Kenapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing

Ketahui Bagaimana Cara Mengatasinya

Suatu Kemestian Bukan Hanya Suatu Harapan

Posted by smartz di Disember 30, 2008

Assalamualaikum. Salam Pertemuan

Ikuti kesah kejayaan ini dan semuga ia boleh dijadikan panduan dan dorongan untuk kita mengejar cita-cita yang belum kesampaian.

‘Bila saya bercadang untuk menulis buku saya yang pertama, saya sedar tentang kemungkinan yang saya mungkin tidak akan dapat menyiapkan buku tersebut dan berhenti separuh jalan. Jadi sebelum saya memulakan menulis buku tersebut, saya telah berjumpa dengan setiap penerbit yang terkenal dan menyatakan kepada mereka bahawa saya akan menghantar kepada mereka manuskrip saya dalam tempoh 6 bulan.

Saya juga telah mengumumkan kepada kawan-kawan saya supaya mencari buku tulisan saya di kedai buku beberapa bulan akan datang. Sebaik sahaja saya membuat pengumuman tersebut saya tahu yang saya tidak boleh berpatah balik. Reputasi saya terletak ditangan saya. Saya telah meletakan diri saya ke satu keadaan dimana saya mesti menyiapkan buku saya dan keadaan itulah yang telah mendorong saya untuk menyiapkan buku saya tersebut sedangkan waktu itu saya masih lagi sedang belajar di universiti.

Satu-satunya sebab kenapa saya boleh menyiapkan buku itu adalah kerana telah meletakkannya ke keadaan yang mesti disiapkan. Pada tahun sebelumnya saya telah set matlamat saya untuk menulis buku dan saya fikirkan untuk menyiapkan buku itu dalam tempoh setahun. Jadual saya sangat sibuk, saya memberitahu diri saya jika saya ada masa saya akan menulis dan menyiapkan satu bab. Malangnya saya selalu menangguhkan kerja penulisan bila sesuatu yang lebih penting berlaku.

Dalam tempoh setahun saya hanya dapat menyiapkan satu bab dari dua belas bab yang sepatutnya. Kemudian seorang dari kawan saya datang dan mengingatkan saya. Salah satu sebab kenapa anda tidak dapat menyiapkan buku itu adalah kerana anda telah tidak menjadikannya satu kemestian. Melainkan anda menjadikannya satu kemestian anda tidak akan dapat menyiapkannya. Saya tahu kawan saya betul. Saya mesti menggunakan formula ini.’

Menarik bukan, penulis telah meletakan dirinya ke keadaan yang mendesak dirinya untuk mencapai impiannya. Bagi nya menyerah kalah adalah lebih sakit dari meneruskan usahanya dan bila dalam keadaan terdesak biasanya seseorang itu akan lebih bersedia dan berupaya untuk menyesuaikan diri, lebih bermotivasi dan boleh berubah untuk mencapai segala cita-citanya. Sekian.

Sampai Jumpa Lagi

Satu Respons to “Suatu Kemestian Bukan Hanya Suatu Harapan”

  1. utubez said

    Salam.. kisah yg menarik dan dapat mengetahui betapa pentingnya perkataan “mesti” dlm setiap perkara. Syukran jazilan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s