamualaikum. Salam Pertemuan

Bertemu kembali, setiap dari kita biasa menghadapi masalah, tak kiralah masalah itu kecil ke atau pun besar. Masalah walaupun kecil jika dibiarkan akan semakin membesarkan dan menyukarkan untuk di atasi. Walau bagaimana besarpun masalah kita, cubalah untuk melihat dengan tenang apakah sebenarnya masalah tersebut. Kengkadang masalah lain yang kecil sering menghalang kita dari menyedari apakah masalah kita yang sebenarnya.

Sebagai pelajar anda tentunya tidak lari dari menghadapi masalah. Kenal pasti apakah sebenarnya masalah anda tersebut. Jika anda rasa masalah anda terlalu banyak cubalah senaraikan masalah anda tersebut. Anda akan boleh mengatasi masalah tersebut jika anda berjaya mengenalpasti dan memahaminya. Jangan hanya rasa bimbang dengan masalah tersebut tetapi buatlah sesuatu untuk mengatasinya. Selesaikan satu persatu mengikut turutan keutamaan dan kepentingannya. Jika anda ingat semua masalah tersebut dan memikirkannya secara serentak tentu akan menimbulkan perasaan stress dan memberi tekanan kepada anda. Bagi setiap masalah anda, fikirkan dan senaraikan tindakan yang akan anda lakukan. Mulakan langkah penyelesaian anda dan jangan biarkan ianya tergantung tanpa tindakan permulaan. Buatlah tindakan seterusnya berdasarkan hasil dari tindakan awal tadi. Jika anda tersilap dalam bertindak buatlah pengubahsuian. Ulangi atau gunakan pendekatan yang lain bergantung kepada keperluan anda dan janganlah mudah berputus asa sehingga anda dapat menyelesaikannya.

Diantara masalah yang di senaraikan itu tentulah ada perkara yang di luar dari kemampuan kita tetapi rasanya banyak juga perkara yang boleh berada di dalam kawalan kita. Contohnya jika anda tidak faham dengan pelajaran yang di ajar oleh pensyarah anda, bincanglah sesame kengkawan anda, tentu ada diantara mereka yang lebih faham dari anda. Jika masih tak faham juga cubalah bertanya dengan pensyarah anda pula. Jika masalah anda adalah duit, orang lain juga ramai yang mempunyai masalah seperti anda dan jika diberi pilihan rasanya anda akan memilih untuk memiliki masalah duit anda sendiri berbanding memilih unutk mempunyai masalah duit orang lain.

Sampai Jumpa Lagi

Posted in Akademik | Leave a Comment »